HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Januari 2022

Dia tetap pekak, bisu, buta dan tak tahu, kata Najib kepada Rafidah

MALAYSIA POST

 Dia tetap pekak, bisu, buta dan tak tahu, kata Najib kepada Rafidah

DATUK Seri Najib Razak menyifatkan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz tetap pekak, bisu, buta dan tak tahu kerana sehingga kini masih gagal menjelaskan dakwaan serta bukti berhubung isu tanah tentera.

Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan tuduhan Rafidah itu amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semasa berkempen untuk Pakatan Harapan (PH).

“Pekak, bisu, buta dan tak tahu? Oh… macam seorang itu yang pernah gunakan nama Allah untuk fitnah semasa dia bersama geng Atok sebelum PRU14 bahawa seitap inci tanah tentera telah diswastakan oleh saya dan kerajaan BN.

“Dah banyak kali saya suruh dia jelaskan dan beri bukti selepas PRU14 tapi dia tetap pekak, bisu, buta dan tak tahu. Saya ingin bertanya lagi mengenai tuduhan amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

“Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik tiga individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

“Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 semasa beliau berkempen untuk PH,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Najib berkata susulan tuduhan Rafidah itu, ramai rakyat tertipu namun setelah mengambil alih kerajaan, PH tidak membuat siasatan dan mengemukakan bukti berhubung perkara tersebut.

“Takkan PH dan Atok yang memegang Putrajaya selama 22 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati tak dapat mencari bukti bagi tuduhan yang amat serius kepada saya dan kerajaan BN ini?

“Sekadar memeriksa Surat Hakmilik tanah tentera sudah tahu kebenaran. Tak sampai setengah hari pun – tak perlu 22 bulan pun. Jadi, apa telah jadi dengan tuduhan “Demi Allah” ini?,” katanya.

Najib berkata demikian susulan kenyataan Rafidah yang mempertikai sama ada kerajaan kini menggunakan pendekatan “buat pekak, bisu, buta dan tak tahu” dalam tadbir urus, susulan banjir dan wabak yang dihadapi negara. – Malaysiapost

Tiada ulasan: