DSC5464-scaled
Ahli Jawatankuasa Jabatan Penerangan Bersatu Malaysia (JPBM), Mohamad Shafiq Abdul Halim.

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat kerana rakyat dalam proses memulihkan kehidupan selepas dilanda banjir dan Covid-19.

Ahli Jawatankuasa Jabatan Penerangan Bersatu Malaysia (JPBM), Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, walaupun kerajaan memberi bayangan PRN Johor boleh diadakan namun tiada jaminan penularan pandemik terkawal.