MALAYSIA POST
DATUK Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat baru-baru ini, masih boleh memperjuangkan usaha menyebar syariat Islam meskipun tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Nasrudin Hassan menasihati bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tersebut agar menerima penggugurannya tenang.
“Saya menasihatkan kepada Datuk Dr Khairuddin terima keputusan dengan akur, tenang dan baik sebab kerja-kerja Islam (dakwah) ini bukan semestinya ada jawatan.
“Tanpa jawatan pun kita boleh mengamalkan amalan Islam ini dengan baik, tambah-tambah lagi beliau masih lagi mempunyai kedudukan sebagai Setiausaha Majlis Syura,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.
Beliau ditemui media selepas Majlis Himpunan Bulanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Putrajaya hari ini.
Baru-baru ini Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.
Abdul Hadi, berkata pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam PAS, termasuk diberhenti atau ditukarkan. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan