HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Mei 2015

Peraturan Cermin Gelap JPJ (Tinted Kereta), Nombor Plat JPJ, Lampu HID Bermula 1 Mei 2015. Berjaga-jaga!



Peraturan Cermin Gelap JPJ (Tinted Kereta), Nombor Plat JPJ, Lampu HID Bermula 1 Mei 2015 terbaru. Berjaga-jaga! Pejam celik pejam celik, akhirnya Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengotakan janjinya untuk mula menguatkuasakan peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) selepas 6 bulan ditangguhkan sebelum ini kepada pemilik kereta di Malaysia bagi memberikan masa yang secukupnya kepada pemilik kenderaan, terutamanya kepada kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin kenderaan masing-masing.

cermin gelap

BACA BERITA INI : Operasi JPJ Saman No Plat Kenderaan Dihentikan! Koleksi Nombor Plate Kereta VVIP di Didedahkan. Respon Balas Anda?

Sepatutnya peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) bermula pada November 2014 tetapi dikritik hebat oleh rakyat malaysia.

Walaubagaimanapun, masa telah diberikan katanya. Tiada maaf kepada yang bersalah. Masanya sudah tiba.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail akan mengerahkan “bala tenteranya” bagi mengambil tindakan keras kepada mana-mana yang tidak mengikut spesifikasi dan peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) yang telah ditetapkan sebelum ini. Saman cermin gelap JPJ akan dikeluarkan.

Dengan peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) baru kali ini, had dan kadar penggunaan VLT (visible light transmission) yang dibenarkan adalah seperti di bawah ini :

 

Peraturan Cermin Gelap JPJ (Tinted Kereta) : Kadar VLT (visible light transmission)

Senarai spesifikasi dan ukuran cermin gelap yang dibenarkan dan diberikan lulus (kelulusan) oleh pihak JPJ
  • kadar VLT yang dibenarkan bagi cermin hadapan : VLT 70%
  • kadar VLT yang dibenarkan bagi tingkap bahagian depan VLT 50%
  • kadar VLT yang dibenarkan bagi tingkap sebelah belakang di sisi lain VLT 30%
  • kadar VLT yang dibenarkan bagi cermin belakang VLT 30%.
Jikalau anda ingkar, pastinya perbelanjaan boleh guna semakin berkurang. Ini kerana berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, tinted kereta anda yang tidak mengikut spesifikasi akan dikenakan denda :
  1. RM1,000 atau
  2. penjara dua minggu atau kedua-duanya.
Selain daripada peraturan cermin gelap JPJ (tinted kereta) yang bakal dikuatkuasakan bermula esok hari 1 Mei 2015, pemeriksaan mengenai plat nombor JPJ dan penggunaan dan juga High intensity Discharged (HID) Headlamp juga akan dipantau juga.


Lebih 300 ahli, penyokong PKR mahu sokong BN

MALAYSIAKINI


 


Lebih 300 orang anggota dan penyokong PKR di Taman Siakap di Butterworth, semalam menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) setelah kecewa dengan kegagalan wakil rakyat parti itu membela nasib mereka.
  
Mereka turut mengumumkan menyertai Malaysian Indian United Party (MIUP), sebuah parti mesra BN dengan menyerahkan borang keanggotaan kepada Presidennya Datuk Seri S. Nalakaruppan.
  
Bekas anggota jawatankuasa PKR Taman Siakap S Muniswaran, 33, yang menjadi anggota PKR selama 17 tahun berkata tetapi tiada apa yang boleh dibanggakan terhadap sumbangan parti itu kepada penduduk Taman Siakap terutama masyarakat India.
  
Katanya pelbagai bantuan yang dipohon tidak pernah diperoleh dan berpendapat tidak perlu berharap kepada PKR lagi.
  
"Masa minta undi (pilihan raya) mereka datang, lepas tu dah tak nampak muka lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan MIUP di Butterworth malam tadi.

S Saroja, 42, berkata beliau turut kecewa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang gagal membantu masyarakat India di negeri ini.
  
"Mungkin 100 orang sahaja yang dapat manfaat. Masih ramai yang terpinggir. Keadaan makin teruk sejak dua tahun lepas," katanya.
  
Bagi R Selvakumar, 48, beliau sudah banyak kali meminta bantuan untuk aktiviti dan kebajikan taman itu daripada pemimpin-pemimpin PKR termasuk wakil rakyat kawasan itu tetapi tiada respons yang diberikan.
  
"Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian seperti masalah kebajikan, ibu tunggal, orang muda tiada pekerjaan, tidak dapat menyambung pelajaran, kalau dapat sambung pelajaran ada masalah kewangan pula," katanya.
  
Sementara itu, Nalakaruppan berkata PKR menguasai kawasan Parlimen Permatang Pauh termasuk Taman Siakap selama 17 tahun tetapi penduduk di kawasan itu tidak merasakan mereka menerima manfaaat daripada wakil rakyat mereka.
  
" Kerana itu mereka kini menyatakan sokongan dan mahu mengundi BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini. Apabila mereka mahu menyertai parti kami, saya tiada masalah kerana kami juga menyokong BN," katanya.
  
Pilihan raya kecil itu pada Khamis ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).-Bernama


 

Umno K'tan kempen melalui dikir barat

MALAYSIAKINI


 


Bagi menarik perhatian ramai dan menyampaikan mesej dengan lebih berkesan, Badan Perhubungan Umno Kelantan turut turun berkempan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dengan menggunakan persembahan dikir barat.
  
Ketua Kumpulan Dikir Barat Kelantan (Pendikir), Mohd Idris Berahim berkata mereka diminta badan perhubungan itu untuk mengadakan persembahan dengan membawa mesej pembangunan BN selama empat hari bermula Khamis lepas.
  
Antara lagu paling popular yang mendapat sambutan penonton ialah 'Parti Mana Lagi Hendak Kita Undi Kalau Tidak BN' dan 'Keratong La Ni Tak Supo (Serupa) Dulu' merujuk kepada pembangunan yang berlaku di Felda Keratong yang terletak dalam kawasan Parlimen Rompin.
  
"Kami menggunakan dialek Kelantan dalam persembahan kami. Namun penonton nampaknya tidak mempunyai masalah untuk memahami mesej yang kami sampaikan kerana difahamkan ramai antara mereka berasal dari Kelantan," katanya.
  
Mohd Idris yang memegang watak Abang Jali dalam sitkom terbitan RTM 'Salam Pantai Timur' ditemui pada majlis kenduri kampung di Dewan Semai Bakti, Felda Keratong 1 di Muadzam Shah hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  
Pendikir yang dianggotai 25 individu beserta lima penyanyi yang menggelar diri mereka sebagai Abang Jali, Fadli Turbo, Fendi Kenali, Azni Intan Berlian dan Ezwin membuat persembahan dalam tiga kategori iaitu dikir juara, dikir karut dan nyanyian dikir.
  
"Nyanyian dikir merupakan selingan yang dibuat dengan menggunakan bahasa Melayu supaya penonton yang tidak memahami dialek Kelantan juga boleh mendengar mesej yang kami bawa," kata Mohd Idris yang berasal dari Bachok.
  
Sementara itu Mustapa berkata seramai 200 jentera Umno Kelantan telah mula membantu kempen calon BN Datuk Hasan Arifin sejak penamaan calon pada 22 April lalu.
  
"Kita berkempen secara kecil seperti dari rumah ke rumah. Kami juga menggunakan kaedah 'keluarga' semasa berkempan iaitu mendekati pengundi yang berasal dari Kelantan," katanya.
  
PRK yang akan berlangsung Selasa ini menyaksikan Hasan ditentang calon PAS, Nazri Ahmad selepas kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter pada 4 April lalu di Semenyih, Selangor.
  
Pada pilihan raya umum lalu, Jamaluddin menewaskan bekas Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.-Bernama


 

Shabery selar portal putar belit kenyataannya

MALAYSIAKINI


 


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar tindakan sebuah portal dalam talian yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  
Ahmad Shabery berkata beliau tidak pernah menyatakan tindakan sebuah pasar raya yang menyerap CBP atau GST sebagai melanggar undang-undang.
  
"Saya xpernah ckp Serap GST melanggar undang2, #TheMalaysianInsiderSpin kenyataan saya, xhabis2 buat fitnah TMI ni," katanya dalam tweet terbarunya hari ini.
  
Semalam, portal tersebut menerbitkan berita dengan memetik Ahmad Shabery sebagai berkata keputusan yang dibuat rangkaian pasar raya besar Mydin untuk menyerap GST bagi tempoh tiga bulan pertama kepada pengguna boleh dianggap melanggar undang-undang.-Bernama


 

Najib, Rosmah dan lagu 'Pretty Woman'

MALAYSIAKINI


 


Tidak salah sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor tampil ke atas pentas untuk berhibur dalam acara perkahwinan anak mereka sendiri, kata seorang pegawai kepada perdana menteri.

Rizal Mansor (kanan, bawah) berkata sebelum sesi memotong kek, pengacara majlis menjemput Najib, Rosmah, anaknya Nooryana Najwa serta besan mereka tampil ke pentas bagi acara itu.

Bagaimanapun, katanya, pengacara majlis itu memainkan lagu ‘Pretty Women’ terlebih dahulu dan meminta mereka menari bersama kerana ia sebahagian dari budaya Kazakhstan.

"Pengacara panggil keluarga lelaki, jemput (keluarga Najib) naik atas pentas. Takkan nak jadi orang yang lurus (bendul), jadi (naik pentas) ikut sedikit sebanyak budaya mereka.

"Sebelum potong kek pengacara majlis bagi seronok sikit, pasang satu lagu, show that you happy. Kalau keras (kaku) je, nampak tidak gembira pula tengok anak dia kahwin,” kata Rizal ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 17 hingga 19 April lalu, seramai 250 tetamu dari Malaysia diterbangkan ke Kazakhstan bagi bertandang majlis perkahwinan Nooryana Najwa ke negara suaminya, Daniyar Kessibayev di Almaty, Kazakhstan.

Beberapa hari selepas itu, satu video yang menunjukkan Najib, Rosmah, Nooryana, Daniyar serta beberapa orang lagi menari di atas pentas telah tersebar di media sosial.

Video klip berdurasi 1.18 minit itu dikatakan telah dirakam ketika majlis itu.

Rizal berkata adalah menjadi kebiasaan dalam majlis perkahwinan Melayu terdapat acara tarian seperti joget lambak dan tidak menjadi sesuatu yang aneh jika Najib menari di perkahwinan anaknya.

"Majlis orang lain penuh dengan joget lambak pun orang tak bisingkan," kata Rizal yang telah enam tahun berkhidmat dengan Najib.

"(Tidak ada masalah) lagipun beliau (Najib) menari dengan isteri dan anak beliau," katanya lagi.

Ditanya siapa yang menyebarkan video tersebut, Rizal berkata: "Saya tak tahu, saya tidak (mahu) menuduh tetapi perkara sudah berlaku. Saya nak tuduh sesiapa tidak menyelesaikan masalah." 


DAP desak Ismail Sabri tarik balik kenyataan

MALAYSIAKINI


 


DAP mendesak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan yang tidak membenarkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjejak kaki ke kementeriannya jika calon PKR itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan menteri pertanian dan industri asas tani itu dianggap sebagai "biadap dan kurang ajar" kerana ditujukan kepada seorang wanita dan wakil rakyat.

"Ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar. Macam mana rakyat Malaysia yang nak masuk ke lobi pejabat kerajaan pun tak boleh.

"Saya minta Ismail tarik balik dan minta maaf atas kenyataan yang biadap terhadap seorang wanita, rakyat Malaysia dan wakil rakyat ini.

"Saya harap Ismail Sabri, jangan bertindak liar. Kalau Kak Wan (Azizah) nak masuk lobi kementerian dan (kemudian) dihalau, itu sudah lebih (melampau)," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Wat Siam Tanah Liat di Permatang Pauh hari ini.

Pada Jumaat lalu Ismail dilapor mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak membenar Wan Azizah memasuki lobi pejabat dekat kementeriannya jika presiden PKR itu menang pilihan raya kecil Permatang Pauh.

MP Bera dilapor berkata "tiada alasan" untuk beliau membenarkan Wan Azizah masuk ke bahagian lobi pejabat di kementeriannya tambahan pula ADUN Kajang itu dari pembangkang.

Sebaliknya Ismail Sabri dilapor berkata beliau akan meluluskan dana projek pertanian jika calon BN Suhaimi Sabudin yang membuat permohonan berkaitan dengannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran turut mengecam kenyataan Ismail Sabri itu yang dianggapnya melanggar Akta Pilihan Raya kerana didakwa percubaan melakukan rasuah secara terang.

Beliau yang juga seorang peguam berkata bawah seksyen 10(a) Akta Pilihan Raya 1954, seseorang yang dianggap bersalah melakukan rasuah jika dia menawarkan satu janji yang dikira bernilai kepada pemilih sebagai memujuk mereka memilih calon tertentu. 


Jumaat, 1 Mei 2015

Mat Sabu panggil Tun M ‘ kepala perompak’

 
Mat Sabu menuduh Tun Dr Mahathir melakukan penyelewengan sewaktu menjadi Perdana Menteri dan memanggilnya ‘kepala perompak’


Mohamad-Sabu1_600


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

“Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.

Katanya, Najib tidak boleh berbohong kepada Mahathir berhubung penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau juga melakukan perkara yang sama sewaktu mentadbir.

Kad isian semula: Najib arah Shabery Cheek ambil alih

 
Hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia yang boleh membuat sebarang pengumuman kepada rakyat berkenaan isu harga kad isian semula telefon prabayar.


Ahmad-Shabery-Cheek_najib_600


PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah diarahkan supaya mengambil alih tanggung jawab berhubung isu penetapan harga kad isian semula telefon prabayar.

Arahan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dimuat turun melalui statusnya di laman sosial Facebook pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata, mulai sekarang hanya Shabery boleh membuat pengumuman kepada rakyat berhubung isu harga kad isian semula itu.

“Shabery Cheek please take charge of the top up issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja,” tulis Najib.

Harga kad isian semula menjadi kontroversi apabila Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Khazali Ahmad pada Rabu, mengumumkan harga kad itu tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Mei.

Sehubungan itu, semua syarikat telekomunikasi diarah akur dan menjual pada harga sebelum 1 April.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak bersetuju dengan kenyataan Kastam itu.

Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.

Halim berkata, agak rumit untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000.

Halim berkata, ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

Susulan bantahan SKMM, Kastam membuat pusingan U dengan menangguhkan arahan supaya kad isian semula tidak dikenakan GST.

Ini bermakna, bagi kad isian semula bernilai RM10 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus GST.

Tindakan pusingan U yang dibuat Kastam itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar, yang menasihatkan Khazali berhenti membuat kenyataan yang memalukan.

Bantahan anti GST gagal

 
Jumlah mereka yang mengambil bahagian jauh dari sasaran penganjur.


bantah-gst_600


KUALA LUMPUR: Bantahan anti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara tidak mendapati sambutan.

Sebelum ini, penganjur menjangkakan lebih senjuta akan mengambil bahagian.

Bagaimanapun selepas ia bermula selepas jam petang, jumlah meraka yang hadir tidak ramai seperti yang diramal.

Sehingga jam 5.30 petang, jumlah mereka yang hadir dikatakan tidak mencecah 20,000 orang.

Bantahan yang diadakan pada 1 Mei sempena sambutan Hari Pekerja, bermula dari pelbagai lokasi berbeza di tengah ibu negara dengan menghala ke lokasi yang sama, iaitu KLCC.

Mereka yang memakai baju hitam dan merah berarak sambil membawa sepanduk mendesak supaya kerajaan menghapuskan cukai sebanyak enam peratus yang dikenakan di bawah GST.

Dalam bantahan yang diadakan, ia turut dicemari beberapa insiden di mana peserta turut membawa bayi dan kanak-kanak bersama mereka.

Selain itu mereka cuba melakukan provokasi ke atas anggota polis bertugas dengan mencela dengan panggilan ‘anjing’ dan menyembur cat ke arah motorsikal yang dinaiki anggota berkenaan.

Sebelum ia berakhir, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Ahmad Awang, membacakan doa yang mengaitkan pelaksaan GST sebagai kezaliman kerajaan ke atas rakyat negara ini.

Ia tamat secara aman pada jam 5.30 petang setelah  diumum Sekretariat Himpunan Bantah GST, Mohamad Sabu.

'Saya takkan layan tuduhan tak betul'

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan kepimpinannya akan lebih menumpukan kepada kerja-kerja membangunkan negara dan bukan melayan tuduhan terhadapnya.

“Saya tidak gemar melayan tuduhan-tuduhan yang tidak berapa betul hujung pangkalnya,” katanya dalam mesej sempena sambutan hari buruh.

“Ini kerana di era media sosial, isu senang tersebar tanpa batasan.

“Melayan isu-isu ini pada setiap masa hanya akan mengalihkan tumpuan saya daripada usaha memajukan negara. ”