Majlis Raja-raja perlukan lebih masa untuk halusi, kata Menteri
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi kecewa kerana pindaan tiga rang undang-undang bagi menangani isu-isu berkaitan tukar agama tidak dapat dibahaskan di Parlimen sesi semasa sebagaimana telah dirancang.
Bagaimanapun Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan memenuhi permintaan Majlis Raja-raja Melayu semalam yang mahukan lebih banyak masa untuk menghalusi pindaan berkaitan.
"Ya, saya kecewa... saya sebenarnya yakin rang undang-undang ini akan dibaca kali pertama, kali kedua dan ketiga pada sesi kali ini," kata beliau pada sidang media di Parlimen petang semalam.
"Anda boleh lihat wajah saya (gambarkan perasaan kecewa)," tambah baliau.
"Kami telah beranggapan bahawa tidak akan wujud sebarang masalah," kata Nazri sambil menambah, wujud perkara-perkara yang berada di luar kawalannya.
Jelas Nazri, selepas memberikan taklimat Majlis Raja-raja Melayu berpendapat pihaknya memerlukan masa selain mendapatkan pandangan susulan daripada Majlis-majlis Agama Islam Negeri.
"Kesemua isu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Raja-raja kami telah jelaskan. Bagaimanapun mereka (Majlis Raja-raja memerlukan masa, kita beri," katanya.
Jelas Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak juga ada menghubungi beliau untuk memaklumkan pendirian Majlis Raja-raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menghubungi Najib selepas mesyuarat petang kelmarin.
"Itu permintaan Majlis Raja-raja dan Perdana Menteri memaklumkan saya bahawa permintaan ini dipenuhi. Jadi, ia (rang undang-undang) tidak akan dibentangkan sesi ini walaupun, sebagai anggota jemaah menteri, saya merasakan ia harus dilakukan sekarang.
"Bagaimanapun mereka memerlukan masa untuk berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri, saya merasakan permintaan itu adalah munasabah," katanya.
Selain Nazri, turut hadir memberikan taklimat ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Pindaan membabitkan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kata Nazri, beliau sebenarnya yakin bahawa rang undang-undang ini dapat dibahas dan diluluskan pada kali ini selepas persiapan selama ini dan pengumuman yang dibuat April lalu.
"Selepas ini saya tidak boleh mengatakan dengan yakin bila rang undang-undang ini akan dibentangkan...saya tidak tahu bila boleh...," katanya.
Sidang semasa Dewan Rakyat akan berakhir Khamis ini.
Beliau juga mengulangi bahawa tidak dapat memberi jaminan sama ada akan dapat dibentangkan menjelang Disember ini.
Bagaimanapun Nazri mengakui oleh kerana pindaan ini membabitkan undang-undang Islam, perkenan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri masing-masing adalah diperlukan. Semalam Majlis Raja-raja memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).
Pada satu mesyuarat khas semalam, Majlis Raja-raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu.
Pada 22 April lepas, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.
Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.
Nazri menjelaskan, Kabinet mahu ketiga-tiga undang-undang berkenaan dipinda secara pakej walaupun salah satunya boleh dibentangkan.
Beliau juga memberitahu, apabila rang undang-undang berkenaan diluluskan di Parlimen ia akan dibawa untuk pindaan di peringkat negeri.
HALAMAN SANTAI
Rabu, 1 Julai 2009
Pelajar diugut guru palsu
MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tersilap menghantar khidmat pesanan ringkas (SMs), seorang pelajar lelaki tingkatan tiga hidup dalam ketakutan akibat diugut oleh penerima SMS terbabit.
Kejadian pada tengah hari Sabtu lepas itu bermula apabila pelajar terbabit tersilap menghantar SMS menggunakan telefon ibunya kepada seorang individu yang tidak dikenali, yang disangka gurunya, bagi mendapatkan maklumat mengenai kad laporan bulanan.
Pelajar dari sebuah sekolah di Ampang itu kemudian dipaksa oleh individu berkenaan membelikan tambah nilai sebanyak RM30 atau berdepan tindakan disiplin atas kesalahan yang tidak diketahuinya.
"Keesokan harinya, saya menerima beberapa lagi SMS dari penyamar itu yang meminta untuk memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaunnya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Individu itu terus mengugut pelajar terbabit supaya terus memberikannya tambah nilai dan wang jika tidak mahu diapa-apakan.
Usaha pelajar itu bagi mendapatkan kepastian sama ada benar individu itu gurunya menemui jalan buntu apabila individu itu tidak menjawab panggilannya.
Bimbang akan keselamatannya, pelajar itu membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya Supt Aminuddin Jamaluddin enggan mengulas lanjut.

SPRM akan dedah kes besar tidak lama lagi - Pengarah Perisikan
BERNAMA
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.
"Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini.
Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Idrus Jaafar kini menyandang jawatan Pengarah SPRM Kedah, mengambil alih tugas daripada Nooraziah Abdul Manaf yang ditukarkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menjawat jawatan baru sebagai Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.
Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiketsindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan.
"Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.
"Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan," katanya.
Menurutnya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang.
Idrus pula berkata enam penjawat awam dalam kumpulan sokongan di Kedah adalah antara 19 orang yang ditahan oleh SPRM sejak Januari lalu yang membabitkan rampasan wang sogokan keseluruhan berjumlah RM20,518.
Katanya enam orang ahli politik turut disiasat yang turut melibatkan politik wang.

Liow: Guna istilah influenza A (H1N1), bukan selesema babi
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
KUALA LUMPUR: Semua kementerian telah diarah untuk menggunakan istilah influenza A (H1N1) dan bukan 'selesema babi' bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan memastikan perkara ini akan dimaklumkan kepada kepada jawatankuasa influneza A (H1N1) antara agensi pada mesyuaratnya esok.
Liow berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) tentang sebab istilah yang digunakan bagi wabak itu tidak diselaraskan.
Dr Lee telah membentangkan usul tergempar bagi membahaskan penularan wabak influenza A (H1N1) dan langkah yang diambil untuk menanganinya.
Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membenarkan usul itu dibahas selama sejam bermula pukul 4.30 petang tadi memandangkan ia memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu tertentu, berkepentingan awam dan perlu disegerakan.
Dalam perbahasan itu, Chow Kon Yeow (DAP–Tanjung) bertanya jika istilah 'selesema babi' akan memberi tanggapan bahawa mereka yang tidak makan daging babi tidak akan dijangkiti.
Liow turut mengambil kira cadangan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) supaya menteri mengadakan taklimat berhubung wabak itu supaya semua ahli Parlimen boleh menyampaikan maklumat itu kepada penduduk di kawasan masing-masing.
Liow berkata, taklimat itu akan diadakan pada waktu rehat Khamis ini.
Berhubung soalan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN–Kalabakan) tentang bagaimana kementerian akan memantau kemasukan haram di pintu masuk negara ini terutamanya di Sabah dan Sarawak, Liow berkata, imbasan kesihatan dijalankan di 53 pintu masuk negara ini dan kementerian menyerahkan kepada pihak polis dan imigresen untuk memantau sempadan masuk haram.
Liow berkata, sebanyak 158 kes influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini sekaligus mencatatkan jumlah 0.2 peratus bagi kes wabak itu secara keseluruhan di seluruh dunia.
Katanya, daripada jumlah itu, 133 kes adalah diimport manakala 25 lagi adalah penularan tempatan.
Katanya, 109 kes import itu adalah daripada mereka yang baru pulang daripada bercuti di luar negara dan pelajar yang pulang bercuti.

Pemuda Umno derma 10 sen seorang bayar denda
Muda Mohd Noor
Empat pemimpin Pemuda Umno Selangor bersiap sedia membayar denda maksimum sebanyak RM4,000 berhubung kekecohan terhadap pemimpin DAP Karpal Singh di Parlimen, 26 Febuari lalu.
Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.
Hari ini jawatankuasa khas Parlimen mengenakan denda RM1,000 setiap seorang ke atas mereka. Keputusan muktamad akan ditentukan dalam perbahasan dewan, Khamis ini.
Selain Engku Salleh, tiga ketua Pemuda bahagian lain: Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam).
“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Secara berseloroh, beliau berkata, jika kutipan melebihi RM4,000, bakinya akan digunakan untuk membeli kerusi roda bagi kegunaan ahli parlimen yang kurang upaya.
“Kita akan beli dua kerusi roda itu dan Karpal Singh tidak perlu lagi membawa kerusi roda untuk digunakan di Parlimen,” tambahnya.
Sementara Shahrizan pula berkata, beliau menerima keputusan itu secara terbuka dan akan membayar denda berkenaan.
Susulan keputusan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Shahrizan memohon maaf kepada Parlimen atas kejadian tersebut tetapi tidak kepada Karpal.

Rekrut gadis edar dadah
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup merekrut anak saudara perempuannya untuk mengedar dadah bersamanya sebelum mereka dicekup polis dalam satu pemeriksaan ke atas keretanya di Taman Midah, Cheras di sini, Sabtu lalu.
Turut ditahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan semua mereka baru tiba dari Genting Highland dipercayai menghantar bekalan Eramin 5 dan Ecstasy untuk kelab malam di sekitar Cheras.
Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata penahanan itu dilakukan anggota perondanya yang mencurigai kenderaan dinaiki ketiga-tiga suspek yang berhenti berhampiran sebuah stesen minyak.
“Hasil pemeriksaan awal, anggota peronda terbabit menemui 80 pil Eramin 5 dalam poket baju seorang daripada mereka.
“Susulan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan di but kereta Proton Waja terbabit dan menemui 23 peket plastik lutsinar mengandungi 1,240 pil Ecstasy pelbagai warna serta 3,250 pil Eramin 5 disembunyikan dalam sebuah kotak kek dengan nilai dianggarkan hampir RM100,000,” katanya.
Katanya, kereta dinaiki suspek dilaporkan hilang di Putrajaya, Februari lalu.
Amir berkata, pihaknya turut menemui beberapa peralatan memproses dadah, alatan menghisap syabu serta dua peket bahan mentah yang kandungannya belum dikenal pasti dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian lanjut.
“Suspek gadis yang berusia 18 tahun mendakwa dibuang sekolah sejak di tingkatan dua dan sering mengikut bapa saudaranya yang berusia 30-an untuk mengedar dadah sejak beberapa tahun lalu. Sebagai balasan, dia akan mendapat wang membeli syabu bagi kegunaannya.
“Semua mereka berasal dari Perak dan positif ujian air kencing serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun masih tegar melakukan kegiatan terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Cheras, semalam.
Amir berkata, pihaknya masih menyiasat rangkaian pasaran dadah terbabit sama ada diedarkan di sekitar Cheras dan Kuala Lumpur atau ke negeri lain.
“Semua mereka direman enam hari mengikut Seksyen 302 Akta Dadah Berbahaya, sabit kesalahan hukuman gantung mandatori,” katanya.

3 negeri tertinggi keganasan rumah tangga
BERITA HARIAN ONLINE
TIGA negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, masing-masing berada pada kedudukan tiga teratas dalam senarai negeri bagi kes keganasan rumah tangga dalam tempoh 15 bulan sejak Januari tahun lalu.
Selangor mencatatkan 102 daripada 526 kes yang direkodkan di seluruh negara atau 19.39 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, kadar peratusan itu meningkat kepada 34.29 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini apabila mencatatkan 60 daripada 175 kes yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut peruntukan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Pulau Pinang merekodkan jumlah kes keganasan rumah tangga kedua tertinggi apabila mencatatkan 86 kes bagi tempoh yang sama iaitu masing-masing 64 kes tahun lalu dan 22 kes sehingga Mac lalu, manakala Kelantan mencatatkan 75 kes iaitu 56 kes tahun lalu dan 19 kes sehingga Mac lalu.
Katanya, langkah yang dilaksanakan untuk melindungi dan membantu mangsa keganasan rumah tangga mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 antaranya ialah mempergiatkan program advokasi bagi menjelaskan mengenai hak mendapatkan perlindungan, membantu mangsa membuat laporan polis, membantu mangsa membuat pemeriksaan perubatan dengan mengiringi serta menyediakan kenderaan kepada mangsa jika diperlukan.
Langkah lain yang diambil ialah membantu mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO) dan memberi perlindungan sementara kepada mangsa yang memerlukan di tempat selamat yang diluluskan menteri.
"Perangkaan juga menunjukkan 13 suami menjadi mangsa keganasan rumah tangga bagi tempoh yang sama," katanya menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR-Bagan Serai).
Menjawab soalan tambahan Mohsin Fadzli, Shahrizat berkata, 90 peratus daripada kes keganasan rumah tangga membabitkan mangsa wanita.
Beliau berkata, kementerian sedang mengambil langkah meminda beberapa peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 termasuk usaha mempercepatkan penyelesaian kes sama ada di mahkamah sivil mahupun syariah.
Katanya, kementerian kini berada pada peringkat akhir dan sedang mengumpul maklum balas untuk dibawa ke Kabinet bagi memastikan akta ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Shahrizat dalam jawapan kepada soalan tambahan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), berkata hasil penyelidikan yang dijalankan mendapati keganasan rumah tangga berlaku disebabkan anggapan tidak ada kesaksamaan gender antara lelaki dan wanita menyebabkan salah satu pihak beranggapan boleh menguasai pihak lain.
Sehubungan itu, katanya kementerian menjalankan beberapa program kesaksamaan gender dan memberi kesedaran kepada kaum bapa bahawa keganasan rumah tangga tidak boleh dibiarkan berterusan dalam rumah tangga.

Dua tahun dibayar gaji RM5 sehari?
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Tujuh warga India yang datang ke negara ini mulanya memasang impian untuk mencari rezeki.
Namun, rezeki yang dicari di rantau orang itu tidak semudah yang mereka sangkakan. Mereka yang digaji sebagai tukang gunting rambut mendakwa, menjadi mangsa majikan yang tamak mengejar keuntungan.
Sejak dua tahun lalu, mereka mendakwa tidak dibayar gaji dan hanya diberi RM5 sehari untuk membeli makanan serta berkongsi sebuah bilik yang sempit bersama sembilan lagi pekerja asing lain.
Difahamkan, mereka akan dipukul dengan kayu setiap kali meminta gaji sebanyak RM900 sebulan. Malah, permit dan pasport mereka turut diambil oleh majikan masing-masing.
Kesemua tujuh pekerja terbabit yang berusia antara 20 hingga 28 tahun tiba di negara ini pada 2006 dari Madurai, India.
Mereka kemudiannya ditempatkan di sebuah kedai gunting rambut di Pulau Pinang.
Disebabkan tidak tahan dengan sikap majikan premis tersebut, mereka nekad melarikan diri selepas dibantu oleh seorang pelanggan dengan menaiki bas ke ibu negara, tengah malam kelmarin.
Pelanggan terbabit, S. Raymond Raman, memberitahu, dia membuat aduan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi India serta satu laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang semalam.
"Kesemua pekerja berkenaan menuntut bayaran gaji, levi ketika bekerja di kedai gunting rambut majikan mereka selain tuntutan kos untuk pulang semula ke India.
"Mereka turut meminta dikembalikan semula permit dan pasport mereka yang kini telah tamat tempoh," katanya ketika ditemui di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi India, hari ini.
Katanya, sebelum ini, ketujuh-tujuh pekerja asing itu cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya dan mereka takut sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana tidak memiliki permit dan pasport di negara ini.
Raymond berkata, pihak Imigresen mendapati nombor pasport pekerja-pekerja asing terbabit tidak pernah didaftarkan.
Sehubungan itu, dia yang mewakili ketujuh-tujuh pekerja itu menggesa satu tindakan serius oleh Suruhanjaya Tinggi India berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh rakyat negara itu.

Integriti: Dua anggota polis tolak rasuah RM500,000
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Gaji anggota polis biasa bukanlah begitu besar namun Detektif Koperal Mohd. Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd. Tarmazi Arbayee tidak pernah gelap mata apabila ditawarkan rasuah termasuk wang tunai RM500,000.
Salah seorang daripada suspek yang ditahan sempat berkata kepada mereka "awak ambillah wang di dalam poket seluar saya ini, ada RM10,000 dan akan serahkan lagi RM500,000 kemudian, tolong lepaskan saya dan kawan saya".
Namun berpegang atas prinsip integriti, mereka menolak tawaran rasuah itu dan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Ketegasan mereka itu telah menggagalkan cubaan pengedaran dadah jenis syabu yang terbesar di negara ini.
Kejadian itu berlaku pada 2 Mei lalu apabila kedua-dua anggota polis itu menahan sebuah lori yang mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati ia membawa kotak dan bungkusan mengandungi syabu seberat 978 kilogram dengan nilai RM280 juta.
Hari ini kedua-dua mereka mendapat penghargaan tertinggi sejak menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dianugerahkan Sijil Integriti yang ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sijil tersebut diserahkan Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Bangunan Parlimen selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan hari ini.
Turut menyaksikan majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta beberapa menteri Kabinet lain.
Mohd. Surani, 44, hampir menitiskan air mata dan begitu sebak apabila ditanya perasaannya apabila dianugerahkan penghargaan tersebut kerana begitu terharu tindakannya itu mendapat perhatian daripada pucuk pimpinan pasukan dan negara.
"Saya berpegang dengan integriti pasukan ini apabila menolak tawaran rasuah itu," katanya sambil menunjukkan lencana Integriti yang disemat pada pakaian seragamnya.
Menurutnya, beliau terharu kerana mendapat penghargaan yang begitu tinggi daripada Perdana Menteri.
"Saya harap rakan-rakan kami di luar sana akan menjadikan kami sebagai contoh," katanya.
Tarmazi, 25, yang baru lima tahun berkhidmat dengan PDRM berkata, demi integriti pasukan polis, tawaran rasuah itu ditolaknya.
"Ketika ditawar rasuah itu, saya hanya fikir saya mahu berkhidmat lama dengan pasukan ini," katanya.
Tindakan mereka itu juga menyebabkan polis berjaya menyita harta pengedar dadah terbabit yang bernilai RM22 juta termasuk wang tunai RM4 juta.
Sementara itu, Musa berharap anggota pasukannya bertegas menolak rasuah dan orang ramai juga tidak menawarkan rasuah kepada anggota polis.
Selain menerima sijil, cenderamata dan wang saguhati, kedua-dua anggota polis tersebut masing-masing dinaikkan pangkat kepada Detektif Sarjan dan Koperal.

Pemilikan 30% ekuiti bumiputera dimansuh
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.
Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.
"Mulai hari ini, FIC tidak lagi memproses transaksi saham atau mengenakan sebarang syarat bagi transaksi tersebut," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia Bhd. dan Kumpulan CIMB di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pada masa ini syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 peratus ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC.
Bagaimanapun, mulai hari ini, Keperluan Tebaran Awam akan dikekalkan dan sebagai tambahan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bakal memperkenalkan garis panduan baru.
Di bawah garis panduan baru itu, syarikat yang mahu membuat penyenaraian perlu menawarkan 50 peratus daripada 25 peratus tebaran pegangan saham awal kepada pelabur bumiputera.
Tambah beliau, ini bermakna syarat ekuiti pelabur bumiputera telah dimasukkan bersama di dalam tebaran awam.
Najib menambah, mulai sekarang tiada lagi keperluan ekuiti dalam pasca IPO kecuali dalam pengambilan berbalik (RTO) dan penyenaraian 'pintu belakang'.
"Garis panduan baru ini diperkenalkan kerana kita dapati model lama FIC ada kekurangan, apabila ada segelintir pihak mendakwa tidak mendapat insentif dalam negara sendiri.
"Peraturan FIC itu juga sering mendapat rungutan di kalangan para pelabur asing dan dengan pemansuhan FIC, kita berharap Malaysia dapat menjadi destinasi mesra pelabur," katanya.
Beliau menaruh harapan, peraturan baru itu akan menjadikan negara lebih berdaya saing dalam pasaran modal dan meletakkan kedudukan Malaysia dalam 'radar' lebih tinggi di kalangan pelabur asing, tidak hanya dalam pelaburan asing tetapi juga dalam pelaburan ekuiti.
Menurut beliau, perubahan dalam garis panduan itu telah meletakkan semula Malaysia dalam situasi yang betul untuk mendapat manfaat ketika pemulihan ekonomi dunia.
Langkah yang diperkenalkan itu juga dapat mengurangkan amalan 'ali baba' kerana peraturan baru itu akan hanya membantu mereka yang menolong diri sendiri.
Mengulas lanjut, Najib berkata, sebelum ini, kebanyakan pelabur bumiputera yang mendapat saham, akan menjual saham mereka.
"Saham yang dijual bukan sedikit kerana berdasarkan kajian, daripada sejumlah RM54 bilion saham milik bumiputera, yang tinggal kini hanya RM2 bilion. Sebab itu saya katakan model lama FIC tidak lagi boleh digunakan," jelasnya.
Malah, sehingga hari ini, jumlah penguasaan ekuiti bumiputera hanya sekitar 19.4 peratus, masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.
Najib menyifatkan pemansuhan garis panduan itu adalah polisi yang adil bagi semua termasuk pelabur asing.
"Garis panduan polisi baru ini memberi situasi menang-menang kepada para pelabur global dan pada masa sama ia memenuhi keperluan bagi instrumen baru yang lebih efektif untuk bumiputera," jelas beliau.
Ditanya sama ada garis panduan baru itu akan menyebabkan berlaku penentangan politik, Najib berkata: "Tidak ada kerana tidak ada sesiapa akan rasa terpinggir"'.
"Tidak ada mana-mana kumpulan etnik akan terpinggir dan tidak ada penarikan semula insentif yang sedang dinikmati oleh kumpulan etnik. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan," tegas beliau.
Najib berkata, tugas FIC sekarang hanya memproses transaksi yang melibatkan pelupusan kepentingan bumiputera termasuk penjualan hartanah milik bumiputera kepada bukan bumiputera dan kepentingan kerajaan dalam hartanah.
Bagaimanapun, kelulusan FIC hanya diperlukan bagi hartanah melebihi RM20 juta sama ada dibeli secara langsung atau tidak langsung.
"Lain-lain transaksi tidak memerlukan kelulusan FIC," katanya.
Najib yakin dengan kelonggaran peraturan itu akan meningkatkan nilai kedudukan Malaysia sebagai destinasi untuk membuat perniagaan dan pelaburan.
Perubahan itu juga membolehkan Unit Perancang Ekonomi memfokus semula peranannya untuk koordinasi dan memantau polisi pengagihan pada tahap makro, kata beliau.
"Dengan ini, kerajaan akan kekal komited meningkatkan pembabitan ekonomi oleh bumiputera.
"Pendekatan baru ini akan memberi fokus untuk menumpukan kestabilan dan pembabitan efektif melalui kerjasama tulen dan meritokrasi," tambahnya.

Langgan:
Catatan (Atom)