HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Februari 2012

Kemelut di Kedah bukan ‘isu besar’, kata Harun Taib


KUALA LUMPUR — Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.

Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu.

“Tidak...tidak... Ia bukan isu besar, saya percaya tiada pergeseran dalaman yang berlaku.

“Insya-Allah, perkara ini akan diselesaikan segera,” katanya kepada The Malaysian Insider.

PAS Kedah berdepan kemelut pelantikan semula barisan exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 yang akan mengangkat sumpah esok di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan (gambar) bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu.

Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Semalam Azizan berkata hanya lapan anggota exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 akan mengangkat sumpah berbanding 10 sebelum ini.

Beliau berkata, lapan individu itu bukan muka baru.

Tambah Harun, barisan kepimpinan PAS Kedah sewajar bekerjasama, saling mempercayai dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jelas beliau, jika berlaku masalah cara terbaik adalah mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian.

“Saya harap mereka dapat saling bersama, kuat serta tenang untuk memikul tugas yang diberikan terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Selesaikan segera apa yang berlaku dan fokus pilihan raya umum akan datang,” katanya.

PKR: Najib perlu jelas kenapa Felda Farm Products tak dilantik menerajui NFC

Rafizi Ramli, Suhaimi Said


Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato’ Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.

Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikan kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.

KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.

Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.

Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:

“Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut. Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.

Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima, MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih dua syarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan Agro Science diberi sebanyak 5,000 ekar.”

Umum sedia maklum bahawa Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat yang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd.

Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:

SYARIKAT

DITUBUHKAN PADA

SAHAM DITERBITKAN BERBAYAR

PEROLEHAN TAHUNAN TERKINI

Felda Farm Products Sdn Bhd

7 Ogos 1995

RM10 juta

RM9.6 juta

(31 Dis 2010)

Group Five Bonsmara Breeding Centre Sdn Bhd

28 Mac 2005

RM2

0

(31 Dis 2010)

MIG Farm Sdn Bhd

15 Julai 2005

RM1 juta

RM1.2 juta

(31 Dis 2009)

MLC Industries Sdn Bhd

13 Ogos 2004

RM2 juta

0

(31 Dis 2010)

Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.

Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit.

Sebagai individu yang bertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh mencuci tangan dan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:

1. Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;

2. Apakah kriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?

Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Dato’ Seri Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minit mesyuarat yang dipengerusikan beliau.

MOHD RAFIZI RAMLI IALAH PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJI SUHAIMI SAID IALAH PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN

BR1M: Penghuni rumah panjang minta PAS bantu

Harakahdaily,

BATANG LUPAR: PAS Sarawak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan Misi Kebajikan di Rumah Panjang Belimbing, Sebuyau, kelmarin.

Program itu adalah rentetan daripada program kebajikan dan khidmat masyarakat oleh Skuad Medik PAS Petra Jaya baru-baru ini yang diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya, Mohd Tarmizi bersama 8 Ahli Jawatankuasa PAS Sarawak dan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya.

Rombongan tersebut yang turut disertai Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus selaku Yang Dipertua PAS Batang Lupar disambut oleh wakil PAS di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat juga turut menyelami masalah dan keluhan dari penduduk rumah panjang di samping menyantuni masyarakat di kawasan sekitarnya.

Di samping itu, beliau yang mesra dengan panggilan Abang Mat juga menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian kepada 50 buah keluarga di situ. (Gambar)

“Sumbangan ini untuk semua penduduk di sini. PAS sebuah parti yang memperjuangkan negara berkebajikan akan mengagihkan bantuan kepada sesiapa sahaja merestasi sempadan politik, agama atau bangsa,” kata beliau ketika pada sesi ramah mesra di situ.

Di sepanjang lawatan ke kampung tersebut, dapati juga terdapat beberapa orang tua atau ibu tunggal yang tidak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Penduduk yang sangat kecewa tersebut memohon bantuan daripada PAS, untuk menyuarakan masalahnya kepada pihak yang berkenaan.

Selain itu, masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di rumah panjang tersebut dan rumah-rumah panjang sekitar adalah kejadian banjir yang sering melanda di situ.

Rombongan PAS Sarawak yang dimaklumkan oleh penduduk berasa amat kecewa dengan wakil rakyat di situ yang hanya hadir ketika majlis pemberian BR1M sahaja.

Sudah banyak kali mereka buat aduan kepada pihak berkenaan dan wakil rakyat, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil.

Rata-rata penduduk di situ mengalami kerugian kerana rumah panjang yang didiami dinaiki air ketika ditimpa musibah banjir beberapa bulan yang lepas.

Menurut seorang penduduk di situ, faktor penyumbang utama rumah panjang dinaiki air adalah tanah rendah dan tiada sistem saliran air yang sempurna.

“Ini baru masalah banjir, belum lagi masalah ketiadaan bekalan elektrik. Bukan satu tahun atau dua tahun tapi sudah puluhan tahun perintah (BN) janji macam-macam,” kata wakil penduduk kampung kepada Abang Mat.

Misi Kebajikan di Rumah Panjang Belimbing, Sebuyau itu berakhir pada jam 6 petang.

Mohon maaf demi maaf dari The Star



Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Mula-mula juadah daging babi untuk berbuka puasa, kini akhbar MCA, The Star sekali lagi menghina umat Islam Malaysia melalui tatoo nama Allah.

Selepas menyiarkan juadah daging babi untuk berbuka puasa, The Star minta maaf.

Semalam, akhbar ini sekali lagi menyiarkan gambar besar tatoo nama Allah pada dada penyanyi Erykah Badu.

Dan sebagaimana sebelum ini, The Star minta maaf sekali lagi.

Serangan yang dibuat The Star ini selari sahaja dengan serangan yang dibuat oleh presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam.

Ia terbukti dalam debat antara beliau dengan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Inilah suara-suara pembaca yang memenuhi komen-komen dalam Facebook Harakahdaily ekoran tersiarnya berita ini.

Mereka marah kerana ia dibuat berulang-ulang seolah-olah ia disengajakan oleh akhbar MCA ini untuk merenggangkan hubungan antara Islam dan bukan Islam.

Tambahan pula, ia dibimbangi sengaja dibuat ekoran dengan kekecewaan MCA terhadap orang Cina yang kini sudah 80 peratus lebih menyokong Pakatan Rakyat.

Seorang pembaca bernama Joe Radzif menulis: "Senang-senang je minta maaf? It is already too late. Apa editor diorang buta? Atau saja nak buat huru-hara. Tak kan la duduk malaysia tapi bodoh sangat sampai tak tahu langsung. penuhkan email diorang dengan suara bantahan."

Seorang lagi pembaca, Fatimatul Asmak pula menulis: "Tiada maaf. Bawak keluar makhluk ni . Nanti, esok2...buat perkara yang dah tahu salah, lepas tu mohon maaf. Hilang akal ke...benda simple ni tak boleh fikir?"

Osman Abdul Ghani pula menulis: "These papers have no respect and sensative to other beliefor religion. I wonder how just star can simply escape without full investigation of their hidden motive. Not a first incident by star don't you know!"

Aksi Pengacau Tidak Menguntungkan Umno

MSO


Provokasi dan gangguan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai Pemuda Umno dan sebuah Ngo pengambil upah semasa himpunan Hijau anti Lynas di Pulau Pinang semalam dilihat tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Umno. Tindakan kumpulan pemuda yang bersikap ala-ala samseng itu tidak dapat menarik simpati orang kepada usaha Ha Najib Najib untuk melaksanakan slogan 1 Malaysia, sebaliknya Najib dan Umno akan tambah dibenci.

Kumpulan itu yang ikut menyertai Lyas lebih bertujuan untuk membuat kacau dan menunjukkan kebiadapan mereka kepada himpunan. Penghinaan mereka kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang ikut hadir menyebabkan orang Cina semakin membenci Umno di negeri berkenaan. Sikap mereka itu menggambar betapa rendahnya minda dan akal politik mereka yang masih lagi terkongkong dalam 'kelontonh' nyiur.

Walaupun tidak semua Cina di Penang menyokong Pakatan Rakyat dan selesa dengan Guan Eng tetapi apabila kumpulan samseng itu menyerang 'peribadi' Ketua Menteri itu dan negeri kelehirannya, di Melaka, menyebabkan timbul rasa simpati orang Cina yang yang dilihat lebih rasional dalam politik berbanding dengan orang Melayu sejenis kumpulan samseng itu.

Orang Cina yang tidak memihak kepada mana-mana idelogi politik pula akan merasa terhina kerana kecaman dan cacian itu dituduh ke atas orang sebangsa dengan mereka. Seaptutnya kumpulan Melayu pengambil upah itu faham dan arif mengenai politik orang yang terbuka sejak lama dulu. Lim Kit Siang walaupun kelahiran Melaka tetapi dia juga berjaya di Ipoh.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu juga akan terkesan kepada masyarakat Cina di luar Pulau Pinang. You tube yang menyiarkan provokasi dan sikap liar kumpulan pemuda itu boleh menimbulkan kemarahan orang Cina. Dari apa yang dipaparkan dalam you tube ia tidak dapat mengelakkan perbuatan itu agak melampau dan menghina orang Cina seluruhnya. Aksi-aksi atau fikiran 'gogat' seperti itu seharusnya sudah tidak diamalkan lagi oleh anak-anak muda Melayu.

Umno tidak seharusnya membiarkan provokasi yang 'tidak sekolah' sebegitu kalau mereka mahukan simpati dari orang Cina. Tanpa teguran atau atau pembaikpulihan terhadap sikap politik itu menyebabkan semakin ramai lagi orang Cina meninggalkan BN dan juga Umno. Harapan untuk Umno menambah sokongan Cina akan sia-sia saja.

Lantaran itu eloklah mana-mana pihak Umno di Pulau Pinang mengambil tangungjawab atas kejadian itu dan kalau pun tidak mahu memohon maaf pastikan bahawa tindakan tidak sekolah seperti itu tidak akan berulang lagi di lain kali.

Hari ini rakyat sudah semakin matang, politik ala-ala haiwan di dalam hutan untuk menunjukkan tenaga siapa kuat dan mulut siapa paling luas melalak atau tahi siapa paling tinggi, sudah tidak dapat diterima lagi. Hari ini orang berpolitik dengan menggunakan kebijaksanaan akal dan bukan dengan keris, golok dan silat pulut lagi.

Zaman menunjuk hebat dengan silat pulut atau menunjukkan kehebatan dapat bersilat di atas puncak pokok kelapa sedangkan kelapa yang diambil dari buah baru cambah setinggi lutut tidak relevan lagi. Orang zaman ini tidak akan takut dengan sikap samseng kita. Manusia yang berhati budi dan ada nilai tamadun akan hormati. Mereka yang ada akal dan berjaya mempamirkan politik cendekia akan disokong.

Tatu Kalimah Allah Haramkan Konsert Erykah Badu, Kata Harussani

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu pihak berkuasa Islam negara ini melarang penyanyi kelahiran Dallas, Texas, Erykah Badu daripada mengadakan konsert di Kuala Lumpur Rabu kerana penyanyi itu menggunakan tatu kalimah Allah di dadanya.

Harussani menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini adalah dilarang sama sekali dan undang-undang mengenainya amat jelas.
" Selain umat Islam, kita tidak benarkan sesiapa menggunakan kalimah Allah dan itu sudah digazetkan pun,"tegas beliau kepada AntaraPos.com.

Penyanyi hip hop dan jazz itu dijadual mengadakan konsert sulungnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu ini setelah ditunda minggu lalu. Kuala Lumpur adalah persinggahan pertama Badu dalam siri jelajahnya ke Asia dan Australia.
Konsert di KLCC itu dikendalikan oleh Pineapple Concerts Sdn Bhd, pegawai-pegawai syarikat itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas.
Harussani berkata jika Badu memadamkan tatu kalimah itu sekali pun, beliau tidak harus dibenar mengadakan konsert berkenaan kerana tetap dianggap sebagai mencemari kesucian Islam.
" Kalau kita lihat dari segi sensiviti..., kita tak benarkan guna kalimah Allah kerana tidak meletakkan di tempat yang mulia," ujar beliau.

Akhbar The Star hari ini membuat permohonan maaf kerana menyiarkan gambar Badu dengan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.

Selain tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Kes Khalwat Badrulamin : Peluang Yang Dinanti Pejabat Menteri Besar Selangor

Post Pic


ANTARA POS.COM


KOMENTAR : Dalam usaha untuk menjarakkan diri daripada isu Dr Badrulamin Bahrom disiasat bersabit tuduhan khalwat, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah luar biasa “menasihati” Pengarah Penerangan Selangor itu bercuti sebulan sehingga beliau dapat membersihkan namanya.

“Nasihat” itu dikeluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar di bawah kelolaan Setiausaha Akhbar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu Arfa’ Eza Abdul Aziz.

Kenyataan itu menyebut bahawa Arfa sendiri akan mengambil alih tugas-tugas Badrulamin itu.

Rasanya Arfa atau sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan itu lewat semalam bukannya memberi “nasihat” kepada Badrulamin untuk bercuti tetapi memang mengarahkan beliau untuk berbuat demikian.

Jika nasihat, Arfa tentunya tidak bingkas untuk mengumumkan dalam kenyataan yang sama, bahawa beliau akan mengambil alih tugas Badrulamin sebagai Ketua Penerangan di Pejabat Menteri Besar.

Kemelut yang dihadapi oleh Badrulamin bukanlah sesuatu yang ringan, malah memberikan kesan kepada imejnya sebagai seorang pendakwah terkenal dalam barisan pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempertahankan Badrulamin dengan menegaskan beliau seorang diri dalam sebuah billik hotel di Kuatan ketika ditahan Sabtu lalu.

Anwar tidak melihat sebarang keperluan menasihati Badrolamin “bercuti” daripada jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR sehingga beliau “dibersihkan”
daripada tuduhan itu.

Jadi kenapa Kerajaan Negeri Selangor pula terpanggil mengeluarkan arahan supaya Badrulamin mengosongkan jawatannya itu yang disandang sejak tahun 2010 di Pejabat Menteri Besar.

Kalau mengikut protokol untuk kakitangan awam, siasatan sahaja tidak mengundang kepada sebarang tindakan terhadap mana-mana penjawat untuk bercuti.
Langkah itu diambil hanya apabila seseorang dituduh dan seterusnya dibuang kerja jika disabit kesalahan.

Arahan bercuti yang diberikan kepada Badrulamin sebenarnya berpaksi kepada politik dalaman di dalam PKR, khususnya antara Menteri Besar dan wakil rakyat PKR yang
menolak kepimpinan beliau.

Pelantikan Badrulamin sebagai Pengarah Penerangan Selangor dibuat di atas arahan Anwar setelah wakil rakyat daripada parti itu menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Khalid pada kongres nasional parti itu tahun 2010.

Rasa tidak puas hati itu bertumpu kepada apa yang dilihat oleh pemimpin PKR sebagai kegagalan Khalid membina jentera pilihan raya peringkat parti bagi memastikan Selangor kekal di tangan PKR pada PRU akan datang.

Mereka bimbang kerana PKR ketandusan dana dan aktiviti untuk menarik sokongan pengundi khususnya di luar bandar.

Bagaimanapun pelantikan Badrulamin sebagai Pengarah Penerangan tidak disenangi oleh Pejabat Menteri Besar sendiri yang menganggapnya satu penghinaan.

Justeru Badrulamin dicantas sebaik sahaja beliau menerima jawatan itu yang sepatutnya setaraf dengan Pengarah Jabatan-jabatan lain dalam struktur kerajaan negeri Selangor.

Bukan sahaja beliau ditawarkan gaji rendah berbanding pegawai lain di Pejabat Menteri Besar, tetapi Badrulamin tidak diberikan kakitangan sokongan untuk menjalankan kerja-kerja beliau. Badrulaminlah pengarah penerangan, beliau juga kerani dan setiausaha.

Pejabat beliau di Rumah Exco ditarik balik dan Badrulamin diarah melapor diri di pejabat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Isu Badrulamin bukan sahaja mengenai siasatan khalwat yang akan diselesaikan sama ada di mahkamah atau di luar mahkamah.

Lebih penting ialah isu Badrulamin mencerminkan pendarahan dalaman Parti Keadilan Rakyat, di antara pemimpin-pemimin kanannya yang bercita-cita merampas Putrajaya.

Kemelut yang dihadapi oleh Badrulamin bersama Jabatan Agama Islam Pahang diharap tidak akan memberi peluang untuk Khalid menunjukkan pendakwah itu pintu keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk selama-lamanya dalam usaha untuk menghantar mesej tegas kepada Anwar bahawa beliau (Khalid) adalah Menteri Besar Selangor.
Anwar hanya sekadar Penasihat Ekonomi bergaji satu ringgit sebulan.

Fitnah! Saya Tidak Berkhalwat - Wanita Kes Dr Badrulamin

Post Pic

ANTARA POS.COM


ROMPIN : Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahrom menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil menyifatkan ia satu fitnah.

Bercakap kepada Sinar Harian, wanita berkenaan yang enggan namanya disiarkan menjelaskan keadaan sebenar berhubung insiden tersebut.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya,"jelas wanita itu.

Malah ujarnya, beliau yang sudah lama mengenali Badrulamin dan isterinya sedang mengalami krisis rumah tangga dan menemui Badrulamin atas tujuan untuk melarikan diri daripada suaminya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini,"ujarnya lagi.

Beliau juga nyata kesal dengan sikap sesetengah pihak yang lebih mudah menuding jari tanpa memberi ruang kepada beliau dan Badrulamin membela diri.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Wanita itu juga memberitahu beliau sudah mengemukakan tuntutan cerai terhadap suaminya kerana merasakan ia jalan penyelesaian terbaik dalam konflik rumah tangganya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Jawatan Exco : Phahrolrazi Sedia Dedah Punca Enggan Dilantik Semula

Post Pic

ANTARA POS.COM


ALOR SETAR : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi akan didedahkan pelbagai aspek berkaitan isu beliau enggan dilantik semula pada sidang media, petang ini.

Beliau yang tidak kisah dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggugurkannya daripada senarai Exco, berkata antara lain beliau akan menjelaskan faktor tidak mahu berada dalam barisan kepimpinan negeri selepas memegang jawatan berkenaan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

" Saya tak mahu cakap apa-apa lagi sekarang. Tunggu sidang akhbar jam 4 petang esok (hari ini),"katanya semalam.

Sementara itu, beberapa Exco Pas sedang berusaha menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh Azizan.

Mereka berharap kedua-dua pihak terbabit bersemuka untuk berbincang dan menyelesaikan pertikaian segera.

Program JATI lesu, Hasan salahkan PAS

"Hasan bukan lagi orang PAS, bermakna beliau tidak boleh memaksa datang ke programnya". .



PETALING JAYA: NGO JATI pimpinan Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS menjadi punca programnya di Terengganu kurang mendapat sambutan.

JATI mengadakan dua program di Kuala Terengganu dan Kemaman hujung minggu lalu. Kedua-duanya dkatakan mendapat kerjasama dari Umno bahagian.

Program di Stadium Negeri di Kuala Terengganu telah dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Perkara itu disahkan Pesuruhajaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu.

“Beberapa AJK Umno Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang yang menganjurkan program Datuk Hasan itu,” kata beliau.

`Salahkan PAS’

Bagaimanapun, menurut seorang ahli PAS, program JATI itu kurang mendapat sambutan orang ramai.

“Tidak ramai yang datang, kurang lebih beberapa ribu orang sahaja. Tetapi Hasan kata, PAS halang ahli datang ke program tersebut.” kata beliau.

Bagaimanapun, Wahid menafikan dakwaan tersebut.

Beliau menambah, “Hasan bukan lagi orang PAS, bermakna beliau tidak boleh memaksa datang ke programnya”.

Program Hasan di Kemaman dihadiri kira-kira 5, 000 orang tetapi timbul dakwaan Umno menyediakan berpuluh-puluh bas untuk mengangkut ahli-ahlinya.