MALAYSIA POST
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang menghadiri 191 Mesyuarat Perwakilan Bahagian di seluruh negara, hari ini.
Perdana Menteri berkata, sebagai parti mengutamakan agenda rakyat, Umno akan terus menjadi wadah anak bangsa yang memayungi kesejahteraan serta kejayaan negara.
“Bersama kita membulat tekad, agar parti keramat Umno sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan rakyat, agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya dalam hantaran Facebook.
Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 8 Disember lalu memutuskan untuk mengadakan mesyuarat empat peringkat Umno iaitu Wanita, Pemuda, Puteri dan Umno Bahagian pada 11, 12, dan 18 Disember di seluruh negara.
Perhimpunan Agung Umno 2021 akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari depan secara hibrid. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan