HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Januari 2022

PRN Johor: Guna logo PKR bukti PH tidak sepakat

MALAYSIA POST

PRN Johor: Guna logo PKR bukti PH tidak sepakat

KEPUTUSAN PKR menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukti gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai kesepakatan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata bagaimana PH mahu memimpin Johor sekiranya soal penggunaan logo untuk PRN Johor sudah gagal menemui titik persefahaman.

“Kalau lambang pun tidak sepakat, pasti tidak stabil memimpin.

“Soal lambang pun tiada kesepakatan bagaimana mahu bersepakat dalam hal lain?,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), berkata rakyat Johor perlu menolak PH termasuk MUDA untuk memastikan kerajaan baharu yang stabil.

“Keadaan ini jelas bakal mengulangi sejarah PH memerintah dahulu. Lantas sekali lagi ketidakstabilan dan kecelaruan akan berlaku.

“Dan akibatnya rakyat Johor sekali lagi menerima kesannya. Justeru PKR, DAP, Aamanah dan parti lain termasuk MUDA mesti ditolak.

“Kita mahu kestabilam demi kemakmuran rakyat dan Negeri Johor. BN Umno adalah pilihannya,” katanya.

Semalam, media melaporkan, PKR akan menggunakan logonya sendiri semasa PRN Johor sementara, Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH.

Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan Mesyuarat Khas semalam bagi membincangkan khusus mengenai persediaan menghadapi PRN Johor.

“Sungguhpun ada pandangan berbeza berkaitan dengan permintaan PKR mengenai penggunaan logo, Mesyuarat Majlis Presiden PH bersetuju untuk menghormati hasrat tersebut.

“Logo PH akan digunakan dan PKR pula akan menggunakan logo sendiri untuk PRN Johor,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

Tiada ulasan: