HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Mac 2012

Ibu bapa bisu tapi anak cemerlang

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir,


KOTA BHARU: Nur Baiti Mohd Farid, 18, bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian tertinggi SPM tahun lalu dengan keputusan 9A, sebaliknya telah berjaya memecah rekod baru sekolah tempatnya belajar.

Sekolah Menengan Agama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, Pengkalan Chepa juga turut menempa sejarah baru apabila buat julung kalinya mencapat keputusan 100 peratus SPM.

(Gambar: Nur Baiti menerima sumbangan daripada Wan Ubaidah sambil disaksikan ibu bapanya.)

Namun latar belakang Nur Baiti yang begitu menarik, beliau bukan sahaja dari keluarga yang sederhana, ayahnya kerja buruh biasa, sebaliknya kedua ibu bapanya cacat pendengaran (bisu).

Kerana keistimewaan Nur Baiti ini, menarik minat anggota exco kerajaan negeri Wan Ubaidah Omar untuk menziarahi keluarga istimewa ini, semalam.

Turut menziarahi Baiti dan keluarganya, Mudir MTM, Ustaz Tajuddin Mamat, tenaga-tenaga pengajar sekolah berkenaan, Nisa’ Pengkalan Chepa serta lain-lain pimpinan.

Dengan menggunakan bahasa isyarat, ibu Baiti, Suria Abdul Rahman, 41, memberitahu beliau sering mendoakan semua anak-anaknya termasuk Baiti agar cemerlang dalam pelajaran.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai Baiti begitu membanggakannya dan suami, Mohd Farid Abdul Rahman, 55.

Ubaidah ketika ditemui melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai Baiti.

“Dengan latarbelakang keluarga yang sederhana, mak dan ayah tidak mampu mendengar dan bercakap, ianya cukup mengujakan.

“Kita berharap ianya menjadi contoh pada pelajar lain terutama dari keluarga yang senang, mempunyai keluarga yang baik atau seumpamanya,” ujarnya.

PTPTN: Lihat beban hutang pelajar, bukan tak relevan

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kerajaan terlalu lemah apabila menganggap pemansuhan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak relevan.

Ini berikutan daripada kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemansuhan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

“Kenyataan beliau menunjukkan bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak layak memerintah negara,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Seharusnya, kata beliau tidak berbangkit isu IPTA perlu diperbanyakkan manakala IPTS pula akan gulung tikar kerana banyak langkah lain boleh diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Sepatutnya, kerajaan melihat permasalahan yang lebih utama iaitu bebanan yang ditanggung oleh pelajar kerana hutang PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi DPPM, ujarnya kenyataan Mohamed Khalid menandakan bahawa kerajaan BN sememangnya tidak prihatin dengan permasalahan pelajar.

“Jika beliau menganggap pemansuhan PTPTN akan membebankan kerajaan, apakah kerajaan pula tidak memikirkan bebanan yang ditanggung oleh pelajar dan anak-anak muda kerana tanggungan hutang pelajaran mereka,” ujarnya lagi.

Katanya, kerajaan perlu berfikir bagaimana nasib pelajar-pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian tinggi, serta tidak layak mendapat biasiswa.

Menurutnya, PTPTN adalah penyambung hayat pengajian mereka tetapi dalam masa yang sama PTPTN pula menjerut mereka.

Beliau berkata, pendidikan percuma adalah perkara asas yang mesti disediakan oleh kerajaan tanpa mengira kelas yang diperolehi oleh pelajar tersebut.

“Semua pelajar berhak mendapat pendidikan percuma bagi menampung keperluan hidup mereka di masa hadapan.

“Pendidikan percuma adalah suatu pelaburan kepada negara kerana pelajar-pelajar inilah nantinya yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan negara,” katanya lagi.

Justeru, kata Riduan jika kerajaan masih menganggap pemansuhan PTPTN sebagai tidak relevan, kerajaan sebenarnya gagal menyediakan perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat khususnya kepada anak-anak muda.

Jika demikian, ujar beliau kerajaan perlu akur dan mengaku kalah kepada Pakatan Rakyat yang boleh menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.

Menurutnya, anak muda pula tidak lagi boleh bergantung harap kepada BN kerana mereka tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh anak-anak muda sekarang.

“Sebaliknya, anak-anak muda diseru beralih kepada Pakatan Rakyat, kerana komitmen Pakatan Rakyat, apabila berjaya menerajui Putrajaya antara janji utama adalah untuk menghapuskan PTPTN!” ujarnya.

Apa yang sebenarnya diharapkan oleh Najib untuk menang PRU-13: RM100 juta cukup?

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Tidak kira bila pilihanraya umum ke13 akan berlangsung, ada 222 kerusi Parlimen bakal dipertandingkan dan beberapa orang lama Umno seperti mantan Menteri Kewangan Daim Zainudin meramalkan kemenangan kepada UMNO –BN dengan majoriti mudah.

Tapi sangat jelas mereka tidak pasti jika PM Najib Razak boleh membaiki keputusan pengundian tahun 2008 yang dicapai oleh Abdullah Badawi yang dikatakan satu trajedi dan buat pertama kali UMNO-BN tidak dapat kekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Najib dilihat yakin UMNO BN boleh menang tapi masih enggan mengumumkan tarikh pengundian. Ini memberi gambaran lebih jelas.Jika beliau yakin, beliau sudah mengumumkan tarikh pengundian lama dahulu dan mengukuhkan genggamannya terhadap UMNO dan Malaysia.

Hakikatnya, Najib, 58 tahun, dan dikatakn PM ke 6 yang paling buruk setakat ini- terpaksa mengkaji semula cita-cita nya merampas semula majoriti dua pertiga, dimana jika berjaya akan memastikan beliau terus hidup dalam UMNO dan terus menjadi Perdana Menteri.

“Kita pasti harapkan majoriti dua pertiga, saya menipu jika saya kata tak mahu.Saya mahu dua pertiga tapi keadaan lebih mencabar sekarang,” kata Perdana Menteri pada pembukaan rasmi Kelab Foreign Correspondents di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Najib akan menjadi sejarah tak lama lagi?

Najib sekarang berharap membaiki keputusan 2008.Jika tidak, beliau akan menjadi sejarah dan seperti yang ditegaskan oleh daim, samaada timbalan Presiden Umno Muhyiddin atau pencabar baru akan naik.

Tahun 2008,Pakatan Rakyat yang diketuai pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim menang 52% dari undi popular, oleh kerana banyak manipulasi kawasan mengundi dan pengundian berat sebelah, hanya berjaya mendapat 82 kerusi berbanding 140 kerusi oleh UMNO-BN- kurang 8 kerusi untuk membentuk jumlah minima majoriti dua pertiga.

UMNO BN dikatakan yakin akan menang semua kerusi parlimen dinegeri-negeri yang dikuasai nya seperti 28 di Sarawak, 25 di Johor, 22 di Sabah, 13 di Perak,12 di Pahang. Jumlah besar ialah 101. Ditambah dengan sumbangan dari Wilayah Persekutuan,najib percaya beliau sudah ada 110 kerusi.

Bagi menyamakan rekod 2008 untuk 140 kerusi, beliau perlu 30 lagi, dan untuk kekalkan majoriti dua pertiga, beliau perlu 38 kerusi. Untuk merealisasikan hal ini, beliau menumpu kepada Wilayah Persekutuan, 10 kerusi masing-masing dari Selangor,Kedah dan Kelantan dan 5 kerusi dari P.Pinang. Baki nya mungkin datang dari mereka yang keluar parti lain atau pujukan untuk calon bebas menyertai gabungan BN.

Hal ini nampak saja mudah. Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi setiap satu di Sabah dan Sarawak kepada jumlah besar 20 kerusi dari kedua-dua negeri tersebut. Johor ialah satu lagi negeri di mana mereka jangka dapat membaiki kegagalan lepas untuk 1 kerusi Parlimen sahaja.

Sekurang kurangnya RM100juta diperlukan

Dengan mengambil kira pergeseran yang belum selesai, pemerhati dalam UMNO berkata walaupun dengan 110 kerusi ‘lebih kurang sudah selamat’,Najib masih perlu membelanjakan skurang kurangnya RM100 juta untuk’ membeli’ lagi 38 kerusi yang ada. Hakikatnya, RM100juta ialah satu angka jangkaan yang agak konservatif, dimana ada pemerhati yang meletakkan jumlah tersebut kepada RM500 juta sekurang kurangnya.

Mereka meramalkan UMNO BN akan mendekati semua calon pembangkang yang menang dalam PRU 12, terutama mereka yang dituduh salahlaku atau lain-lain dan lebih mudah untuk di ugut.Malahan, wang ringgit dan satu dua pendedahan ialah pemangkin kuat dan Najib amat arif tentang hal ini.

Najib perlu ada wangtunai yang banyak bagi membeli nama baik ahli-ahli UMNO supaya mereka sedia untuk tidak mengkhianatinya jika mereka atau kettua bahagian mereka tidak terpilih menjadi calon yang bertanding.

Khabar khabar yang bertiup dalam parti mengatakan para penasihat beliau menegaskan apa apa sumbangan yan diberi, penerima mesti mengetahui ia datang dari Najib, bukan dari rakyat , atau majlsi tertinggi atau pimpinan tertinggi. Ini bagi meyakinkan penerima yang perlu tahu kepada siapa mereka perlu berterima kasih dan membalas budi bila masanya tiba.

Tidak mudah memadamkan propaganda yang bertapak sejak 5 dekad yang lampau

Suruhanjaya Pilihanraya, sebuah badan diketahui sebagai anjing suruhan BN, juga pengetahui peranan mereka. Jadi, untuk menang dengan majoriti mudah tidak seperti UMNO BN ada undi ‘simpanan tetap’ di semua negeri yang dikawal mereka. Lebih mudah bagi UMNO BN untuk kekalkan kerusi dan lebih sukar untuk Pakatan mengekalkan kerusi mereka.

Samada mereka suka atau tidak, pengundi BN telah di momokkan dengan propaganda sejak berdekad yang lalu,yang menukar mereka jadi ‘robot. Oleh yang demikian, walaupun skandal peribadi Najib dan kawan-kawan UMNO nya termasuk kes rasuah Ketua Wanita Shahrizat Jalil berjumlah RM250 juta, penyokong setia UMNO BN masih terus mengundi beliau dan pasukan tercemar ini.

Sebagaimana dikatakan oleh sesetengah pemerhati, orang orang luar bandar tidak kisah hal berkaitan kapala selam Scorpene yang mana Najib dituduh menerima rasuah RM570 juta untuk beli. Ramai yang mungkin tak tahu langsung apa pun berkenaan kes itu, atau apa yang sebenarnya indeks rasuah.mereka mungkin tanya?

Jadi kepada ahli strategi UMNO BN, apa rakyat biasa mahu ialah RM500 lagi dan jika ini boleh buatkan UMNO BN menang, Najib malah sudi mengumumkan tambahan RM500 sebelum beliau membubarkan parlimen. Rakyat mungkin terpesong selepas menerima imbuhan ini dan dengan gembira mengundi UMNO-BN. Najib tidak akan rugi apa-apa kerana bukan wang nya sendiri.

Harapkan kelemahan pembangkang

Manakala pembangkang pula merupakan pendatang baru, baru 4 tahun walaupun telah melangkah jauh setelah menang 5 dari 13 negeri pada tahun 2008.

Alasan BN ialah Pakatan masih belum matang dan tidak berupaya memerintah tidak boleh lagi terima ramai, terutama bila P.Pinang dan Selangor berterusan mendahului senarai negeri yang diurus paling baik dan paling banyak menjana pelaburan.

So for these reasons, Najib knows he is not as comfortable as before. It will not be easy to improve on the 2008 results, even though he has the money and is ready to splash it all around.

Atas alasan-alasan ini, Najib tahu beliau tidak selesa seperti dahulu.Tidak mudah membaiki keputusan 2008, walau beliau ada wang dan sedia membelanjakannya.

Dan sebab inibeliau melengah lengah, menunggu keributan dan masa yang sesuai, untuk PRU 13. Maaf la, mungkin beliau perlu tunggu 55 tahun lagi.Malaysia Chronicle

Dr M akui: Umno kekurangan cerdik pandai Melayu

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad akhirnya mendedahkan. Pimpinan tinggi Umno sengaja menahan golongan bijak pandai melayu sebagai rancangan untuk terus berkuasa antara sesama mereka, dan mengakibatkan keadaan sekarang bila parti kekurangan bakat baru terutama di peringkat tertinggi.

“ Sejak berdekad yang lalu, Umno tidak membenarkan mereka yang bijak menganggotai parti. Sebab itu ramai doktor masuk PAS. Ini membuatkan susah untuk Umno mendapat calun sesuai untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya.” Mahathir memberitahu Bernama rabu lepas.

Siapa patut dipersalahkan

Tapi Mahathir ialah bekas PM dan presiden Umno selama 22 tahun,dari 1981 hingga 2003, maka bertanggungjawab bagi sebahagian besar polisi yang membentuk Umno sehingga kini.

Samada kita suka atau tidak, Umno mempunyai reputasi buruk berdasarkan perkauman dan agama untuk memenangi kaum etnik terbesar dinegara ini-orang Melayu.

PM Najib Razak, khasnya, di cerca sebagai “jaguh talam dua muka” kerana menyokong tumbuhnya kumpulan NGO extremis hak ultra Melayu seperti Perkasa dan anti Kristian seperti Jati, sambil pada masa yang sama, menyebut2 polisi kesederhanaan kepada masyarakat antarabangsa.

Mahathir juga menggesa pemimpin Umno supaya meninggalkamm amalan hanya memilih ketua bahagian untuk bertanding. Komen ini timbul ketika Najib mula pusingan terkahir dalam memilih calun2 boleh menang untuk pilihanraya umum 13 yang dijangka tahun ini.

“Kita harus terima calun yang baik, samada mereka ahli Umno atau tidak.Kita mahu orang yang layak dan berbakat, kemudian baru kita boleh membentuk kerajaan yang berupaya,” kata Mahathir.

Perselisihan dalaman

Pemimpin pembangkang tidak terkejut dengan komen Mahathir, dan merasa kan beliau cuba mempengaruhi keputusan Najib berkenaan calon2 , daripada mengubah Umno.

“Umno sedang mengalami perselisihan dalaman paling teruk.Dalam semua negeri yang mereka perintah, sekurang kurangnya ada 2 kumpulan yang berlumba lumba untuk kuasa. Semua mahu calun mereka dipilih.Dalam politk, jika tiada kerusi samada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, maka ibarat harimau tak bertaring. Mahathir ialah salah seorang dari panglima perang.Najib juga.Mereka ada kem mereka dan akan cuba memberi kan penyokong mereka sebahagian dari kerusi tersebut.Malaysia Chronicle

Anwar: Dakwaan ancaman Kristian adalah propaganda Umno

Pakatan Rakyat mengutuk dakwaan terbaru untuk menyemai rasa takut terhadap ancaman Kristian di negara ini, dan mendakwa ia adalah taktik Umno untuk "menakut-nakutkan" majoriti umat Melayu-Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang berkuasa di Malaysia adalah Umno yang bertanggungjawab menjaga agama, menjaga kewangan - jadi seandainya dakwaan tersebut benar, tambahnya, maka ia bermakna Umno telah gagal untuk memperkukuhkan iman umat Islam.

Sehubungan itu, tegas Anwar, dakwaan tersebut adalah tidak lain daripada usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat.

Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, Anwar menegaskan bahawa seandainya gerakan itu wujud untuk mengancam akidah umat Islam, maka terdapat tindakan undang-undang yang mencukupi yang boleh diambil.

Beliau mengulaskan surat mengenai seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Johor Sabtu ini yang bertajuk 'Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? '

NONESurat yang ditujukan kepada pengetua dan guru besar sekolah rendah
dan menengah di daerah Johor Bahru itu, memerlukan dua guru agama dari 55 sekolah di daerah untuk menghadiri seminar tersebut.

Sepertimana dakwaan memurtadkan umat Islam sebelum ini, Anwar berkata, pihak berkuasa berkenaan telah gagal untuk mengemukakan buktinya.

Tahun lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis yang dianjurkan oleh Harapan Komuniti di premis Gereja Methodist Damansara Utama ((DUMC) berdasarkan maklumat yang mendakwa berlakunya perbuatan murtad.

JAIS mendapati 12 orang Islam di kalangan hadirin di situ tetapi pihak penganjur telah menafikan sebarang dakwaan cuba memurtadkan umat Islam, dengan menegaskan bahawa ia adalah majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi kumpulan sokongan HIV.

Sebelum kontroversi itu tercetus beberapa pemimpin DAP telah dituduh berkomplot dengan pastor untuk menjadi Kristian sebagai agama rasmi negara.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, pula mengingatkan kerajaan bahawa adalah tidak wajar untuk "mempolitikkan agama".

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

MALAYSIA KINI
Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

NONEHarakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

PM cuba selindung skandal dengan bidaan baru NFC, kata PKR


KUALA LUMPUR — PKR hari ini menuduh Putrajaya cuba untuk melindungi skandal RM250 juta Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan membuat penawaran baru terhadap skandal ternakan lembu terbabit dan mempertahankan Perdana Menteri daripada bertanggungjawab terhadap skandal terbabit.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata isu utama skandal tersebut adalah Datuk Seri Najib Razak turut terlibat dalam perkara itu, apabila beliau meluluskan RM250 juta projek berkenaan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp), syarikat yang diusahakan oleh suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Ini menunjukkan kecuaian Perdana Menteri yang mana menjurus kepada kemungkinan penyalahgunaan (pinjaman) dan juga jenayah pecah amanah,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

“Perkara itu belum terjawab, dan beliau sebaliknya membuat bidaan baru ... ini menunjukkan niat beliau untuk melindungi kesalahannya memberikan kontrak tersebut kepada pihak yang tidak layak.”

Pemimpin PKR itu turut menjelaskan dua pengumuman yang dibuat kerajaan berhubung kes tersebut yang masih lagi tidak dilaksanakan :

* kerajaan tidak menjelaskan mengapa NFCorp masih lagi dibenarkan untuk menjalankan aktivitinya sedangkan Najib telah mengarahkan aset syarikat dibekukan

* kerajaan belum lagi mengumumkan butiran lengkap berkenaan audit “bebas” yang dijalankan ke atas NFCorp.

“Sehingga hari ini, skop audit, tanggungjawab juruaudit dan bila ia akan bentangkan di Parlimen masih lagi menjadi tanda tanya,” kata Rafizi.

“Saya perlu tahu apa yang dilakukan audit berkenaan supaya salah laku dapat dikenal pasti dan bukti akan dihapuskan.”

Menurutnya lagi, PKR tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan pendedahan mingguan mereka terhadap skandal NFC, yang mana akan bermula “minggu depan”.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam berkata Putrajaya akan memulakan bidaan tender untuk mengambil alih NFC daripada NFCorp yang mana Pengerusi Eksekutifnya menerima tuduhan menyalahgunakan dana RM250 juta.

Menurut beliau cadangan untuk menjemput syarikat lain meneruskan projek tersebut telah diumumkan Najib sebelum ini dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditugaskan untuk memastikan projek tersebut terus berjalan.

Nalla cari jalan lucut Anwar sebagai ketua pembangkang

Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual.

Peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

"Secara teknikalnya usul ini boleh dibawa dan kita perlu teliti dan study mengenai perkara ini terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas sidang media di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Beliau mengambil contoh dalam kes kes bekas presiden Amerika Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dalam skandal seks yang berakhir dengan pengundurannya.

nallakarupan miup 061007 nallaDalam sidang media sama, Nalla berkata, beliau tidak gentar dengan tuntutan saman yang dikemukakan oleh Anwar dan akan berpegang dengan kenyataannya yang disiarkan Utusan Malaysia, 20 Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, Nalla mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh itu merupakan seorang "biseksual."

Mengulas lanjut dalam sidang media hari ini, Nalla mendakwa Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin. dan beliau akan memastikan rakyat mengetahui "perangai sebenar Anwar."

"Walaupun dia saman sampai RM500 juta pun, saya tidak kisah. Saya mahu perbicaraan ini dimula dengan segera kerana saya mahu rakyat tahu tentang perangai sebenar Anwar.

"Kali ini kami ramai dan akan bersama-sama menjatuhkan Anwar," katanya lagi, mengulas saman fitnah yang dikemukakan Anwar semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar menuntut gantirugi am sebanyak RM100 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut hadir pada sidang media itu ialah beberapa orang individu yang mendakwa pernah berkawan rapat dengan Anwar dan kini bergabung di bawah gerakan yang dinamakan "Gerakan Anti-Anwar."

Gerakan itu antara lainnya dianggotai bekas setiausaha peribadi ketua pembangkang itu Anuar Shaari, ahli perniagaan Umi Hafilda Ali, dan juga dua orang bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Dalam pada itu, majlis tertinggi Zahid Md Arip yang turut bercakap dalam sidang media tersebut menggesa supaya Anwar tidak lagi menggunakan kenyataan ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebagai untuk menafikan dakwaan yang dihadapi.

"Saya bimbang, nanti kes saman Datuk Nalla ini nanti dia kata, selepas berbincang dengan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi saman ini tidak perlu diteruskan lagi.

"Janganlah gunakan ulama tersohor Sheikh Yusuf Al-Qaradawi," katanya sambil ketawa.

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan

MALAYSIA KINI
Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya... Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan.

"Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta.

MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara. Bernama

KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polis

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.

ali rustam and umno"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.

"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan ketua menteri Melaka diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang didakwa diperiksa polis itu atau mereka akan mengambil tindakan itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Mohd Ali perlu mengambil tindakan itu memandangkan rakyat selaku pengundi ingin tahu siapakah wakil rakyat berkenaan.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis dikatakan memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Pemeriksaan awal itu juga mendapati seramai 12 orang didapati positif dadah.

Malaysiakini sudah menghubungi ADUN terbabit tetapi masih belum mendapat reaksi.