HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Januari 2022

Kerajaan Perak masih miliki sokongan majoriti – Saarani

MALAYSIA POST

Kerajaan Perak masih miliki sokongan majoriti – Saarani 

KEDUDUKAN kerajaan Perak yang diterajui Umno tidak terjejas meskipun tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Bersatu dan seorang Bebas, menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keutuhan pentadbiran kerajaan negeri kekal selagi mempunyai mandat menerusi jumlah kerusi mencukupi. 

“Sekarang kita mempunyai 36 kerusi yang masih menyokong pentadbiran kerajaan negeri dan tiga Adun lompat ke parti lain ini tidak menarik sokongan. 

“Justeru, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada keabsahan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada media hari ini, lapor Berita Harian.  

Terdahulu, dua Adun Bersatu, A Sivasubramanian (Buntong) dan Paul Yong Choo Kiong (Tronoh), selain Leong Cheok Keng (Bebas-Malim Nawar), memutuskan keluar Bersatu untuk menyertai PBM yang baru dilancarkan. 

Susulan Mesyuarat Agung Luar Biasa PBM Sabtu lalu, Sivasubramaniam dan Choo Kiong, masing-masing dilantik Naib Presiden serta Bendahari Agung, manakala Cheok Keng, Ahli Majlis Tertinggi. 

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak ketika ini terdiri daripada 25 Adun Barisan Nasional, DAP (15), Parti Amanah Negara (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan bebas (satu). – Malaysiapost

Tiada ulasan: