Ramai pengundi di Johor mahukan calon-calon politik yang tua usianya dikekalkan atau dimasukkan dalam senarai calon bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
Hal ini untuk memastikan pengundi Johor sentiasa menerima pemimpin yang matang serta tahu selok-belok pentadbiran menerusi pengalaman yang bertahun-tahun dalam politik.
Jika dibandingkan mahu meletakkan calon muda, sudah tentu calon muda gagal bersaing dari segi pengalaman kerana calon muda hanya boleh membawa nafas baharu.
Sebaliknya dalam politik Malaysia, pengundi Johor berpendapat calon muda tidak layak untuk mencuba nasib kerana pembaharuan idea dan kepimpinan tidak diperlukan.
Bayangkan jika calon muda menang jawatan sebagai ADUN dan menerima elaun untuk memberikan khidmat bakti, pastinya golongan ini berdepan kesukaran untuk memanfaatkan.
Berbeza dengan ahli politik tua dan memiliki serba-serbi pengalaman dan lebih makan garam dalam dunia politik, sudah tentu mereka tahu dengan lebih baik.
Justeru, pengundi Johor yakin dan percaya ahli politik tua lebih
tepat untuk memimpin Johor kerana banyak kebaikan yang boleh dilakukan
selepas PRN Johor diadakan nanti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan