HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 April 2013

Rungutan Marina, Harakah di komuter dan sekatan PWTC



Oleh H FANSURI

Marina Mahathir wajar berasa marah. Hatinya tentu sekali terhiris luka berikutan kelembapan BN dalam urusan menyelenggara ceramah parti yang mungkin bakal rebah dalam PRU13.

"WHY is it so difficult to find a schedule of BN ceramahs? Surely they don't expect us to drive around looking for them?" status Facebook beliau dipetik  28 April lalu.
Kenapa sulit benar mencari jadual ceramah BN kali ini? Mungkin Marina memburu jadual ceramah ayahnya Dr Mahathir Mohamad. Mungkin derita itu turut dikongsi ahli-ahli Umno lainnya.

Anehnya rungutan ke atas kurangnya susunan ceramah itu tetap wujud dalam keadaan RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan di bawah selia dan kawalan BN, manakala semua stesen TV dan akhbar harian dikongkongnya. Ahli dan penyokong Umno masih mengharapkan ceramah pemimpin mereka?

Ketika Umno saling bercakaran dan bersengketa, jauh sedikit di suatu sudut di Sg Buloh, Selangor sekumpulan aktivis PAS dari Damansara Damai bersama Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang juga Pengerusi KAMI, giat mengedarkan akhbar Harakah, sisipan Bangkit dan tabloid khas INIKALILAH! dalam komuter menuju hentian Bank Negara, Ahad lalu.

Acara itu bermula seawal jam 11 pagi. Mereka berhimpun di hentian KTM komuter Sg Buloh bersama para pengguna kenderaan awam berkenaan. Saya perhatikan sambutan orang ramai menggalakkan dan mereka menerima bahan bacaan alternatif itu dengan baik sekali.

Sekali imbas dapat disimpul rumuskan bahawa -- rakyat kini makin terbuka dengan Pakatan Rakyat dan tidak rasa cemas dan cuak ketika membaca akhbar-akhbar yang dicela BN sebagai seteru  yang paling jahat. Akhbar alternatif itu rupanya mempunyai peminat yang cukup ramai.

Pendekatan turun ke padang; mengedarkan risalah ini yang barangkali perlu dicontohi oleh BN untuk menyebabkan Marina Mahathir dapat mengetahui perjalanan jadual ceramah-ceramah BN daripada semasa ke semasa.

Mungkin sesetengah pihak (khasnya Umno BN) beranggapan, "Siapa yang mahu menolak risalah percuma?" sebagai menolak hujah berhubung penerimaan rakyat ke atas Pakatan Rakyat berdasarkan ukuran keasyikan menadah bahan bacaan ini.

Bagaimanapun, perlu dikhuatirkan oleh BNl juga bahawa hal penerimaan rakyat semakin meningkat ke atas Pakatan kerana sihir media di sepanjang masa sudah dipatahkan.

Biarpun BN cuba mengirim ketakutan ke dada rakyat ke atas bahayanya mengundi pembangkang, namun rakyat sudah tidak peduli dengan tohmah fitnah yang ditombakkan ke dada fikiran rakyat bertalu-talu. Masyarakat mendambakan akhbar atau sumber maklumat yang lebih kredibel.

Bayangkan, ketika Marina Mahathir mengeluh kerana sulit menemui jadual ceramah BN, dan dalam masa sama, BN masih menguasai media-media awam itu, ketika yang sama juga, rakyat boleh menerima bahan-bahan bercetak tajaan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) ini.

Sebenarnya, ada satu lagi insiden di hari  sama selepas kami mengedarkan Harakah, Bangkit dan INIKALILAH!  Sebelah petangnya, jam 5.15, Ahmad Lutfi bersama Subky Abd Latif dan Dr Muhaimin Sulam menjadi ahli penal membicarakan buku masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Pesta Buku Antarabangsa yang bermula Jumaat lalu.

"Ana disekat," katanya kepada saya dengan wajah sugul ketika tiba di pejabat Harakah sekitar hampir jam 6 petang. "Walhal ana baru jawab tiga soalan saja. Itupun berkaitan judul buku, Pencuri Pilih Anjing, dan isu-isu kebebasan akhbar di Malaysia."

Sekatan Umno-BN ke atas idea-idea yang menggugat mereka, termasuk melalui bahan bacaan bukan baharu. The Malaysian Maverick (Barry Wain) pernah ditahan KDN apabila buat pertama kalinya tiba di Pelabuhan Kelang, Disember, 2009.

Lalu, peristiwa itu menuai polemik mengenainya buat seketika. Akhirnya, api kekecohan itu dipadamkan apabila pihak KDN bersetuju agar buku itu diedarkan pada April 2010 di pasaran secara terbuka.

Jelasnya, buku dan suara yang disekat akan semakin diminati. The Malaysian Maverick kemudiannya menjadi salah sebuah buku terlaris di Malaysia. Pengarangnya, Barry Wain berkata kurang lebih 12,500 unit buku itu telah siap terjual di belahan benua Asia and Australia.

Dan petang itu, selepas membuat daya renung ke atas keluh ratap Marina Mahathir, lalu terlihat pula catatan Facebook Ahmad Lutfi Othman tentang sekatan bedah buku di PWTC.

Hati ini berdesis, "Marina Mahathir mengeluh mengenai kesulitan mencari jadual ceramah kempen politik BN, tapi apabila kita merakyatkan suara daripada pagi ke petang, maka justeru kita dihalang."

Kalau BN 'malas' merakyatkan ceramahnya, maka janganlah dihalang pula suara musuhnya! Voltaire seorang tokoh pemikir revolusi politik pernah berkata, "Saya tidak setuju dengan anda, tapi hak anda bersuara tetap terpelihara."

GST dilaksana sebaik BN menang PRU13?

Oleh H FANSURI



Petang itu hujan bercampur lebat. Bandar Baru Bangi itu berwajah sugul diiringi kilat petir yang bertalu-talu datang. Hal itu tidak mematahkan semangat kami memburu analisis terkini Prof Madya Dato' Dr Mohamad Agus Yusof.

Beliau datang walau dihambat kedinginan. Di sebuah restoran biasa, kami berteduh bagi mengikuti kupasannya.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak kupasannya, beliau kerap menekankan kepentingan media dalam usaha menyedarkan rakyat berhubung dasar dan pelaksanaan GST apabila BN ditakdirkan menang nanti.

"Najib Razak misalnya, tidak pun meletakkan hal GST dalam manifesto BN,” katanya. “Jadi, rakyat mesti diingat kembali mengenai keburukan hal ini jika BN dibenarkan memerintah semula.”

Memang agak sulit jika mahu membangunkan kesedaran mengenai keburukan GST. Di sini, terlihat bagai adanya kekesalan kerana kebanyakan isu besar kerap terlepas pandang menjelang musim pilihan raya.

Bualan tentang hal politik ini berpindah ke rumahnya pula.  Ahmad Lutfi Othman dilihat akrab dengan Dr Agus, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal. Sesekali, disentuh hal politik Anwar Ibrahim ketika menyentuh isu-isu lain pula.

Bagaimanapun, kata Dr Agus, Ketua Umum KeADILan itu telah pun sarat fikirannya dengan pelbagai isu lain.

“Kasihan pula kepada Anwar,” katanya. “Banyak sangat benda yang nak diserahkan kepadanya."

Bualan santai petang yang mewah dengan kedinginan hujan itu turut menyentuh hal-hal kemenangan Pakatan Rakyat dan pengisian selepas kemenangan (jika menang). Isu-isu ini panjang pula bahasannya.

Dan, yang dikesalkan, hal seperti GST ini dilupakan rakyat sedangkan menurut penganalisis politik itu, hal inilah yang paling utama disebut-sebutkan ketika menjelang PRU13.

GST dikena terhadap semua barang dan perkhidmatan bercukai yang dikeluarkan termasuklah barangan yang diimport. Bebanan seperti ini akan menambah berat kos saraan hidup rakyat. Adakah pelaksanaan GST ini bertepatan dengan semangat perniagaan kaum Muslimin?

Kalau ditinjau sejarahnya, yang wujud selama ini adalah pasar di mana urus niaganya bertepatan dengan semangat sunah Nabi s.a.w dan menepati amalan perniagaan masyarakat Islam di Madinah.

Pasar dalam sunah Rasulullah s.a.w, disyaratkan memenuhi empat hal berikut - iaitu ia tidak dimiliki oleh sesiapa, tiada sewa dikenakan ke atas peniaga, tiada cukai dan tiada penyelewengan. 

Sabda Nabi s.a.w, “Pasar mesti mengikut sunah seperti masjid iaitu sesiapa yang dapat tempat dahulu di pasar maka dia memiliki hak ke atasnya sehingga mereka tinggalkan pasar dan pulang setelah selesaikan dagangannya pada hari itu”.

Kedudukan yang sama antara pasar dan masjid adalah kebebasan bagi memilih tapak.  Jika di masjid ada orang yang yang datang awal, maka beliau akan mendapat tempat terbaik di masjid itu.

Tiada orang yang boleh tempah ruang dan menguasai ruang perniagaan. Hal ini sama seperti keadaan di masjid, iaitu tiada sesiapa yang boleh tempah saf istimewa di masjid. Ya, pasar tidak dimiliki sesiapa pun.

Juga tiada bayaran dikenakan. Ia sama keadaannya seperti – kita tidak perlu membayar untuk bersolat di masjid. Bayaran di sekitar pasar biasanya dikenakan bagi tujuan menyimpan barangan.

Paling penting untuk dibahaskan di sini adalah di dalam pasaran amalan sunah, tiadanya percukaian. Hal ini menepati hadis rasul – ”Ini pasarmu, jangan dibenarkan apa juga bentuk cukai dikenakan ke atasnya”.

Asas ini akan menjamin peluang yang sama terhadap semua peniaga. Dan hal perniagaan tidak dikaitkan dengan sesuatu kaum, tiada ketua atau puak istimewa dalam pasar.  Ringkasnya, pasar bebas ini terbuka kepada semua. Maka, inilah ruang yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat – pasaran bebas ala sunah.

Lalu, ibu kejahatan yang merosakkan ekonomi negara kini adalah GST. Ia bersalahan dengan sunah nabi, di mana jelas wujud peraturan yang menolak jenis percukaian yang dikenakan ke atas kaum peniaga ini.

Apabila cukai GST diperkenalkan, maka kos meningkat, dan ia mendera peniaga dan sekali gus menindas kaum pengguna secara tidak langsung. Isu ini agak berat. Adakah GST telah dilupakan Pakatan Rakyat?

Pulang daripada rumah Dr Agus, perkara yang sekecil ini berlegar-legar dan bermain-main di fikiran. Kita tidak cuma perlukan kerajaan yang kuat, tapi juga memerlukan pembangkang yang lantang menentang.

80% calon BN Kedah bermasalah



Oleh AZAMIN AMIN

Telahan pemerhati politik  hampir tepat. Setelah Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan watikah calon kepada pemimpin negeri, BN Kedah sekali lagi gagal menampilkan 'winnable candidate'.

Kitar semula, menjaga hati dan mencantas antara satu sama lain adalah kaedah tipikal yang dibuat untuk menyenaraikan calon untuk bertanding bukan atas dasar untuk membela nasib rakyat dan memajukan negeri.

Rata-rata pengundi di sini menyatakan 80 peratus daripada muka yang dicalonkan BN Kedah, mempunyai senarai rekod bermasalah seperti salahguna kuasa, penyelewengan dan isu moral peribadi.

Menurut sumber, berlaku pertikaman lidah para pemimpin Umno dengan Pengerusi BN Kedah, Dato' Ahmad Bashah dalam satu mesyuarat tertutup sehingga lewat malam yang mana calon yang dimuktamad Najib, masih diragui malah jauh sekali menepati kelayakan sebagai 'calon boleh menang.'

Bermula dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahadzir Khalid yang meninggalkan jejak hitamnya selama memerintah dua tahun di Kedah. Hutang kerajaan negeri yang tertunggak sehinggalah wang rakyat yang hilang lesap entah ke mana. Antaranya Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang terbengkalai biarpun RM10 juta telah dikeluarkan bagi tujuan pembinaan.

Bagi mengelak kes-kes 'hitam' yang ditinggalkan, beliau dikatakan sangat bersyukur dicalonkan ke Parlimen, setidak-tidaknya, kisah lampaunya senyap dengan sendiri dan mereka yang diangkat sebagai Menteri Besar nanti yang perlu mencucinya.

Amat mengejutkan veteran Umno ialah Dato' Tajul Urus Md Zain yang didakwa terpalit dengan skandal kehilangan duit balak dianggarkan RM3 juta di lebuhraya TEKIH, isu pembakaran 'site offic', masalah projek 99East terpilih bertanding di Dun Tanjung Dawai.

Seorang lagi calon bermasalah ialah Dato' Ahmad Lebai Sudin yang menjadi Ketua Umno Bahagian Pokok Sena selepas rayuannya terhadap penggantungan keanggotaannya selama dua tahun bermula 17 Dis 2008 ditarik balik oleh Lembaga Disiplin Umno.

Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Ahmad selama dua tahun bermula 17 Dis 2008 setelah didapati bersalah melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihan raya Umum ke-12.

Ramai pemimpin BN Kedah tidak mahu Ahmad dicalonkan semula, tetapi Dato' Shahlan Ismail yang melawan Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, menggunakan 'kuasa' sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri untuk menaikkan namanya semula.

Calon-calon yang ditolak rakyat dalam PRU12 lalu seperti Dato' Azeez Rahim, Dato' Aziz Sheikh Fadzir dan Dato' Osman Aziz adalah calon kitar semula.

Menambahkan lagi senarai rekod ialah kisah moral pemimpin berhubung skandal hubungan sulit yang dikaitkan dengan seorang pemimpin Umno yang dicalonkan masih belum terjawab sehingga kini biarpun ianya sudah tersebar ke seluruh negara.

Menurut sumber, dua pemimpin Umno yang dicalonkan juga turut terpalit dengan isu dikaitkan dengan kumpulan ceti haram malah bekas isteri salah seorang daripada mereka telah mengedarkan surat rayuan kepada pengundi untuk menolak bekas suaminya itu yang pernah mengabaikan keluarga dan terlibat dengan pelbagai kegiatan kumpulan kongsi gelap.

Terbaru, seorang pemimpin Umno yang bertanding di Parlimen dilihat menginap di hotel ketika berkempen, sedangkan beliau merupakan anak tempatan yang mempunyai rumah keluarga di negeri ini.

Ia mendapat cemuhan ramai dengan sikap sombong dan egois beliau yang hidup dalam keadaan serba mewah biarpun ketika turun padang cuba mendekati pengundi.

Selain itu, pencalonan Ahmad Bashah di Bakar Bata turut mendapat bantahan pemimpin Umno khususnya para veteran kerana sudah lima penggal beliau bertanding di situ.

Mengikut rekod, terdapat 'MOU Bakar Bata' atau tradisinya di kalangan pemimpin Umno Kedah yang menghadkan hanya untuk dua penggal bertanding di kawasan terbabit, malangnya Ahmad Bashah yang ghairah untuk menjadi Menteri Besar Kedah telah mengingkarinya.

Selain iitu kesanggupan BN Kedah mengekalkan Dato' Abu Hasan Sarif di Kota Siputeh yang pernah digantung daripada sidang DUN kerana ponteng dan pemilihan Dato' Ali Yahaya di DUN Pantai Merdeka yang cukup kontroversi sebagai Ketua Bahagian Umno Sungai Petani, bakal mengundang padah.

Tidak cukup dengan itu, menyenaraikan Dato' Johari Baharom sebagao calon di Parlimen Kubang Pasu tidak dapat diterima ramai khususnya daripada kem Dato' Mukhriz Mahathir, kerana pernah 'mensabotaj' pemilihan parti selain pernah disiasat SPRM atas tuduahn menerima rasuah RM5.5 juta kerana melepaskan tiga orang penjenayah di bawah Ordinan Dharurat.

Seorang Kolumnis media pernah menulis, berdasarkan maklumat yang diterima  keseluruhan 15 bahagian Umno di Kedah, 10 daripadanya bermasalah.

"Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri," kata pemimpin Umno kepada penulis itu.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan sudah kalah sebaik nama diumumkan, tulis kolumnis terbabit.

Natijahnya terkini, dua daripada mereka berpaling tadah nebjadi calon bebas iaitu Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusoff dan Ustaz Fadzil Hanafi yang masing-masing mempunyai penyokong dan pengaruh yang ramai.

Penganalisis dan penduduk setempat melihat BN Kedah sudah gagal dalam pusingan pertama, apabila 'berani' mengemukakan calon-calon yang bermasalah sekaligus menkafankan BN pada PRU13 ini.

Isnin, 29 April 2013

PECAH BERITA! Video serangan lucah macai terhadap ceramah PR di Johor!


Akibat terlalu goyah UMNO JOHOR mengekalkan kuasa, Najib Razak selaku president UMNO mengelak untuk berbahas hujah maka beliau menghantar beberapa ekor macai untuk melucah di pogram-pogram ceramah Pakatan Rakyat. Umum ketahui ceramah Pakatan Rakyat biasa menghimpunkan tidak kurang 3-5 ribu sekali ceramah.

Ketika UMNO BN membuat ceramah mereka begitu hampa kerana tidak dapat menghimpun lebih 30 orang , maka mereka beranggapan jika melucah di ceramah sendiri tidak akan sesiapa mendengarnya kerana 30 orang itu hanyalah petugas mereka sendiri sahaja. Oleh itu alternatif para macai kini ialah melucah di ceramah orang lain. Terbaik cara macai ini.

Saksikan video mereka melucah di tempat awam dan di ceramah Pakatan Rakyat. Amat mulia sekali macai UMNO BN.

LIHAT VIDEO DI SINI
Bontot... Bontot.. Bontot.. UMNO dan Bontot tidak dapat di pisahkan. Mungkin terlampau banyak membaca blog Papagomo AlJuburi. kah3 Selain Bangla dan Nepal duduk dalam UMNO yang ada lagi dalam UMNO hanyalah Najib Razak dan Muhyiddin sahaja -AFEP
PRs :

#TumbangBN #No2BN

Gangguan ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru ... anda lihat, anda dengar kemudian anda nilaikanlah sendiri ....

P/S : Inilah budaya MUBN ... sesungguhnya mereka amatlah TERDESAK ... tak pe sebarkan seluas-luasnya agar orang ramai boleh menilainya sendiri 

Video Seks di Ceramah Kempen PRU13. Bahan Kempen Terbaru Untuk Tatapan Rakyat Malaysia!

Staff Berita Semasa
 
Video-Lucah-Terengganu

Pilihanraya Umum 2013 ini ibarat peperiksaan dikalangan calonnya. Masing-masing perlukan persediaan yang rapi utnuk mendapat keputusan yang baik daripada penilai melalui IzinNya. Persediaan perlu dibuat daripada awal supaya tidak kelam-kabut menjelang hari peperiksaan.

Itu sebablah, jika kita lihat kalangan calon peperiksaan yang membuat persediaan last minute macam-macam cara jahat yang ingin dilakukan untuk mendapat keputusan yang baik melalui “usaha yang sedikit” dengan cara meniru. Cara jahatlah kan? Macam-macam tekniklah yang ingin digunakan…..

Jikalau di dalam pentas pilihanraya siapa penilainya? Penilainya adalah anda-anda semua yang merupakan pengundi yang sah di Malaysia. Walaubagaimanapun Berita Semasa cukup-cukup kecewa sampai begini sekali tahap kempen yang digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Mereka sedar atau tidak, apa yang mereka lakukan ini? Mengapa mengambil tindakan terkutuk sebegini rupa?
  • Malaysia dikatakan mahu menuju ke arah negara maju bukan?
  • Tetapi hakikatnya selama berbelas tahun lamanya sejak 1999, masa rakyat Malaysia banyak dihabiskan dengan videlo lucah, kisah liwat dan macam-macam lagi yang menjijikkan dalam politik Malaysia”

Videp Penayangan Video Lucah Di Ceramah kempen PRU13 di Terengganu?

Apa respon balas pihak polis terhadap insiden yang menjijikkan ini menjelang pilihanraya Umum ke 13 ini.

Video Mustafa Ali Terengganu

Sama-sama kita nantikan dan terus nantikan, apakah tindakan drastik daripada pihak polis selepas ini…..
Kami berharap perhatian serius yang pihak polis berikan akan ditukarkan dengan tindakan. Kami berharap sangat. Ini kerana pernah berlaku sebelum ini, bukan tidak pernah contohnya :
  • Adakah penayangan video lucah kepada umum oleh pasukan Datuk T menerima tindakan yang sewajarnya?
  • Adakah PapaGomo juga kini dalam buruan polis secara besar-besaran kerana menyebarkan video lucah untuk lambakan siri sebelum-sebelum ini di laman blog beliau?
  • Adakah TV3 pernah disiasat dek kerana tindakan mereka menyangkan video lucah di laporan berita mereka sebelum ini?
  • Pernahkah? Adakah? Seriuskah?
Walaubagaimanapun, harapan terus diberikan….

Nasihat Dr Asri Kepada Penyokong Politik Lucah?

LIHAT VIDEO DI SINI

“True or not, it’s still ILLEGAL to show porn in public”
Harapan kami mahu melihat siri kempen yang sihat antara parti-parti politik yang bertanding. masing-masing membentangkan agenda dan pelan perancangan ekonomi dan kesejahteraan negara kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukannya contoh siri kempen yang tidak sihat sebegini rupa…

Kenapa PAS Berkawan Dengan DAP Tolak Umno?


KELAB GREENBOC

Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno.

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno.

Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? (malah UMNO pernah berbunuhan sesama sendiri rebut jawatan.. Kes Mokhtar Hashim & Dato Taha adalah buktinya - GB)

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.

7 juta hektar sahaja.

Ini angkara siapa.

? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC.

PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat ....

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

BN Bakal Tumbang? Majlis Profesor Negara Mesyuarat Tergempar


KELAB GREENBOC
 
Kuala Lumpur: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi. -HD



Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!


Saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada apabila menonton TV, bukan terhad hanya kepada slot berita tetapi juga rancangan bualbicara selepasnya, diselangi iklan-iklan politik tidak berbayar. Saya juga terpaksa berusaha menenangkan diri sendiri ketika menatap akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun menyedari degup jantung tambah kencang berdepan siri "pembelasahan" media, saya gagahi juga. Selepas tujuh hari berkempen, saya belum sempat turun mendengar ceramah, merasai situasi sebenar di lapangan. Selain laporan internet -- melalui portal berita, blog dan juga Facebook -- saya terpaksa melanggan akhbar-akhbar utama dan memasang telinga mendengar (bukan menonton) Buletin Utama TV3, bagi mengetahui pendekatan kempen BN yang tidak beretika itu.

Untuk mempertahankan survival BN yang terancam, peneraju media menjadi tidak rasional lagi. Proses "pembodohan" umat berlangsung secara besar-besaran. Berduyun-duyun sang profesor (termasuk dari disiplin sains politik) membentangkan sudut pandangan, sedangkan yang diluahkan tidak lebih daripada pengulas bertaraf jurucakap parti.

Apabila saya singgung isu-isu yang dimainkan media di bawah kawalan mutlak Umno-BN itu dalam FB, segera reaksi rakan-rakan yang mengaku mereka sudah lama tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3.

"Aku juga dah tak baca The Star, yang cuba berlagak bebas tapi semasa kempen PRU13 bertukar tukang propaganda murahan," ujar kawan lama dari Alor Setar. "Buang masa, membazir duit hang beli Utusan atau Berita Harian, juga menonton berita TV3," tambahnya meminta saya menjaga kesihatan dengan tidak memudaratkan diri menatap media talibarut Umno itu!

Sukar untuk memastikan sama ada media konvensional yang terjajah ini masih mempunyai pengaruh besar, namun saya yakin kewibawaan dan integritinya menjunam teruk.

"Lutfi, tak payah susah hatilah dengan pemberitaan songsang mereka, hanya satu jalan untuk mengubah keadaan, rehatkan saja BN. Buang masa saja kau bersama KAMI timbulkan isu akses media semasa kempen ini, tumpukan saja hari-hari terakhir ini untuk Harakah jelaskan kekeliruan yang dicetuskan media Umno dan fokuskan tawaran Pakatan," tegur seorang bekas editor kanan.

Menginsafi rangkaian Harakah masih terbatas, saya dan rakan-rakan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bertindak melancarkan promosi di beberapa lokasi, di seluruh negara, sambil mengedarkan sisipan Bangkit secara percuma.

Khamis lalu, semasa saya melakukan tinjauan singkat ke Bukit Gantang dan Kuala Kangsar -- dua kerusi Parlimen yang ditandingi PAS -- saya menitipkan sejumlah T-shirt khas buat wartawan sambilan Harakah di Perak, Muhd Faeez Azahar.

"Sambil edar Bangkit dan tabloid Inikalilah, jangan lupa berkempen untuk Harakah, terutama di kawasan strategik dekat Ipoh ini," ingatan saya kepada Faeez, anak muda yang berkampung di Pejabat Perhubungan Negeri sepanjang kempen PRU13.

Alhamdulillah, berkat sumbangan pembaca Harakah untuk dana projek penerbitan kempen PRU13 KAMI, hampir 200,000 naskhah Bangkit berjaya diedarkan ke lokasi tertentu. Mungkin ia tidak mampu menyaingi edaran percuma edisi petang Berita Harian dan Utusan Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya menawarkan sumber maklumat alternatif.

Di sebelah tengahari 25 April itu, saya ditemani wartawan senior, Johari Jaafar, bertemu Ustaz Idris Ahmad, di pejabat Pusat Khidmat (bekas) Ahli Parlimen Bukit Gantang, dekat Changkat Jering. Rakan sepejabat, Khairul Hartimi Tajudin memandu dari Kuala Lumpur, memudahkan urusan saya.

Idris yang juga penasihat editorial Harakah menyambut kami. Agak keletihan, tetapi tetap menyerlahkan keyakinannya. Saya tidak banyak bertanya peluangnya untuk mengekalkan kemenangan Nizar Jamaluddin -- dan sebelumnya Allahyarham Roslan Shahrom -- tetapi cuba merisik pandangan AJK PAS Pusat ini terhadap potensi Pakatan Rakyat untuk "membebaskan" Putrajaya.

Selama ini, termasuk ketika bermesyuarat setiap Selasa dan JUmaaat di Harakah, Idris seperti juga saya, cukup berhati-hati dengan peluang ke Putrajaya. Kami berkongsi kerisauan tentang sikap pengundi Melayu, terutama di kampung-kampung, dalam usia melebihi 40 tahun, yang dilihat masih terpengaruh dengan dakyah perkauman Umno.

"Ustaz, rata-rata ana pergi, ramai bercakap Pakatan boleh menang, malah ada sahabat menggesa ana membuat persiapan operasi Harakah selepas 5 Mei nanti, apa jadi Harakah selepas kita menang?" saya mengintai ulasan Idris.

Dia tersenyum lebar. "Ana pun rasa begitu," katanya tanpa teragak-agak. Segera saya teringat beberapa hari sebelum itu, Dr Mohamad Agus Yusoff semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama.

Seorang lelaki melewati usia 60 tahun yang bersama kami dari awal segera bangun, bersalam erat dengan Idris, tanda puas dengan reaksinya. Kami sama-sama ketawa.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," maklum saya kepada Idris. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama."

"Apa pun kita jangan leka, usah pandang rendah jentera kempen BN terutama melalui media dan agensi kerajaan sejak lama dulu," kata Idris, sambil merujuk sikap penyokong tegar Umno yang ditemuinya sepanjang kempen. "Ada yang langsung tak makan dengan hujah, kita hanya harapkan perubahan anak-anak mereka, yang lebih terdedah dan terbuka," tambahnya.

"Apa yang menarik minat pengundi, Ustaz?" tanya saya. "Tawaran kita, seperti hapuskan tol dan PTPN, rendahkan harga kereta, mekanisme turun kos sara hidup. Ana tak letak banyak tawaran kita, tumpu yang utama saja," katanya sambil menunjukkan booklet pengenalan dirinya. "Harakah patut jelaskan lebih terperinci dengan sokongan fakta meyakinkan," ujar Idris.

Sebelum kami beredar, Idris memperkenalkan wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang menunggu di luar. Zulaikha dari Kuala Lumpur turun ke Perak membuat liputan di "kerusi panas" seperti Kuala Kangsar, Lumut, Larut, Sungai Siput dan Bukit Gantang sendiri.

Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak.

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.

Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah.

Anwar: Mana siasatan SPR kes peti undi dilencong?

Oleh Aedi Asri

PETALING JAYA : Pakatan Rakyat sekali lagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak terhadap bukti yang dikemukakan berhubung pemindahan peti undi meragukan di Kajang.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SPR perlu berhenti berdolak dalih, memandangkan pilihan raya sudah semakin hampir.

“Banyak bukti dikemukakan dan kita mendesak sekali lagi SPR (untuk) betulkan (perkara ini). Jangan biarkan keraguan dan kecurigaan bertambah, dan jangan izinkan penipuan berlaku.

“SPR harus jawab, jangan dolak dalih kerana pilihan raya sudah dekat, dan jangan anggap (rakyat) merestui penipuan seperti ini, kerana angka (dan bukti) telah dikemukakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN pagi tadi.

Pada 25 April lalu, KEADILAN mendedahkan, kenderaan SPR didapati memindahkan peti undi ke sebuah premis meragukan di Jalan SC2, Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang.

Undi 2

Pada sidang media itu juga, Anwar turut menunjukkan gambar peti undi dibalut polister dan dicop logo SPR yang dipindahkan menggunakan kenderaan Pajero.

Ketika itu juga, beliau turut mengemukakan analisis KEADILAN menunjukkan 28,593 pengundi dalam daftar pemilih adalah warganegara Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh, serta 42 nama dari negara tersebut yang menjadi pengundi pos polis dan angkatan tentera.

Memetik Bernama 25 April lalu, SPR mendakwa proses penghantaran peti undi adalah perkara biasa, serta daftar pengundi adalah muktamad dan Anwar tiada hak mempersoalkan kewarganegaraan mana-mana pihak.

Ketika ditanya wartawan, Anwar menyifatkan jawapan SPR sebagai lemah, dan gagal menjawab persoalan khusus yang dikemukakan.

“Mereka tidak beri maklum balas jelas, serta (respon) kepada soalan spesifik tentang daftar pemilih…(Walaupun) kita beri bukti jelas,” kata Anwar lagi.

“Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini jadi tempat simpanan rasmi SPR, sepertimana yang disebut SPR,” katanya sambil menunjukkan gambar-gambar premis itu.

Menurut Anwar, dokumen seperti sampul No. 9P, Bahagian Pilihan Raya Negeri dengan cop rasmi SPR juga ditemui di kawasan itu.

“Jadi bgaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR,” katanya.

Berhubung 42 pengundi pos warga asing, beliau berkata, tidak ada warga asing yang menjadi anggota keselamatan.

“Saudara tahu tidak ada orang Bangladesh jadi anggota tentera atau polis…(Kes ini) mesti dijawab,” katanya.

Ketika ditanya adakah laporan akan dibuat kepada SPR, Anwar berkata: “Itu tangungjawab SPR (untuk bertindak). Nak lapor apa lagi. Dia nak ambil, ambillah (bukti) dokumen ini semua. Saya hanya perlu berkempen”.

Kempen politik guna video lucah tindakan jenayah – Musa Hassan

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Musa

Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.

Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.

Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.

“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.

Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.

“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.

Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.

“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa.

Penyokong Pakatan diingat jangan layan provokasi lawan

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA : Penyokong Pakatan Rakyat diingatkan agar sentiasa bertenang dan tidak termakan dengan provokasi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat melihat secara serius perkembangan beberapa insiden keganasan yang berlaku sejak kempen bermula selepas penamaan calon pada 20 April lalu.

“Justeru itu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengeluarkan arahan kepada semua pendokong Pakatan agar bertenang dan bertindak matang, jangan mudah termakan provokasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pelaku terlibat.

“Kita cuba mengawal situasi di setiap ceramah agar tiada provokasi. Setakat ini semua perjalanan kempen berjalan lancar kecuali di satu dua tempat,” katanya.

tukang-kempen

“Kejadian terburuk berlaku di Senai, Johor apabila seorang petugas DAP dipukul dua lelaki dan cuba ditikam semasa hari kedua kempen,” jelas Anthony.
Tambahnya, sikap tenang penyokong Pakatan amat penting bagi mengelakkan situasi tegang.

“Tempoh enam hari terakhir ini, BN akan semakin terdesak, dan kita harap tiada ketegangan berlaku,” katanya.

Turut hadir sidang media, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.