HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Januari 2022

Saham Azam Baki: Pembangkang minta mesyuarat PSC diteruskan

BH ONLINE
Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri daripada pembangkang, mahu mesyuarat membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diteruskan, walaupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat keputusan berhubung perkara itu. - fotoBERNAMA
Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri daripada pembangkang, mahu mesyuarat membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diteruskan, walaupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat keputusan berhubung perkara itu. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri daripada pembangkang, mahu mesyuarat membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diteruskan, walaupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat keputusan berhubung perkara itu.

William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) berkata pihaknya merayu Pengerusi Jawatankuasa itu Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) untuk mengadakan mesyuarat berkenaan secepat mungkin, kerana ia adalah isu berkepentingan awam.

"Sekarang (mesyuarat) ditangguhkan, kita sedang menunggu nasihat daripada penasihat undang-undang Parlimen dan kita merayu kepada Pengerusi untuk mengadakan mesyuarat dengan secepat mungkin kerana ini adalah isu kepentingan awam," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) berkata jawatankuasa berkenaan perlu bermesyuarat untuk meneliti keseluruhan kes itu, termasuk mengenai jumlah pemilikan saham oleh seorang penjawat awam.

Mesyuarat berkenaan yang dijadual berlangsung semalam, ditangguh ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu, daripada pejabat penasihat undang-undang Parlimen.

Semalam, SC telah membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), berhubung akaun dagangan Azam.

Dalam satu kenyataan, SC menjelaskan bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan, beliau ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan itu. – BERNAMA

Tiada ulasan: