HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Januari 2022

Pembangkang tak terima keputusan SC – Guan Eng

MALAYSIA POST

Pembangkang tak terima keputusan SC – Guan Eng

DAP dan barisan pembangkang tidak akan menerima keputusan yang dibuat secara salah dan bertentangan dengan undang-undang melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata keengganan pembangkang untuk menerima keputusan Surunjaya Sekuriti (SC) sebelum ini terbukti betul.

Katanya ia susulan penjelasan terbaharu suruhanjaya itu bahawa “bukti bebas” yang dikumpul dalam siasatan menunjukkan Azam adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan tunggal ke atas akaun dagangan tersebut.

“SC membuat kesimpulan bahawa tiada dagangan secara proksi melalui akaun saham Azam oleh adik lelakinya seperti yang didakwa oleh Azam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima keputusan SC, beliau harus segera meminta Azam bercuti sementara menunggu siasatan bebas dan saksama oleh panel yang kredibel.

Semalam SC memaklumkan keterangan bebas yang diperolehi suruhanjaya itu semasa inkuiri berhubung dengan akaun dagangan saham Azam mendapati Ketua Pesuruhjaya SPRM itu adalah penama akaun saham dan beliau mempunyai kuasa ke atas akaun saham tersebut.

SC menambah, Azam juga telah mengendalikan akaun saham yang dibukanya dan telah menyampaikan arahan untuk jual, beli serta pemindahan saham daripada akaun tersebut.

Oleh itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991. – Malaysiapost

Tiada ulasan: