HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Januari 2022

‘Ukuran berjaya basmi rasuah bukan kita yang letak’

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menegaskan bahawa pencapaian Malaysia dalam usaha memerangi rasuah terletak pada badan antarabangsa yang berautoriti.

Menurutnya, kejayaan kerajaan termasuk rakyat memerangi rasuah di negara ini boleh dilihat pada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dengan skor Malaysia pada 2018 meningkat selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih.

“Hal inilah (basmi rasuah) yang kita berhempas-pulas buat perubahan. Akhirnya, kerajaan yang korup berjaya dijatuhkan pada 2018.

“Ukuran berjaya (basmi rasuah) bukan kita yang meletakkan ukuran. Markah diberi oleh orang lain. Macam kitalah jawab peperiksaan, yang beri markah ialah cikgu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah, “Malaysia Tanpa Rasuah: Mimpi @ Impian” anjuran The Perspektif TV dan AMANAH Kawasan Kubang Pasu malam tadi.

Ahli Parlimen Kota Raja itu turut menyifatkan kemewahan hidup ramai pemimpin negara Arab begitu berlebihan tetapi tidak berupaya menjaga kedaulatan negara masing-masing.

Mohamad turut menyifatkan kemewahan hidup ramai pemimpin negara Arab begitu berlebihan sehingga tidak berupaya menjaga kedaulatan negara masing-masing.

Hal ini, jelasnya, berbeza dengan sejumlah pemimpin bukan Islam yang mengamalkan gaya hidup sederhana malah menjaga kebajikan warganegara lain yang berlindung di negara mereka.

“Pemimpin negara Arab kaya-kaya tetapi nak jaga rakyat, swastakan kepada Amerika, Britain dan Perancis.

“Tetapi pemimpin yang berakhlak Islam, negara itu kaya. Malu kita baca sejarah bekas Canselor Jerman, Angela Merkel. Dia betul-betul makan gaji. Orang gaji pun tiada.

“Melayan berjuta-juta pelarian orang Islam yang masuk ke Jerman dengan cukup makanan, pakaian dan tempat tinggal.

“Mereka mengamalkan apa yang kerajaan-kerajaan Islam terdahulu praktikkan,” kata Mohamad lagi.

Tiada ulasan: