MGF07012022_PROGRAM-KHAS-MAKKAL-SAKTI-BERSAMA-NAJIB-12
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap semasa hadir ke Program Khas anjuran Parti Makkal Sakti Malaysia di Riverside Cafe, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – Tatkala Pakatan Harapan (PH) menabur janji ‘bulan dan bintang’ pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah untuk bercakap benar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, segala janji yang ditaburkan PH ketika itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan walaupun gabungan parti politik itu dapat memerintah negara pada 9 Mei 2018.