HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Januari 2022

Kalah teruk dua PRN, Anwar masih mahu kawal pemilihan calon PH di Johor


Walaupun kalah teruk dan ditolak rakyat dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini di Melaka dan Sarawak, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak sedar diri dan cuba mengawal pemilihan calon di Johor pula.

Ketua Pembangkang itu enggan mencermin dirinya yang sudah tidak lagi relevan dalam politik negara, keputusan dua PRN lalu merupakan isyarat jelas rakyat menolak Anwar tetapi nampaknya Presiden PKR yang sedang berdepan saman bekas stafnya, Yusoff Rawther itu masih tidak malu untuk mengakui dirinya masih disokong rakyat.

Bukan sahaja Anwar sudah ditolak rakyat, malah anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah menjauhkan diri daripada cikgunya itu kerana sudah melihat beliau tidak lagi berpengaruh dikalangan rakyat dan pengundi.

Tidak ada satu kerusi dimenangi PKR dalam PRN Melaka dan Sarawak, namun Anwar masih menganggap dirinya masih disokong rakyat walhal sebenarnya rakyat sudah muak dengan sikap tidak berprinsip dan terlalu perasan kononnya diri bakal menjadi calon Perdana Menteri (PM).

Anwar hanya menganggap dirinya sahaja yang layak menjadi PM bukan orang lain, bagaimanapun rakyat dan pemimpin parti politik tidak mudah percaya dengan retorik beliau lagi, jika tidak masakan anak muridnya, Zahid juga sudah enggan melayani Anwar lagi kini.

Spekulasi PRN Johor semakin hangat dan dijangka Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal dibubarkan pada bila-bila masa selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar nanti.

Dewan Negeri Johor terdiri daripada 56 kawasan DUN, semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu ketika Anwar meringkuk dalam penjara, PKR memenangi tujuh kerusi DUN.

Untuk rekod, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berada bersama dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) sebelum bertindak keluar menubuhkan Perikatan Nasional (PN), beliau bertanggungjawab mengemudi jentera dan kempen di Johor bagi menentang Barisan Nasional dan UMNO.

Hasilnya, Johor yang dianggap kubu kuat UMNO tumbang buat kali pertama dalam sejarah.

Anwar perlu sedar diri, kemenangan PH di Johor bukan kerana dirinya yang turun berkempen dengan penat lelah dan jika setakat menjadi banduan pemerhati tidak perlulah berlagak dirinya sebagai seorang tokoh politik yang hebat.

Bagaimanapun, senario sama yang berlaku di Melaka dan Sarawak dijangka bakal berulang, Anwar cuba sekali lagi mengawal dan menjadi pencatur utama dalam menentukan pemilihan calon PH di Johor nanti.

Di Melaka, PH dikalahkan teruk berpunca daripada kebodohan Anwar meletak calon UMNO yang melompat parti bertanding atas tiket PKR, kemudiaan di Sarawak pula Anwar bergaduh sekali lagi dengan DAP apabila cuba memonopoli kerusi yang mahu ditandingi PKR.

Satu persatu Anwar melakukan kesilapan dan ia sekaligus memperlihatkan kelemahan dirinya yang tidak lagi dihormati sebagai pemimpin disegani dalam blok pembangkang sendiri.

Sumber memberitahu Anwar sudah mengintai untuk meletak lebih banyak calon PKR di kerusi yang dimenangi Bersatu dalam PRU-14 lalu, terdapat 11 kerusi DUN yang dimenangi Bersatu sebelum ini.

Namun, dijangkakan 11 kerusi tersebut akan diagihkan sama rata antara PKR dengan Parti Amanah, ia memandangkan semua kerusi tersebut adalah majoriti pengundinya orang Melayu.

Anwar lebih berminat untuk merampas kerusi yang dimenangi Bersatu dalam PRU-14 lalu kerana membuat andaian ia mudah untuk dimenangi berbanding kerusi yang disandang UMNO.

Tidak mustahil juga Anwar meletak semua calon PKR bagi menentang calon-calon Bersatu yang akan bertanding nanti dan memberikan Amanah lebih banyak kerusi menentang UMNO.

Persoalannya, adakah parti sekutu, DAP sekali lagi akan mengikut strategi dan percaturan politik yang ditentukan Anwar.

Jika strategi Anwar menjadi ikutan, tidak mustahil DAP akan menerima nasib yang sama seperti dalam PRN Melaka dan Sarawak.

Yang untung dalam PRN Johor nanti pastinya UMNO kerana mereka tidak perlu memikirkan cara untuk menumbangkan musuh kerana mengetahui Anwar adalah aset sulit yang secara tidak sedar sedang dipergunakan untuk membunuh parti-parti lain yang bertanding nanti.

Strategi yang digunakan Anwar akan memecahkan undi dan ia akan memberi UMNO kelebihan kerana pengundi totok mereka yang ramai, ia bermakna apabila PKR masuk bertanding lebih banyak kerusi maka ia bermakna lebih banyak kerusi yang UMNO akan menang nanti.

Jadi, PKR dan parti pembangkang lain sebenarnya hanya sekadar menjadi parti pengacau untuk memecahkan undi, UMNO mempunyai kelebihan untuk menang sekurang-kurangnya 40 lebih kerusi DUN dan mengulangi kejayaan bergaya semasa PRN Melaka lalu.

Ia adalah realiti pahit yang susah hendak diterima, tapi itulah yang bakal berlaku dalam PRN Johor nanti.

Tiada ulasan: