HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Januari 2022

Guan Eng yang berdepan kes rasuah kecewa tiada tindakan terhadap Azam


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sedang berdepan pertuduhan kes rasuah di mahkamah bersabit pembinaan terowong di Pulau Pinang kecewa apabila tiada sebarang tindakan diambil terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Guan Eng yang sedang dibicarakan di mahkamah tidak berpuas hati apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegaskan hasil siasatan mereka mendapati tidak dapat memuktamadkan berlaku pelanggaran pemilikan saham oleh Azam di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Pemimpin DAP itu nyata kecewa kononnya seksyen tersebut sepatutnya digunakan terhadap Azam.

Malah beliau dalam masa yang sama menimbulkan persoalan bagaimana SC boleh melepaskan Azam daripada sebarang tuduhan, sedangkan jelas serta terbuka bahawa beliau membenarkan adiknya menjalankan dagangan saham secara proksi.

“Seksyen 25(4) SICDA kini menjadi seperti harimau tidak bertaring dan tidak berguna lagi.

“Kesan kepada pasaran modal Malaysia bukan setakat kehilangan keyakinan pelabur tetapi meletakkan SC serta penubuhannya dalam kedudukan yang meragukan, sama ada SC mampu melaksanakan tugas undang-undangnya tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, SC dilapor tidak dapat memuktamadkan berlaku pelanggaran pemilikan saham oleh Azam di bawah seksyen itu.

SC yang selesai menjalankan siasatan ke atas Ketua Pesuruhajaya SPRM itu menjelaskan, perkara tersebut berdasarkan pengumpulan bukti yang diserahkan kepada pihaknya

Tiada ulasan: