KINABATANGAN: PAS
Kinabatangan turut menyantuni penduduk yang menjadi mangsa banjir dengan
mengagihkan sumbangan keperluan harian kepada mereka.
Ketua
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kinabatangan, Tieya Fuding
berkata, Bukit Garam antara kawasan yang terjejas memandangkan
kedudukannya berdekatan dengan Sungai Kinabatangan.
“Kita dimaklumkan Pusat Penempatan Sementara (PPS) mula beroperasi semalam dengan kemasukan lapan keluarga terdiri daripada 39 mangsa banjir.
“Mangsa banjir terbabit disumbang air mineral, lampin dan keperluan asas barang dapur bagi meringankan beban mereka,” katanya di sini semalam.
Turut hadir pada program itu Penyelaras PAS Dun Lamag Jumaidin Lakalla, Ketua Muslimat Kinabatangan Izzah Innah dan ahli-ahli jawatankuasa PAS kawasan berkenaan.
Tieya yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kinabatangan berkata, di kawasan berkenaan berlaku peningkatan mangsa banjir dan pembukaan PPS ekoran hujan lebat.
Menurutnya juga orang ramai dipelawa menghulur sumbangan bagi membolehkan lebih banyak bantuan dapat disalur kepada mangsa banjir yang terjejas.
Sumbangan boleh disalur melalui akaun Bank Simpanan Nasional 1213441100010037 atas nama PAS Kawasan Kinabatangan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan