HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Januari 2022

PRN peluang kembalikan Johor tiang seri Umno – Khaled

MALAYSIA POST

PRN peluang kembalikan Johor tiang seri Umno – Khaled

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan menjadi tanggungjawab pimpinan parti itu untuk mengembalikan Johor sebagai ‘tiang seri’ Umno.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata ini kerana Umno lahir di negeri itu dan usaha tersebut perlu dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Bersama rakan-rakan pimpinan ke Majlis Perjumpaan Pengerusi Barisan Nasional bersama kepimpinan BN Negeri Johor (semalam).

“Semua sudah bersemangat dan bersedia untuk kembalikan mandat sebenar rakyat bersama BN Johor.

“Umno ini dibidani di Johor. Maka menjadi tanggungjawab semua pimpinan untuk kembalikan Johor sebagai tiang seri Umno,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mohamed Khaled yang tidak bertanding dalam PRN kali ini berkata, beliau yakin BN sebagai parti yang mempunyai ‘track record’ baik dalam mengurus ekonomi dan kesejahteraan negeri, akan kembali mentadbir Johor. – Malaysiapost

Tiada ulasan: