HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Januari 2022

Status anak jati kelebihan Syed Saddiq dalam PRN Johor

 Oleh UtusanTV

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman GAMBAR: Abd Razak Aid

STATUS anak jati menjadi kelebihan buat Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Abdul Rahman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Keyakinan itu disuarakan Pengerusi Muda Johor, Mohd. Azrul Ab. Rahani yang turut membayangkan Syed Saddiq akan bertanding dalam PRN tersebut.

Menurut Mohd. Azrul, Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar itu mempunyai kelebihan tersendiri sekiranya bertanding.

“Sekiranya Muda bertanding, kita akan pastikan calon daripada parti ini adalah anak tempatan.

“Muda ketika ini mempunyai 12,000 ahli dan sedang mempersiapkan jentera dan manifesto pilihan raya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Mohd. Azrul berkata, Muda masih belum mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) Johor bagi sebarang bentuk kerjasama.

Katanya, Muda setakat ini bergerak secara solo dan telah menyenaraikan senarai calon bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk diputuskan Biro Politik parti itu.

“Kita yakin mampu menang beberapa kerusi DUN Johor melibatkan kawasan Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar sekiranya bertanding secara solo.

Namun, jika ada sebarang kerjasama politik melibatkan Muda, kita menyasarkan 10 kerusi yang kami yakini mempunyai kelebihan buat parti ini,” katanya.

Tiada ulasan: