HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Januari 2022

‘BN kena hati-hati sebelum terima PBM’ – Shahrir

MALAYSIA POST

‘BN kena hati-hati sebelum terima PBM’ – Shahrir

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta Barisan Nasional (BN) ‘berhati-hati’ sebelum membuat keputusan menerima Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai komponen gabungan itu.

Shahrir berkata, Presiden PBM, Larry Sng Wei Shien adalah Ahli Parlimen dari Sarawak dan adalah lebih wajar sekiranya PBM menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Rupanya sudah dinampak hebat juga BN ni apabila adanya ahli-ahli parlimen Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang nak mohon jadi parti komponen BN.

“Mereka tak pula pilih Perikatan Nasional (PN). Larry Sng ada Ahli Parlimen Sarawak, di mana memang dah tak ada BN pun.

“Tak pula PBM mohon jadi komponen GPS. Patut ke BN menerima PBM ni. Kena berhati-hati juga,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Semalam, media melaporkan, 12 bahagian PBM mengusulkan agar parti mereka menyertai gabungan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PR15).

Larry berkata, usul itu telah dipersetujui barisan kepimpinan baru parti dengan sesi perbincangan lanjut dengan Majlis Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau mendakwa PBM mampu menjadi pilihan parti berbilang kaum dalam gabungan BN bagi memenangi seberapa banyak kerusi campuran penting di semenanjung dan Sabah.

Ahli Parlimen Julau itu berkata, mereka juga akan menghubungi Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Malaysiapost

Tiada ulasan: