Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF
KANGAR: Sidang
Assabiqun PAS Perlis akan mengatur program bagi mencari individu yang
banyak berjasa dalam sejarah perkembangan PAS terutamanya di negeri itu.
Pengerusi
Assabiqun negeri, Che Ani Hassan berkata, pihaknya akan mengadakan
mesyuarat di peringkat negeri bagi merangka aktiviti yang bersesuaian
sepanjang tahun ini.
Katanya, usaha itu menjadi agenda Assabiqun
Perlis selepas mengadakan perbincangan dengan Sidang Assabiqun PAS Pusat
yang melawat negeri itu pada Sabtu lepas.
“Rombongan terbabit diketuai Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohammad bersama delagasi seramai 20 orang,” katanya di sini.
Che Ani juga berkata, pihaknya akan membentuk jawatan kuasa di peringkat kawasan bagi memantapkan lagi gerak kerja.
Menurutnya juga Assabiqun Perlis tambah bersemangat selepas menerima kunjungan Jawatan Kuasa Sidang Assabiqun Pusat.
“Apabila menerima kunjungan seperti ini Sidang Assabiqun di peringkat negeri lebih memahami hala tuju yang boleh digerakkan menerusi organisasi ini,” ujarnya.
Sempena lawatan Assabiqun Pusat ke Perlis mereka mengunjungi Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), menziarahi Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin dan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan