HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2022

Tiada tawaran habuan pada bekas Adun tinggalkan Bersatu – Ahmad Maslan

MALAYSIA POST

Tiada tawaran habuan pada bekas Adun tinggalkan Bersatu – Ahmad Maslan

UMNO tidak pernah menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu untuk keluar daripada parti itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka berdua mengambil keputusan keluar Bersatu atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau disuruh mana-mana pihak.

“Mereka membuat keputusan itu (keluar Bersatu) dengan sukarela dan suci hati tanpa kami janjikan apa-apa. 

“Itu kehendak mereka yang mahu menyokong Menteri Besar Johor (Datuk Hasni Mohammad) dan Barisan Nasional (BN),” katanya yang ditemui pada Majlis Perjumpaan Bersama Parti Makkal Sakti Malaysia di Iskandar Puteri, lapor Sinar Harian hari ini. 

Bersatu Johor kehilangan dua pemimpin apabila bekas Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas Adun Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta pada Rabu dan Sabtu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka yang masing-masing merupakan bekas Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya serta Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor turut memberitahu tidak meyakini hala tuju parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Umno juga tidak menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua Adun berkenaan untuk menyertai parti itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Umno tetap berterima kasih atas sokongan mereka terhadap BN dalam PRN Johor. 

Malah beliau tidak menolak kemungkinan ada ADUN Bersatu lain akan mengikut jejak langkah Mazlan dan Mohd Izhar dalam menyatakan sokongan terhadap BN menjelang PRN Johor.

“Sama ada akan terdapat ADUN lain itu kita perlu tunggu dan lihat. Jadi untuk rakan-rakan di luar sana, jika ahli Bersatu yang merupakan antara individu terawal penubuhan parti pun keluar parti, jadi pandai-pandailah buat rumusan,” katanya. -Malaysiapost

Tiada ulasan: