83913167-DAFB-4A68-B0D7-D0889E20EF34
Hafiz Ariffin.

JOHOR BAHRU – Keputusan kerajaan Johor meluluskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun satu usaha yang baik.

Ia selaras dengan hasrat orang muda untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi secara lebih inklusif dan progresif, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin.