annuar
Naib Presiden PBB Dr Annuar Rapaee

SIBU – Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang buat pertama kali bertanding atas nama gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) bulan lepas, memberi gambaran jelas bahawa rakyat Sarawak tidak mahu negeri itu diperintah parti lain, selain GPS.

GPS yang dianggotai empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progressif (PDP) berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.