HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Januari 2018

Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang selesai mengerjakan umrah dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) selepas didapati eminum susu unta mentah dan bersentuhan dengan unta ketika melawat ladang haiwan berkenaan ketika di Tanah Suci.
 
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan berkata pesakit terbabit berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut.
 
Mangsa berusia 55 tahun berasal dari Selangor dan tiba di Malaysia pada 23 Disember lalu.
 
"Pada keesokan harinya, beliau mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki. Pesakit seterusnya mendapatkan rawatan dari klinik berhampiran rumahnya dan beliau menerima rawatan sebagai kes demam.
 
"Pada lewat malam 28 Disember, beliau datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dimasukkan ke wad HTAR untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
 
"Mengambil kira sejarah perjalanannya yang baru kembali dari menunaikan umrah, ujian saringan MERS-CoV dijalankan oleh Hospital Sungai Buloh pada 30 Disember dan ujian pengesahan seterusnya dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 31 Disember mendapati positif sindrom berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Kementerian Kesihatan juga sedang menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan, termasuk pengesanan serta pemantauan ke atas kontak rapat pesakit seperti ahli keluarga, jemaah umrah dalam kumpulan sama, anggota kesihatan di fasiliti kesihatan yang merawat serta kontak rapat dalam pesawat yang dinaiki pesakit.
 
Malah, amalan pencegahan dan kawalan infeksi dalam kalangan anggota kesihatan turut dipertingkatkan di semua peringkat selain pemantauan terhadap status kesihatan anggota kesihatan yang terbabit dalam mengendalikan kes berkaitan.
 
Beliau menjelaskan, merujuk kepada laporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga kini punca dan cara jangkitan sebenar MERS-CoV masih belum dikenal pasti.
 
 

‘PAS boleh menang di kubu kuat, tetapi bukan di seluruh negara’

 
Penganalisis politik berkata, sukar untuk PAS yang berjuang bersendirian merampas kerusi Parlimen di negeri lain di luar Kelantan dan Terengganu kerana komposisi demografi berbeza.


pas


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik meramalkan PAS tidak dapat memenangi lebih banyak kerusi di seluruh negara berbanding kerusi bermajoriti Melayu yang dimenanginya selama ini, khasnya di Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, kubu kuat parti Islam itu berada di pantai timur, di mana lebih 80% daripada pengundinya terdiri daripada orang Melayu.

Oleh itu, sukar untuk parti itu menjangkau pengundi di negeri lain yang mempunyai pengundi berbilang kaum.

“Bagi PAS, kekuatan akar umbinya terletak kepada orang Melayu di utara dan bahagian timur utara Semenanjung Malaysia, khasnya di kawasan luar bandar.

“Parti itu memaparkan cara Islam untuk menarik perhatian orang Melayu di kawasan berkenaan. Ini permainan mereka sejak permulaan, jadi sukar untuk mereka bertanding di peringkat nasional,” katanya kepada FMT.

PAS memerintah Kelantan mulai 1959 hingga 1977 dan sejak 1990 sehingga kini, manakala Terengganu pula dari 1959 hingga 1962 dan 1999 hingga 2004.

Ia turut mengetuai kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah dari 2008 hingga 2013.

Ketika pilihan raya umum lalu pada Mei 2013, parti itu berjaya memenangi kerusi Parlimen di 6 negeri. Ia memenangi 9 kerusi di Kelantan, masing-masing 4 di Terengganu dan Selangor, 2 di Perak dan masing-masing 1 di Kedah serta Pahang.

Fauzi berkata, untuk berjaya di peringkat nasional, sesebuah parti politik itu perlu mengambil kira kepentingan masyarakat majmuk di Malaysia.

Katanya, mana-mana parti yang berhasrat memerintah di peringkat persekutuan, bukan hanya di peringkat negeri, perlu menjadi sebahagian daripada sebuah gabungan yang mewakili pengundi berbilang kaum.

“Jika anda tidak berada dalam gabungan yang terdiri daripada orang berbilang kaum, maka anda perlu mengehadkan diri kepada kubu kuat anda. Kejayaan pilihan raya tidak boleh dicapai secara bersendirian.

“Jika PAS hendak memperluaskan pengaruhnya melangkaui orang Melayu, maka beberapa bentuk perjanjian politik perlu dicapai,” katanya.

Fauzi berkata, PAS perlu mengumpul pendapat daripada NGO berasaskan penyelidikan atau badan pemikir, jika ia mahu melebarkan sayapnya ke negeri lain yang bukan sebahagian daripada kubu kuatnya.

Beliau mempersoalkan jika parti itu sudah melakukan kajian profesional diperlukan, yang berbeza daripada kenyataan rambang yang disiarkan media.

“Jika PAS tidak mendapatkan data berasaskan kajian yang memberikan maklumat itu, ia adalah sukar (untuk mereka).”

Katanya, PAS juga perlu menunjukkan pemimpinnya ialah pemikir berwibawa yang boleh menterjemahkan visi politik Islam mereka sebagai realiti baik yang mampu menarik perhatian rakyat berbilang bangsa dan agama

Zuraida yakin pengundi Ampang terus sokong PKR

 
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, pengundi akan setia kepada PKR kerana beliau berkhidmat dengan baik dan masyarakat setempat berpuas hati dengan khidmatnya. 


zuraida-pkr


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang selama 2 penggal, Zuraida Kamaruddin percaya pengundi akan kekal setia kepada PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Wanita PKR itu percaya khidmat yang diberikannya akan memuaskan hati penduduk Ampang.
“Oleh itu, rakyat akan terus sokong kami.”

Katanya, beliau sentiasa bersedia untuk bertanding semula di Ampang atau kawasan lain, yang merupakan satu penghormatan untuk berbuat demikian.

“Kali ini, ia benar-benar penting untuk kami mempertahankan Ampang bersama kami kerana kami berikrar mahu menawan Putrajaya.

“Kami perlu mengekalkan apa yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu dan berjuang untuk merampas kerusi lain.

“Kami perlu mengekalkan kerusi Bukit Antarabangsa dan cuba mendapatkan Lembah Jaya, yang kini dipegang wakil PAS.

“Kami akan menjalankan kajian prestasi dan pilih calon sesuai untuk bertanding di kerusi PAS di Selangor,” katanya.

Zuraida ialah ahli Parlimen selama 2 penggal daripada PKR. Pada PRU lalu, beliau menang dengan 41,969 undi menewaskan Rozaidah Talib daripada Umno yang meraih 28,691 undi.

Pada 2008, beliau memenangi kerusi itu dengan 26,995 undi mengalahkan wakil Umno, Azman Wahid yang memperoleh 23,319 undi.

Walaupun kemungkinan besar berlaku pertandingan 3 penjuru, Zuraida berkata, peluang PKR menang adalah tinggi.

“Kami sentiada dalam ‘mood’ berkempen. Kami rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi.
“Kami hanya menghadapi masalah tertentu berkaitan dasar kerajaan persekutuan terhadap warga asing.

“Di Lembah Jaya khasnya, terlalu ramai pekerja asing, termasuk Rohingya, Indonesia dan Iran.
“Ada dasar tidak jelas mengenai perumahan dan asrama untuk pekerja asing ini.

“Saya sudah bangkitkan isu ini kepada kerajaan persekutuan di Parlimen supaya mereka boleh menubuhkan sebuah badan mengenainya, tetapi belum ada respons lagi.”

Zuraida berkata, pengundi di Ampang mengenalinya dan beliau yakin sebarang isu lama atau skandal membabitkannya tidak akan menjejaskan peluang PH menang pada PRU14.


Salah guna ajaran Islam punca perpecahan umat Islam’

 
Pensyarah UUM itu menyokong kenyataan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad mengenai kegagalan mufti bertindak terhadap fatwa yang menggelar orang tidak menyertai PAS sebagai kafir.


Mohamad-Faisol-Keling-2


PETALING JAYA: Islam sering disalahgunakan parti politik demi kepentingan peribadi, kata seorang ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Prof Madya Mohamad Faisol Keling, pensyarah di Kolej Undang-undanga, Pengajian Antarabangsa dan Kerajaan UUM mengulas kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung pertama parti itu, Sabtu lalu.

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan tindakan mufti mendiamkan diri dalam beberapa isu penting suatu ketika dahulu, termasuk tragedi Memali pada 1985 yang menyaksikan 18 orang terkorban di Baling, Kedah.

Beliau yang merupakan perdana menteri ketika itu berkata, jika mufti bersuara dan campur tangan, tragedi berdarah itu mungkin dapat dielakkan.

“Mufti terbabit sememangnya gagal bertindak terhadap pengeluaran fatwa ekstrem pada 1980-an. Oleh itu, berlaku pertumpahan darah dalam kejadian Memali pada 1985.

“Ia jelas bertentangan ajaran Islam dan menyebabkan kehilangan nyawa dan perpecahan di kalangan umat Islam,” kata Faisol mengimbau kejadian itu.

Dr Mahathir turut mempersoalkan hak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa mereka yang tidak menyertai PAS sebagai kafir.

“Kenapa mufti yang merupakan penasihat raja-raja tidak memperbetulkan kenyataan mereka (PAS) mengenai individu tidak menyertai PAS sebagai kafir?

“Dalam konteks ini, saya lihat pandangan sesetengah ahli politik yang mendakwa satu sama lain sebagai kafir atau ekstremis bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Faisol kepada FMT.

Beliau turut memetik ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan, menghormati dan melarang tindakan ekstrem melalui cara salah.

“Jadi, menuduh satu sama lain sebagai kafir jelas dilarang agama dan Tuhan,” katanya sambil menambah usaha mufti dan ulama menggesa perpaduan dan mencegah perpecahan dalam isu menggelar umat Islam sebagai kafir ini, nampaknya tidak berkesan.

Faisol berkata, ini membuktikan agama disalahgunakan ahli politik – melampaui ajaran Islam yang bertentang perintah Tuhan.

“Fatwa dipengaruhi secara negatif oleh politik dan Islam dilihat digunakan untuk kepentingan peribadi.”

Ogos lalu, Dr Mahathir menyalahkan pengikut guru agama yang rapat dengan PAS di Kedah, Ibrahim Mahmud yang lebih dikenali Ibrahim Libya terlalu taasub dengan “Amanat Hadi” sebagai punca tragedi Memali tercetus pada November 1985.

Dalam tragedi itu, 4 anggota polis dan Ibrahim bersama 13 penyokongnya terkorban dalam operasi menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.

“Amanat Hadi” merujuk ucapan Hadi di Kampung Banggol, Kuala Terengganu pada 7 April 1981,
ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam amanat itu, Hadi didakwa mengatakan PAS menentang Umno kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’

 
Menteri besar Johor berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tindakan Dr Mahathir hanya menyerang projek Forest City yang hanya 0.01% meliputi Johor.


khaled-mahathir

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai projek pembangunan Forest City di Gelang Patah, dekat sini.

Katanya, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyifatkan Forest City sebagai penjualan tanah kepada orang asing, tidak benar sama sekali.

“Tun Dr Mahathir kalau tidak kritik, itu memang bukan Tun Dr Mahathir. Dia memang hendak cari publisiti.

“Forest City hanyalah 0.01% sahaja meliputi negeri ini, jadi mengapa Tun Dr Mahathir hanya menghalakan perhatian dan fokusnya terhadap projek Forest City?

“Mengapa hanya peratus yang kecil itu diberi perhatian, jadi rakyat khususnya jangan mudah terpengaruh,” katanya selepas majlis pecah tanah Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2, di sini.

Khaled berkata, projek Forest City merancakkan pertumbuhan negeri ini memandangkan Johor tidak mempunyai hasil daripada sumber asli penting dan berharga berbanding negeri lain seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Johor tidak ada sumber asli besar, tidak ada minyak, gas dan kita tidak lagi galakkan penebangan balak. Kita tidak ada hasil. Jadi, kita bangunkan yang kecil (Forest City) untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Johor kerana kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, kita tidak boleh bangunkan rakyat.

“Johor juga bukan macam Selangor yang terletak di Lembah Klang yang menerima tempias pembangunan kerajaan pusat. Johor kena fikir bagaimana cara hendak bangun sendiri. Jadi, dengan Tun Dr Mahathir mengkritik Forest City, dia tidak membantu, dia tidak faham tentang Johor dan dia hanya faham tentang Lembah Klang,” katanya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM semasa berucap pada perhimpunan agung pertama parti itu di Shah Alam, Selangor, 2 hari lepas mendakwa Forest City merupakan satu lagi penjualan tanah kepada orang asing yang hasilnya digunakan untuk membayar hutang negara.

Sementara itu, Khaled berkata, kerajaan Johor memperuntukkan RM185.5 juta bagi membina 30 sekolah agama kerajaan Johor di seluruh negeri tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan Johor komited terhadap pemantapan pendidikan agama di negeri ini kerana ia merupakan sebahagian daripada matlamat dan aspirasi kerajaan negeri dalam memastikan sekolah agama terus relevan, selaras peredaran zaman serta teknologi.

Katanya, bagi menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah agama secara interaktif, kerajaan Johor turut membangunkan aplikasi digital dengan kos RM14 juta yang membolehkan murid mengikuti pembelajaran menerusi iPad.

Sehingga kini, terdapat 4 sekolah agama terlibat dalam projek perintis menggunakan aplikasi digital tersebut, antaranya sekolah menengah agama kerajaan Johor (Maahad) dan sekolah agama bandar di sini.

Ahad, 31 Disember 2017

Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul



Perhimpunan Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, hari ini kelihatan bermula dengan langkah songsang.

Ini kerana agenda pertamanya, iaitu pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan, menyaksikan seorang yang telah ditolak dipilih sebagai Pengerusi Tetap.

Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang dipilih sebagai Pengerusi Tetap ini, bertanding di atas tiket Bebas di kerusi P42 Tasek Gelugor dan di kerusi N5 Sungai Dua di dalam PRU 13.

Di kerusi P42 Tasek Gelugor, beliau hilang deposit bila hanya mampu memperolehi 1,590 undi berbanding 21,351 undi dan 24,393 undi yang diperolehi calon PAS dan calon BN.

Di kerusi N5 Sungai Dua, beliau juga hilang deposit bila hanya mampu memperolehi 344 undi berbanding 7,594 undi dan 7,951 undi yang diperolehi calon PAS dan calon BN.

Bukan setakat ditolak oleh pengundi di kerusi P42 Tasek Gelugor dan pengundi di kerusi N5 Sungai Dua sahaja, beliau juga ditolak oleh bekas parti-parti lamanya, UMNO dan PKR.

Setelah dipecat dari UMNO kerana menyertai PRU 13 di atas tiket Bebas, beliau mengumumkan menyertai PKR pada 14 Mac 2014, di dalam kehangatan PRK Kajang.

Tidak diberikan peranan oleh PKR, beliau menyertai PPBM tahun lalu, mulanya sebagai Penyelaras dan kemudiannya sebagai Timbalan Pengerusi PPBM Pulau Pinang.

Bagaimanakah agaknya Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM ini boleh memancarkan aura kemenangan bila pengendalinya adalah orang yang telah ditolak?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


 

Kenapa Bukan Muhyiddin Calon PM Pakatan Harapan ?

 
 



Bekas aktivis reformasi Fathi Aris Omar mempertikaikan kenapa hanya nama Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dicalonkan Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

“Saya sendiri tidak faham kenapa harus Dr Mahathir, yang sudah terlalu semput dan mempunyai rekod buruk, mahu diangkat sebagai pejuang anti-kelepektokkerasi?

“Kenapa tidak Tan Sri Muhyiddin, juga tokoh yang mewakili PPBM? Kenapa bukan anak Johor ini?

“Saya boleh faham jika DS Azmin Ali atau Lim Guan Eng atau Datuk Husam Musa atau Mohamad Sabu tidak disebut-sebut. Begitu juga Lim Kit Siang.

“Tetapi kenapa tidak Tan Sri Muhyiddin?,” soalnya dalam Facebook.

Fathi juga turut melahirkan kehairanan kenapa nama Anwar Ibrahim disingkirkan secara tiba-tiba, sedangkan nama itu dicanang sebagai tokoh paling layak menjawat jawatan Perdana Menteri sejak dua dekad lalu.

“Antara dua nama ini, tiba-tiba nama Dr Mahathir mencuak naik. Tokoh yang dikritik hebat sejak era Reformasi 1998 dan disyaki ingin mendominasi (jika sukar menyebut: memperalatkan) pembangkang.

“Ura-ura parti-parti PH mahukan Dr Mahathir bukan sahaja mengganggu PKR, malah ramai lagi aktivis yang menentangnya sejak berdekad-dekad lalu.

“Jika usul ini menjadi kenyataan, maka sahlah keraguan orang pada Dr Mahathir menjadi kenyataan,”katanya lagi



Sementara itu, Datuk Rizal Mansor berkata jika benar Dr Mahathir yang dicalonkan sebagai PM, maka segala pergorbanan Muhyiddin sebelum ini menjadi anti-klimaks.

“Daripada menduduki kerusi TPM tak lama dahulu dan disebut-sebut untuk menjadi PM sekitar hujung tahun lalu, kini nama Muhyiddin terus lenyap begitu sahaja daripada senarai calon di kalangan pembangkang untuk jadi PM.

“Yang disebut hanya nama Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, manakala jawatan TPM sudahpun disi oleh isteri Anwar atau parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Kalau setakat nak jadi menteri kanan, tak berbaloilah tindakan Muhyiddin untuk menentang Datuk Seri Najib Razak kerana itu bukan janji Mahathir ketika Muhyiddin bersama menubuhkan parti bunga bersamanya dahulu,”katanya.

Status Islam Sebagai Agama Negara Menyukarkan – Marina Mahathir

 
 


Petaling Jaya: Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan. Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara).

“Apabila agama kepada negara wujud, ia menjadi sumber kuasa yang tidak boleh dipersoalkan menurut orang ramai.”

Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.

“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”

Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.

“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”

Pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) itu juga mendakwa, wanita Muslim juga berdepan dengan cabaran dalam menghadapi tafsiran Islam yang pelbagai (dalam kehidupan mereka).

“Mengenai poligami, mengenai hijab, mengenai sama ada wanita boleh menjadi hakim dan sebagainya. Pendekatan untuk merujuk semula kepada teks dan melihat sama ada ia benar-benar dibenarkan atau sama ada ia merupakan satu tafsiran dan siapa yang mentafsirkannya.”- menara.my

Hadi: Tun M tetap tak mengaku salah walau minta maaf

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengakui kesalahannya, meskipun telah membuat permohonan maaf, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Saya dengar sedikit di dalam televisyen mengatakan meminta maaf mengikut adab Melayu. Sedangkan meminta maaf bukan adab Melayu, ia adalah salah satu konsep di dalam Islam.
 
"Saya dengar katanya ada kenyataan lain pula selepas itu. Bukan mengaku salah, bukan bermakna salah... meminta maaf sahaja," katanya di sidang media selepas merasmikan Kempen Penambahan Ahli PAS 'Pilihanku 2.0' di ibu pejabat parti, hari ini.
 
Dr Mahathir, ketika berucap di perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam memohon maaf di atas segala kesalahan lampau beliau, termasuk semasa menerajui negara selama 22 tahun. 
 
Beliau bagaimanapun tidak memerinci atau menyatakan permohonan maaf itu ditujukan kepada siapa, justeru menimbulkan tanda tanya mengenai keikhlasannya berbuat demikian. 
 
Pengerusi PPBM itu kerap didesak untuk memohon maaf di atas rekod pemerintahannya yang dicalar dengan penangkapan musuh-musuh politik termasuk pemimpin PKR dan DAP di bawah Ops Lalang. 
 
Beliau juga dituduh bertanggungjawab di atas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 selepas memecatnya daripada kerajaan dan Umno. 
 
Beliau berkali-kali didesak oleh penyokong pembangkang untuk akur dan memohon maaf di atas tindakan-tindakannya sebelum ini yang mengekang kebebasan kehakiman, hak asasi manusia serta pembaziran, pemborosan dan politik wang  semasa pemerintahannya. 
 
Mengulas lanjut, Hadi berkata PAS tidak mengambil sikap untuk membalas dendam terhadap kekejaman Dr Mahathir, terutama ketika pemimpin itu menjadi perdana menteri.
 
"Sehingga kini memang... Bahkan ketika kita memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah, kita tak balas dendam melalui kuasa yang ada pada kita, menandakan kita maafkan secara praktikal, bukan secara bercakap sahaja," ujarnya. 
 
Sementara itu mengulas isu calon perdana menteri, Hadi berkata PAS hanya menamakan mereka yang layak hanya selepas tiba masanya.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pakatan Harapan (PH) yang menamakan calon-calon perdana menteri dan timbalannya.
 
"PAS ada pendekatan sendiri. Kita diajar oleh Islam, kita tak meminta jawatan, kita minta perubahan berlaku. Masalah siapa yang menjadi nakhoda, bila tiba masanya kita akan tentukan," ujarnya.
 
Malah diajukan sama ada Dr Mahathir masih layak menjadi perdana menteri, Hadi berkata;
 
"Rakyat yang menentukan, biar dia bertanding dulu," katanya ringkas.
 
Dr Mahathir sebelum ini dinamakan sebagai calon perdana menteri jika PH menang dalam PRU14, sementara Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dicalonkan sebagai timbalannya.
 
Semalam Dr Mahathir mengumumkan kesediaannya bertanding di antara tiga kawasan iaitu Putrajaya, Langkawi dan Kubang Pasu dalam pilihan raya akan datang. 


Menongkah arus keluarga Umno

DETIK DAILY

 
Oleh ZAILI MUHAMMAD 

BELIAU membesar di dalam keluarga yang kuat dengan ‘pegangan’ Umno. Namun beliau nekad untuk meninggalkan parti tersebut yang dirasakan tidak mempunyai nilai perjuangan.

Tarikh 8 Ogos 1988 menjadi detik bersejarah buat Ramli Dalip, 65, apabila menyertai PAS selepas kes penyingkiranTun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum itu beliau sering mengikut abang iparnya, mantan Exco Kerajaan Negeri Melaka Dato’ Samad Kassim dan kakak iparnya, mantan Ketua Wanita Melaka, Hazizah Mohd Sultan di dalam program-program Umno.

“Saya dikelilingi ahli keluarga yang kuat Umno dan selalu ikut dalam program-program mereka namun saya merasakan ianya tidak sesuai dengan jiwa saya apatah lagi selepas kes Tun Musa Hitam.

“Saya melihat ianya jauh dari ciri-ciri Islam yang sebenar apatah lagi ketika bekerja di Kuala Lumpur saya selalu mendengar kuliah di rumah Pak Yazid di Kampung Baru dan khutbah Ustaz Dato’ Fadzil Noor di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak,” jelasnya.

Menceritakan penglibatan awalnya bersama PAS, Yang Dipertua PAS Bukit Katil ini terlibat secara langsung pada Pilihan Raya Umum ke- 8 pada 1990 sebagai Penolong Setiausaha PAS Kawasan Batu Berendam pada masa itu dan sekarang ini dikenali sebagai PAS Kawasan Bukit Katil.

Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan dan sekarang ini dipertanggungjawabkan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Kawasan.

“Peristiwa manis sepanjang berjuang dalam PAS ialah ketika pengumuman kemenangan PAS di Dun Bukit Baru melalui calonnya, Dr Mohd Khalid Kassim dan Parlimen Bukit Katil di bawah Samsul Iskandar Mat Akin pada jam 1.30 pagi di Rumah Media, Ayer keroh.

“Baru terasa manisnya perjuangan ini apabila penat lelah kita sepanjang berkempen akhirnya berhasil mencapai kemenangan yang dihajati selama ini dan lebih menarik lagi kemenangan PAS Bukit Baru merupakan ‘anak sulung’ PAS Melaka,”ujarnya yang juga Pesara Pembantu Perpustakaan Awam Melaka.

Peletakan jawatan beramai-ramai Yang Dipertua PAS Bukit Baru dan hampir separuh daripada Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan tersebut pada 2015 meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat Ramli yang ketika itu diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua kawasan.

Namun perkara itu tidak mematahkan semangat Ramli bersama AJK yang masih setia dengan PAS untuk mengorak langkah dan kembali membina kekuatan untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam yang dibawa PAS.

Jika suatu ketika dahulu beliau telah nekad untuk meninggalkan parti yang tiada hala tuju perjuangan Islam, beliau tidak akan meninggalkan parti yang sudah sebati dengan jiwanya dan menemukan beliau dengan perjuangan yang sebenar.