MALAYSIA POST
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Johor tidak mempunyai alasan kukuh untuk dibubarkan, kata Speaker DUN, Suhaizan Kayat.
Beliau berkata BN masih lagi mempunyai kelebihan satu undi dan kerajaan dengan majoriti tipis ini masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.
Malah katanya, tiada keperluan untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini memandangkan rakyat sedang bergelut dalam kesusahan akibat wabak Covid-19.
“BN masih ada kelebihan satu undi. Selama ini pun kerajaan bertahan dengan majoriti tipis dan tiada sebarang masalah berlaku.
“Tempoh penggal pun masih ada satu tahun lagi. Tiada sebab jelas untuk DUN dibubar di tengah-tengah keperitan rakyat hadapi pandemik Covid-19,” katanya dipetik Malaysiakini.
Terdahulu hari ini, BH melaporkan desas-desus pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat, semakin hangat diperkatakan.
Khabar mengenai pembubaran DUN dan PRN Johor itu bertambah kuat sejak seminggu dua ini apabila Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui ada membincangkan perkara itu baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya mendapat maklumat DUN Johor mungkin akan dibubarkan seawal 15 Januari.
Desas desus PRN Johor mula tercetus berikutan kematian Adun Kempas, Datuk Osman Sapian bulan lalu. -Malaysia Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan