HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2022

KEADAAN POLITIK NEGARA SEMAKIN RAPUH DAN TIDAK STABIL

Dato' Saiful Bahar

1. Perang mulut antara Pemimpin Tertinggi Parti PAS dengan UMNO berterusan.

Hari ini Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan pula membidas DS Hj. Hadi Awang (Presiden PAS), mengenai sindirian Hj. Hadi bahawa UMNO ibarat itik yang patah kaki. Kini sudah sembuh, mahu terbang tinggalkan kawan ketika sama-sama susah.

2. Agak menarik sindiran Hj. Hadi Awang ini.

Amat Classic. Ada kebenarannya, walaupun agak pahit mahu di telan.

3. Jawapan Tok Mat Hassan juga ada kebenarannya.

Tok Mat menyatakan bahawa UMNO tiada pilihan. Perlu adakan Pilihanraya Umum Negeri Johor sekarang.

Kerana Kerajaan Negeri Johor hari ini, hanya ada majoriti 1 kerusi sahaja di Dewan Undangan Negeri Johor iaitu 28 (Kerajaan) vs. 27 (Pembangkang).

Apabila Dewan Undangan Negeri Johor bersidang baru-baru ini.

Ada satu Usul di bawa kepada pengundian, undian menjadi seri 27 (Kerajaan) vs. 27 (Pembangkang), kerana seorang ADUN yang menyokong Kerajaan tidak dapat hadir kerana positif covid.

4. Adalah amat wajar untuk MB Johor meminta Sultan Johor membubar DUN Johor ketika ini untuk mendapatkan semula mandat yang baru dari Rakyat.

5. Tetapi, TS Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional juga betul apabila beliau menyatakan bahawa MB Johor tidak bawa berunding dengan PN untuk membubarkan Kerajaan Negeri Johor kerana Kerajaan yang ada di Johor bukannya Kerajaan BN bersendirian tetapi Kerajaan Campuran BN + PN.

6. Kemungkinan kerana berlakunya kemelut politik parti BERSATU di Johor antara Datuk Mazlan Bujang dengan TS Muhyiddin Yassin mengakibatkan MB Johor, Datuk Hasni, terlepas pandang mengenai perkara tersebut.

Apa pun, Dewan Undangan Negeri Johor telah bubar dan Negeri Johor bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum Negeri.

7. Agak menghairankan apabila Muafakat Nasional ditubuhkan di World Trade Centre (dulu PWTC), ianya ditubuhkan dengan linangan air mata oleh kedua-dua pihak dari kepimpinan UMNO dan PAS.

Ketika itu, saya yang turut berada di WTC telah menyaksikan sesuatu yang saya jangka amat sukar untuk dicapai iaitu Perpaduan Ummah Antara Pemimpin-Pemimpin UMNO dengan Pemimpin-Pemimpin PAS.

Apa pun. Segala-galanya sudah tinggal didalam lipatan sejarah.

8. Kata mengata sudah berada di tahap yang amat getir dan melukakan kedua-dua belah pihak.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Nur Jazlan mengumpamakan parti PAS seperti seorang isteri yang mempunyai 2 suami.

Dalam Islam, isteri tidak boleh berpoligami.

Ini menimbulkan kemarahan orang-orang PAS.

Nur Jazlan juga menuduh parti PAS mahu bertanding banyak kerusi di PRN Johor. Jazlan tuduh PAS sebuah parti yang tamak.

9. Ini juga menimbulkan kemarahan kpd. Pemimpin-pemimpin PAS.

Mereka jawab, tiada sebarang tawaran pun diberi kepada PAS secara rasmi. Hanya cakap-cakap di Media Social, pemimpin UMNO sudah tuduh macam-macam.

10. Tok Mat juga kata, UMNO bangkit semula bukan kerana ubatan mujarab dari parti PAS.

Hj. Hadi, Presiden PAS, mengumpamakan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah disembuhkan mereka.

Hj. Hadi juga kata, kita bukan mahu mengajar itik berenang. Kita hendak selamatkan itik yang patah kaki pada Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

11. Tok Mat Hassan membalas dengan menyatakan bahawa keputusan-keputusan parti UMNO tidak berada di tangan kumpulan tertentu sahaja.

Sebagai contoh kata Tok Mat, ketika UMNO menarik sokongan daripada TS Muhyiddin Yassin, hanya 12 orang Ahli Parlimen UMNO yang akur, yang lain tidak bersetuju. Begitulah demokratiknya UMNO, ujar Tok Mat.

Tok Mat juga mengingatkan bahawa tanpa sokongan UMNO, PAS tidak akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini.

PERSOALAN-NYA :

12. Kenyataan Tok Mat Hassan ini sebenarnya membawa beberapa pengertian :

(i). Kebangkitan semula UMNO di Arena Politik Perdana Negara adalah bukan kerana bantuan parti PAS ketika berhadapan dengan Pilihanraya Umum Negeri Melaka atau sebarang Pilihanraya Kecil sebelum ini.

Adakah ini juga bermakna ?

Bahawa kebangkitan UMNO adalah atas kehendak Rakyat dan orang Melayu di Negara ini kerana UMNO parti terbesar Negara.

Segala-galanya akan terjawab ketika Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

(ii). Tok Mat juga mengesahkan bahawa ketika menjatuhkan TS Muhyiddin Yassin, hanya 12 orang Ahli Parlimen UMNO yang akur bersetuju jatuhkan TS Muhyiddin.

Bermakna, 27 Ahli Parlimen UMNO yang lain tidak bersetuju ataupun tidak akur dengan perintah parti.

Adakah ini memperlihatkan bahawa ?

Walaupun UMNO mengamalkan Demokrasi di dalam parti mereka, tetapi ia juga membuktikan bahawa parti UMNO berpecah-belah di antara Ahli-Ahli Parlimen mereka.

(iii). Tok Mat juga nyatakan bahawa tanpa sokongan UMNO, mana mungkin parti PAS boleh duduk bersama didalam Kerajaan Persekutuan hari ini.

Tok Mat berkemungkinan terlupa.

Kerajaan Persekutuan hari ini di terajui oleh seorang Naib Presiden dari UMNO iaitu DS Ismail Sabri.

Tanpa sokongan dari 72 Ahli-Ahli Parlimen PN iaitu 18 dari PAS, 18 dari GPS Sarawak dan dari BERSATU serta lain-lain, mana mungkin UMNO kembali menerajui kepimpinan Negara hari ini.

(iv). Keempat, kemungkinan Pemimpin UMNO dan Rakyat Negara ini terlupa cara politik parti PAS.

Ahli-Ahli PAS Walak (taat kepada Pemimpin), kerana mereka mengamalkan kepimpinan dari TOP DOWN iaitu dari atas ke bawah.

Dari kepimpinan parti kebawah ke Akar Umbi mengikut ajaran Al-Quran iaitu … dalam Al-Quran dijelaskan bahawa taatlah kepada Allah dan Rasul, serta Ulil Amri (pemimpin) di kalangan kamu, selagi Ulil Amri tidak menyuruh kepada perkara maksiat (dan salah).

UMNO ada kalanya mengamalkan politik bottom up. Iaitu dari bawah (akar umbi) ke atas (kepimpinan parti), mengikut kepentingan pemimpin-pemimpin politik ketika itu.

PERDANA MENTERI DATO’ SERI ISMAIL SABRI PERLUKAN SOKONGAN SEMUA PIHAK.

13. Ketika Negara Malaysia masih berhadapan dengan Pandemik Covid, Varian Omicron dan Ekonomi Domestik yang belum pulih sepenuhnya, PM DS Ismail Sabri perlukan sokongan dari semua pihak untuk meletakkan semula Negara ini di landasan yang betul, kearah pemulihan.

PM DSIS perlukan sokongan dari Pemimpin-Pemimpin UMNO yang berada di luar Kerajaan, yang berada di dalam Kerajaan seperti Menteri Kabinet serta Pengerusi-Pengerusi GLC.

PM DSIS perlukan sokongan dari TS Muhyiddin Yassin, DS Hj. Hadi, TS Dato’ Abang Jo (Ketua Menteri Sarawak), Dato’ Seri Hasni (Menteri Besar Johor) dan semua kepimpinan Negara serta Negeri, demi untuk menstabilkan politik Negara agar ekonomi serta kelangsungan kehidupan rakyat dapat dipulihkan semula.

14. Hampir pasti, apabila waktu dan masa mengizinkan, PM DSIS akan membubarkan Parlimen bagi menyerahkan semula kuasa kepada Rakyat, untuk menentukan siapa pilihan Rakyat, bagi menerajui Kerajaan Persekutuan Negara ini.

Pilihanraya Umum ke 15 akan menentukan segala-gala persoalan ini. SM

Tiada ulasan: