HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Januari 2022

DAP hilang taring, semakin tiada arah tuju – Puad

AMRI

DAP hilang taring, semakin tiada arah tuju – Puad

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan DAP sebagai parti pembangkang yang sudah hilang taring.

Beliau berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) menjadikan parti itu semakin hilang arah tuju.

“DAP adalah pembangkang yang hilang taring. MoU antara DAP dengan Kerajaan menjadikan parti itu semakin hilang arah tuju,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Jelas Mohd Puad, keadaan itu menyebabkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih tercari cari alasan untuk ‘mensucikan’ parti tersebut.

“Semalam sempena Konvensyen DAP Sarawak, Kit Siang kata MoU dengan kerajaan adalah wajar, kerana (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) adalah Perdana Menteri paling lemah.

“Ismail Sabri lemah atau DAP yang lemah? DAP cuba main selamat, iaitu pembangkang pun tidak, kerajaan pun tidak. Apakah DAP mahu gunakan MoU itu untuk ‘ugut’ kerajaan?,” soalnya.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, hakikatnya DAP adalah sebuah parti yang gagal bila diberi peluang menjadi kerajaan dan kini parti itu takut kembali menjadi pembangkang selamanya.

Semalam ketika Konvensyen DAP Sarawak, media melaporkan, Kit Siang menyifatkan kurangnya pemahaman mengenai kepentingan bersejarah MoU dengan kerajaan telah mengundang kritikan bahawa PH tidak lagi menjadi pembangkang.

Kit Siang menjelaskan, ini kerana Ismail Sabri adalah Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara yang mencetuskan syarat-syarat menjadikan MoU ini perlu dibuat.

“Dalam setengah abad yang lalu, Umno terlalu kuat dan hegemoni sehingga tidak mahu ada sebarang MoU,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: