HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Januari 2022

Tiada jemputan PH kepada Pejuang bincang kerusi, Anwar berlagak ‘abang besar’

 

Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang Muda) mendedahkan tidak ada sebarang rundingan dibuat dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) berhubung pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Naib Ketua Pemudanya, Nik Fathurahman Nik Rasli meragui keikhlasan cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membentuk ‘khemah besar’ parti pembangkang dibawah satu payung kerana realitinya Anwar mahu menjadi ‘abang besar’.

Malah, Nik Fathurahman berkata sikap mementingkan diri yang ditunjukkan Anwar dan PKR yang mahu menggunakan lambang sendiri dan bukan lambang PH secara tidak langsung menunjukkan tidak permuafakatan sesama mereka kerana nafsu PKR mahu menjadi ‘abang besar’.

“Ini dibuktikan melalui tindakan PKR yang mahu menggunakan logonya sendiri berbanding logo PH. Malah, saya difahamkan Anwar belum lagi menghubungi mana-mana kepimpinan Pejuang untuk rundingan.

“Kenyataan bersama Presiden Amanah dan Setiausaha agung DAP hari ini yang seolah-olah kecewa namun terpaksa akur juga adalah petunjuk kejelikan mereka kepada sikap ‘abang besar’ PKR,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Nik Fathurahman, panggilan ‘payung besar’ ternyata hanya halwa mulut.

“Anwar mahu strategi ‘payung besar’ gagal, justeru dengan sengaja mencari jalan bagi mensabotaj idea yang asalnya datang dari DAP dan Amanah.

“Berani saya katakan juga, bahawa PKR atau Anwar mahu keseluruhan struktur dan kewujudan PH itu gagal,” katanya lagi.

Tiada ulasan: