HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Januari 2022

Najib sindir pihak mahu anjur protes jalanan bantah PRN Johor

MALAYSIA POST

Najib sindir pihak mahu anjur protes jalanan bantah PRN Johor

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir tindakan parti pembangkang yang mengugut mahu mengadakan protes jalanan jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada masa terdekat.

Beliau berkata, parti itu termasuk Pejuang, PKR, DAP dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilapor mahu mengadakan protes di jalan raya bagi membantah PRN Johor dan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan ketika pandemik.

“Pejuang, PKR, PAN, DAP dan Muda ugut akan turun ke jalan raya untuk membuat protes besar-besaran.

“Pejuang, PKR, PAN, DAP dan Muda juga yang bantah PRN Johor dan PRU dilaksanakan dengan alasan pandemik Covid belum selesai biarpun PRN Melaka dan Sarawak tidak menaikkan kes Covid.

“Saya pelik. Adakah Covid hanya berjangkit pada pengundi tetapi tak ancam protes jalan raya? Minta penjelasan Pejuang, PKR, PAN, DAP dan Muda,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, desas desus berkenaan PRN Johor semakin kuat dan dikatakan bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Ia berikutan dakwaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan berlaku tidak lama lagi.

Beberapa pihak menyuarakan tidak perlu diadakan mana-mana pilihan raya ketika ini berikutan negara masih dalam pandemik dan kes harian Covid-19 masih di tahap membimbangkan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: