HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2022

Kenyataan Bersatu, PAS seperti ugut PM – Najib

MALAYSIA POST

Kenyataan Bersatu, PAS seperti ugut PM – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sokongan Bersatu dan PAS terhadap kerajaan adalah bersyarat.

Beliau berkata, kenyataan Presiden Bersatu itu seolah-olah mengulangi penyataan ingin ‘menekan butang’ berkaitan dengan sokongan terhadap kerajaan Johor.

“Ini nak tekan butang lagi ke apa?

“Perlembagaan negeri memberi kuasa penuh kepada Menteri Besar dan Sultan Johor bagi pembubaran DUN negeri. Perdana Menteri nak halang pun tak ada kuasa,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Hari ini, PAS dan Bersatu menegaskan sokongan kedua-dua parti itu terhadap kerajaan adalah bersyarat.

Dalam satu sidang media, Muhyiddin berkata, sokongan mereka ketika ini perlu dihormati dan dirunding berlandaskan nilai integriti, anti rasuah serta berkebajikan.

Sementara itu, Najib berkata, mengapa kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin seperti ingin menyalahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mengugut Perdana Menteri

“Jadi, kenapa nak salahkan Ismail Sabri? Kenapa dia diugut pula?,” katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Bersatu dan PAS mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas tiket Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

Tiada ulasan: