HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Jun 2013

Pelantikan ahli Parlimen ke GLC perlu berdasarkan kelayakan, kata pemimpin Umno

Oleh Md Izwan dan Amin Iskandar

Pelantikan Ahli Parlimen di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan perlu berasaskan kepada kelayakan dan pengalaman bagi memastikan ahli Parlimen yang dilantik mampu melaksanakan tanggungjawab, kata pemimpin Umno.

Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menegaskan pelantikan dalam sesebuah GLC pula seharusnya tidak buat sekadar untuk mengisi kekosongan politik kerana tanggungjawab besar yang bakal dihadapinya terutamanya apabila berhadapan dengan lembaga pengarah dalam sesebuah GLC tersebut.

"Kalau sekadar mengisi kekosongan, tak banyak ahli-ahli Parlimen yang dapat bantu kembangkan syarikat atau sesuatu agensi kerajaan itu,” kata Othman apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Jikalau ahli Parlimen yang dilantik itu tak layak, dia sendiri akan rasa kerdil dikalangan ahli-ahli lembaga pengarah lain," tambah beliau.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah itu bersetuju supaya ahli Parlimen yang dilantik ke GLC perlulah terdiri daripada mereka yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman bagi memastikan hala tuju organisasi tersebut.

"Bila nak lantik ahli-ahli Parlimen untuk masuk ke GLC atau agensi-agensi kerajaan ni, kenalah ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kelayakan dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman.

"Ini kerana bila duduk sebagai board company atau lembaga pengarah, kena tahu hala tuju syarikat".

Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsul Bari Jamali pula berkata ia adalah satu perkara baik kerana ahli Parlimen mempunyai pengalaman di peringkat akar umbi dan boleh memberi manfaat baik khususnya dalam menjaga kepentingan umum.

"Ia adalah perkara normal dan biasa yang dilakukan, ia sesuatu yang positif," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Saya berasakan ia ada baiknya diteruskan, kerana mereka (Ahli Parlimen) mempunyai pengalaman di peringkat akar umbi dan memahami kehendak umum... pada masa sama mereka dapat memastikan kepentingan umum dijaga," tambah beliau.

Samsul menambah keyakinan setiap ahli Parlimen yang dilantik mempunyai kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab dalam GLC kerana mereka terdiri daripada golongan profesional.

"Saya yakin mereka berkemampuan dan mempunyai berpengalaman tertentu, kebanyakkan ahli Parlimen ini yang terdiri daripada usahawan dan perniagaan... mereka ini semua daripada golongan profesional," terang Samsul lagi, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Latiff Ahmad, bekas timbalan menteri pertahanan yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) menyifatkan pelantikannya ke dalam GLC adalah kerana kelayakan dan pengalaman yang dimilikinya, serta menyifatkan ia bukan suatu masalah besar walaupun luar daripada portfolio yang dipegangnya sebelum ini.

"Ia bukan suatu masalah portfolio baru ini walaupun berbeza dengan jawatan yang saya pegang sebelum ini.

"Saya yakin dengan pengalaman dan kelayakan yang dimiliki, saya boleh terajui organisasi," tambahnya.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan ahli-ahli politik kanan Umno akan menerima ganjaran, sekurang-kurangnya minggu hadapan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar kesetiaan mereka dengan pelantikan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC atau agensi kerajaan.

Diantara jawatan-jawatan yang kosong untuk ahli-ahli politik kanan ini adalah di Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tabung Haji, Perbadanan Nasional Berhad, kata seorang pegawai kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Senarai kekosongan dan jawatan yang akan kosong tidak lama lagi di GLC dan agensi kerajaan sedang disediakan untuk perdana menteri.

Diantara yang akan mengisi jawatan pengerusi adalah bekas Menteri Wailayah Persekutuan dan Perancangan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek termasuk Datuk Nur Jazlan Mohamed, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

100 tahun sejak UK lihat kesalahan p'raya berlaku

 


 
Undang-undang pilihan raya berhubung rasuah dan pemberian hadiah di United Kingdom (UK) sangat ketat sehingga tiada kes terbaru berlaku, kata peguam Azhar Azizan Harun.

Lawyer Azhar Azizan HarunJusteru, untuk menjelaskan apa itu rasuah dan kesalahan pilihan raya di UK, kita terpaksa melihat kembali kes pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20, kata Azha (kiri).

Bercakap dalam seminar Majlis Peguam berhubung kesalahan pilihan raya di Kuala Lumpur hari ini, Azhar berkata, Kes rasuah paling baru berlaku di UK melibatkan seorang calon pilihan raya pada tahun 1911.

"Kamu akan tahu kerana ia kes lama. Pada zaman moden ini, rakyat UK tidak melakukannya lagi," kata Azhar.

Dalam satu kes, dikenali sebagai kes Youghal Borough pada 1869, menyaksikan seorang individu mengisytiharkan diri sebagai calon sebulan lebih awal sebelum Parlimen UM dibubarkan.

Biskop anggap RUU pentadbiran agama 'ujian litmus'

MALAYSIA KINI


 
Biskop Katolik Paul Tan Chee Ing menyifatkan, cadangan pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 berhubung penukaran agama sebagai "pelanggaran terhadap peruntukan kebersamaan dalam perlembagaan persekutuan secara terang-terangan".

NONEPindaan itu, dibentangkan di Parlimen awal minggu ini, antaranya membolehkan ibu atau bapa atau penjaga menukar agama kanak-kanak bawah 18 tahun.

Tan membangkitkan sama ada terdapat kecenderungan menukar perkataan "ibu bapa" yang membawa maksud kebersamaan seperti perkataan "orang ramai" bagi mengehadkan hak itu kepada seorang ibu atau bapa sahaja.

"Ini menunjukkan mala fide pihak yang membuat pindaan," hujahnya.

MCA: RUU 'diam-diam' anti kerukunan nasional


MALAYSIA KINI

 
MCA menyelar pembentangan secara "diam-diam" undang-undang pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan berkaitan penukaran agama anak sebagai "mengejutkan" kerana ia didakwa menceroboh hak bukan Islam.

"Saya terkejut apabila difahamkan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 kerana ia mengandungi peruntukan kontroversi yang menjejaskan perlembagaan dan hak beragama bukan Islam.

"Pembentangan rang undang-undang itu seperti memperkenalkan undang-undang secara diam-diam dan ia merugikan kerukunan nasional yang banyak diperkatakan," kata Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dalam sidang media semalam.

Pindaan itu antaranya bagi melonggarkan tafsiran terma "ibu bapa" bagi membolehkan kebenaran seorang sahaja diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak.

Siasat Taib lama kerana banyak dokumen, saksi'



Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti penyiasatnya.

"Terdapat banyak dokumen dan banyak pihak terlibat, begitu juga saksi di pelbagai tempat (di seluruh negara)," kata penolong pesuruhjaya bahagian siasatan SPRM Lim Bee Kean di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Kata Lim, sehingga kini, SPRM meneliti 400 fail dan kenyataan dirakamkan daripada lebih 20 individu yang dipercayai berkaitan kes itu.

Berhubung video terkini Global Witness yang menunjukkan saudara Taib mendakwa dapat memperoleh tanah dengan mudah daripada ketua menteri dan cuba menjualnya kepada pelabur, Lim berkata, pasukan khas dibentuk selari dengan siasatan sedia ada.

Selepas video itu bocor di Internet, pasukan 10 penyiasat SPRM dibentuk bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, mereka tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkenaan kes Taib, tanpa secara bebas, telus,profesional serta tanpa rasa takut dan memihak.

Menurut suruhanjaya itu, soal Taib tidak bekerjasama tidak timbul kerana beliau menafikan pernah menyifatkan SPRM sebagai "naugty and dishonest" (nakal dan tidak jujur) dan tidak akan bekerjasama.

Kedah ada exco pembangkang?


Ir Amiruddin Hamzah
Ir Amiruddin Hamzah
 
ALOR SETAR - PR Kedah akan mewujudkan exco bayangan bagi memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan portfolio masing-masing.
 
Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, ia bertujuan memberi teguran kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui BN supaya tidak melakukan kepincangan atau penyelewengan.
 
Beliau berkata, ‘shadow cabinet’ itu secara tidak langsung akan memberi penekanan kepada perkara baru atau lama yang tidak diteruskan selepas diperkenalkan pentadbiran PR.
 
“Apa yang berlaku sekarang ini menjadi pertanyaan orang ramai. Contohnya skim khafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri PR sebelum ini. Apakah ia diteruskan atau sebaliknya.
 
“Jadi, perkara seperti ini yang akan kita pantau. Kita juga akan memastikan Adun pembangkang dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk memberi pandangan yang bernas supaya Kedah terus disejahterakan, bukan sekadar aman dan makmur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, portfolio berkenaan akan mencakupi keseluruhan 15 Adun PR merangkumi Pas, PKR dan DAP.
 
“Mungkin ada yang tidak disebut secara khususnya dipegang oleh portfolio mereka (exco) yang ada, tapi kita merasakan perkara itu penting dan akan memberi tugasan kepada Adun PR untuk melihatnya,” katanya.
 
Amiruddin berkata, portfolio yang bakal dipegang oleh exco pembangkang nanti juga adalah sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan negeri.
 
“Kita sudah ada draf Adun yang memegang portfolio tertentu. Bagaimanapun, kita akan bincang terlebih dahulu sama ada nak umumkan sebelum atau semasa persidangan dewan,” katanya.

2 sektor perkhidmatan boleh tangguh gaji minimum

SINAR HARIAN
Datuk Richard Riot
Datuk Richard Riot
 
SERIAN - Pemilik hotel dan penyedia perkhidmatan keselamatan adalah antara 400 syarikat makro dengan enam atau lebih pekerja di  seluruh negara diberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum sehingga 31 Dis tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot hari ini.
  
Beliau berkata selepas 1 Jan tahun depan, kementeriannya tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta.
  
Surat permohonan terkini (bagi penangguhan) yang diterima adalah daripada sebuah syarikat perladangan di Sarawak yang akan dirujuk kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk keputusan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.
  
Syarikat mikro dikategori sebagai mempunyai lima pekerja ke bawah.  

Beliau berkata pada masa ini terdapat kira-kira 12.8 juta pekerja di Malaysia, termasuk 1.4 juta penjawat awam dan 1.5 juta pekerja asing.
  
Bagaimanapun, tiada angka rasmi mengenai pekerja tanpa izin namun berdasarkan anggaran bagi setiap seorang pekerja asing yang sah, terdapat sekurang-kurangnya seorang pekerja tanpa izin, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja asing di negara ini adalah tiga juta orang, katanya.
  
Ketika berucap, Riot berkata program '1Malaysia Support For Housewives' yang diperkenalkan kementeriannya melibatkan 40,000 suri rumah daripada pelbagai sektor pekerjaan, pendaftaran dalam portal JobsMalaysia dan pembabitan dalam program menjana pendapatan tahun ini di seluruh negara.
  
Sehingga Mei tahun ini, di bawah program itu, JobsMalaysia berjaya membantu 27,131 suri rumah, ibu tunggal, wanita kurang upaya dan kumpulan sasar lain untuk menjana pendapatan, katanya.
  
Bagi program pembasmian kemiskinan 1Azam pula, beliau berkata 7,000 orang, 5,000 di Semenanjung dan 1,000 masing-masing di Sabah dan Sarawak, akan dibantu tahun ini. - Bernama

Pencemaran merentasi sempadan



ULASAN Rakyat Malaysia dan Singapura dihidangkan dengan jerebu tebal yang berasal dari pembakaran terbuka hutan di Indonesia.

Kita telah menyaksikan bahawa indeks pencemaran udara telah melepasi tahap sangat bahaya. Kehidupan harian terjejas dengan penutupan sekolah dan institusi lain.

Malah, ia juga telah memberikan sedikit ketegangan hubungan antara negara terbabit. Syukur kita ucapkan, di sebalik banyak rungutan, pemimpin dan rakyat negara kita masih lagi boleh bersabar dan berfikiran rasional.

NONEIni bukanlah kali pertama krisis jerebu berlaku di rantau Asia Tenggara.
Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, kita boleh menjangkakan bahawa krisis pencemaran merentas sempadan ini akan terus berlaku di masa hadapan.

Sejarah membuktikan bahawa banyak krisis merentas sempadan telah direkodkan dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelesaikannya.

Seharusnya kita menyediakan payung sebelum hujan, bukan sudah terhantuk baru terngadah.

Artikel ini tidak bertujuan untuk menuding mana-mana pihak yang bersalah, tetapi untuk membawa pembaca memikirkan dan mengambil peduli era baru pencemaran merentas sempadan ini.

Impak pada dunia
Sejak zaman perindustrian, berbagai bentuk pencemaran direkodkan. Pencemaran udara, air, radioaktif, tumpahan minyak, bahan kimia berbahaya, hujan asid dan berbagai lagi.

Penyebaran pencemaran melalui udara sangat cepat dan susah untuk dikawal. Ia memerlukan tindakan pantas pihak yang berkaitan.

Sekiranya ia hanya melibatkan jerebu, mungkin rakyat masih boleh bertahan untuk satu jangka waktu. Tetapi, sebagai contoh sekiranya ia melibatkan pencemaran radioaktif, sudah tentulah ia akan membawa musibah yang besar.
azlanPada abad ke-13, King Edward I menjatuhkan hukuman keras terhadap penduduk kota London yang melakukan pembakaran terbuka arang batu. 
Revolusi industri telah memburukkan lagi keadaan.

Pada tahun 1952, pencemaran dari kilang dan rumah telah bercampur dengan pengewapan udara sehingga membunuh 4,000 penduduk London hanya dalam beberapa hari sahaja.

Sebagai contoh yang lain, Greenpeace melaporkan bahawa 70 peratus dari sungai dan tasik di China telah dicemar oleh bahan buangan industri.

Ini memaksa lebih dari 300 juta penduduknya menggunakan sumber air yang tercemar. Bayangkan sekiranya pencemaran tersebut merentas sempadan, sudah tentu ia memberikan impak yang lebih besar terhadap masyarakat dunia.

Mangsa kealpaan

Sementara itu, kita tentu masih ingat tragedi tumpahan minyak Exxon Valdez pada tahun 1989. Sebanyak 11 juta gelen minyak mentah ke laut Alaska. Ia mengakibatkan pencemaran minyak sehingga 3,000 batu persegi, membunuh ribuan burung, ikan dan hidupan liar.

NONELebih tragis lagi bila kita mengenangkan peristiwa kebocoran loji nuklear Chernobyl pada tahun 1986. Kesan radiasi menjangkau sehingga ke langit Sweden sejauh kira-kira 1,100 kilometer.

Sweden mengesan lonjakan bacaan radiasi di ruang udaranya. Setelah yakin bahawa tiada kebocoran loji nuklear di negara mereka, Sweden mendesak Soviet Union sehingga membawa pengumuman rasmi peristiwa tersebut oleh Presiden Mikhail Gorbachev.

Dianggarkan kira-kira 6.6 juta orang terkena radiasi, yang mana 9,000 orang adalah terdedah terhadap radiasi tinggi.
Rentetan peristiwa pencemaran di atas seharusnya menjadi rujukan untuk kita lebih bersedia menghadapi berbagai kemungkinan krisis pencemaran merentas sempadan.

Pelan tindakan bersama harus dirangka kerana jika pencemaran tersebut berskala besar, satu negara tidak mungkin mampu menyelesaikannya sendirian.

Sama ada kita mahu menggunakan pendekatan kehakiman atau musyawarah, sesuatu harus dilakukan bermula saat ini. Kita tidak mahu menjadi mangsa seperti di atas hanya kerana kealpaan kita.

MOHD HANAFI ANI, DR ENG, pembantu professor, Jabatan Pembuatan dan Bahan, Kulliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sabtu, 29 Jun 2013

MKN Isytihar Perintah Kecemasan Jika IPU Cecah 500 - Palanivel



BANTING: Majlis Keselamatan Negara akan mengisytiharkan perintah kecemasan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di mana-mana kawasan tertentu mencecah 500 dan ke atas.

Ini telah diputuskan pada mesyuarat Kabinet, Jumaat, kata menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

"Sekolah (di kawasan di mana) bacaan IPU mencecah 200 dan ke atas juga boleh (memilih untuk) ditutup tetapi seperti kata Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ia bergantung kepada daerah," kata Palanivel selepas lawatan kerja ke Pulau Kempas, di sini Sabtu.

Minggu lepas, Kementerian Pelajaran telah mengarahkan semua sekolah-sekolah di kawasan di mana bacaan IPU 300 dan ke atas ditutup.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Ahad lalu berkata ibu bapa mempunyai budi bicara untuk tidak menghantar sekolah jika mereka bimbang jerebu menjejaskan kesihatan anak-anak mereka.

MIC Mengesyaki Persaraan Singham Ada Kaitan Dengan Kes Kugan


KELAB GREENBOC

Pemimpin MIC Senator Datuk Jaspal Singh hari ini meragui persaraan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham pagi ini mungkin disebabkan oleh keputusannya melibatkan kematian dalam tahanan A. Kugan dua hari lalu.

Bendahari Agung tersebut berkata meskipun benar persaraan Singham itu adalah mengikut proses yang sewajarnya, kerajaan perlu menolak dan mengekalkan hakim tersebut kerana cara pengendaliannya yang tegas dan rakyat Malaysia memerlukan individu yang berprinsip seperti beliau.

"Saya secara jujur berharap beliau tidak dipaksa untuk bersara."

"Jika itu adalah keputusannya sendiri untuk berhenti, saya menggesa kerajaan untuk menolak perletakan jawatannya. Malaysia sangat perlukan hakim berprinsip seperti beliau," kata Jaspal.

Jaspal juga menggesa supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya di dalam Parlimen yang mengatakan tidak akan melindungi pesalah dengan membuka semula kes Kugan dan pembunuhnya mesti didakwa dan dihukum dengan segera.

"Beliau (Ahmad Zahid) perlu tunaikan janjinya," kata Jaspal lagi.

Di samping itu, Jaspal juga menegaskan supaya kerajaan supaya menimbangkan cadangan oleh Singham supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

"Kabinet mesti menyemak semula keputusan tersebut, terutamanya selepas penghakiman oleh beliau."

"Sama ada ia IPCMC atau lain-lain, secara jelasnya polis tidak boleh menyiasat diri mereka sendiri," tambah beliau.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A.

Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. -TMI