HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Januari 2022

Chong Chieng Jen kekal Pengerusi DAP Sarawak

Shafik Ahmad
Chong Chieng Jen kekal Pengerusi DAP Sarawak
Chong Chieng Jen mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Sarawak yang disandangnya sejak 2013. - Foto BERNAMA
 
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen dipilih semula sebagai Pengerusi DAP Sarawak bagi penggal 2022-2024.
 
Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Stampin, memegang jawatan itu sejak 2013.
 
Pemilihan Chieng Jen dan 14 lagi ahli jawatankuasa DAP negeri itu diadakan sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak Ke-19 di Kuching pada Ahad yang diperuntukkan di bawah Fasal Kecil 1(b)iii Fasal XIV Perlembagaan Parti. 
Konvensyen berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
 
Chieng Jen dalam kenyataannya berterima kasih kepada para perwakilan yang telah memilih semula beliau untuk menerajui DAP Sarawak bersama 14 anggota lain.
 
“Terima kasih di atas keyakinan para perwakilan kerana telah memilih kami dan saya sendiri dipilih semula sebagai pengerusi.
 
“Untuk itu, kami telah memutuskan untuk membawa masuk lebih ramai belia di dalam DAP sebagai pembuat dasar dan keputusan,” katanya.
 
Justeru, DAP Sarawak kata Chieng Jen tidak akan mewujudkan sayap belia sebagai salah satu jawatankuasa kecil kepada organisasi induk.
 
“Untuk senarai jawatankuasa DAP Sarawak baharu, empat daripadanya berusia di bawah 35 tahun, dan ini secara tidak langsung perubahan yang kita bawa kepada DAP.
 
“Malah ia juga mencerminkan kepada keputusan kita untuk tidak mewujudkan sayap atau jawatankuasa belia kerana kita mahu mereka (belia) terlibat secara langsung kepada keputusan yang dirangka dan dibuat oleh jawatankuasa negeri,” katanya.
 
Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa negeri DAP Sarawak baharu:
 
Pengerusi : Chong Chieng Jen
Timbalan Pengerusi : Alice Lau Kiong Yieng
Naib Pengerusi : Mordi Ak Bimol
Oscar Ling Chai Yew
Setiausaha : Alan Ling Sie Kiong
Penolong Setiausaha : Larry Asap
Bendahari : Chiew Chiu Sing
Setiausaha Organisasi : Violet Yong Wui Wui
Penolong Setiausaha Organisasi : Ung Cheng Chak
Setiausaha Publisiti : Dr Kelvin Yee Lee Wuen
Pengarah Pendidikan Politik : Irene Mary Chang Oi Ling
Ahli Jawatankuasa : Julian Tan Kok Ping, Richard Lias, Sim Kiat Leng, Yong Siew Wei

Tiada ulasan: