MALAYSIA POST
PEMIMPIN mesti bersedia mendengar kritikan rakyat, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, pemimpin sepatutnya bersedia menerima kritikan rakyat menerusi media sosial dan platfom media lain.
“Jika tak bersedia dikritik hingga komentar rakyat pun disekat lebih baik hidup menyendiri bak kata pepatah Inggeris ‘The only way to avoid criticism is to do nothing, say nothing, be nothing’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan Asyraf Wajdi disapa seorang lelaki yang begitu emosional merintih betapa perlunya untuk mengeluarkan wang simpanannya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Video berkenaan lelaki itu turut dimuat naik beliau di laman Facebooknya.
Lelaki terbabit mengadu betapa pentingnya wang terbabit untuk meneruskan kehidupan selepas menghadapi saat sukar sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.
Berdasarkan video berkenaan, lelaki terbabit mendakwa pemimpin yang membuat keputusan tidak membenarkan pengeluaran itu tidak mengetahui apa sebenarnya yang dihadapi oleh rakyat. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan