HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Jun 2013

(Isu Turun Harga Kereta) Utusan Malaysia Ditemplak Menipu oleh Volkswagen Malaysia, Peugeot, Proton, Perodua & Honda?

Staff Berita Semasa
Utusan Malaysia Harga Kereta

Isu Turun Harga Kereta : Kalau nak baca akhbar yang sarat sarat dnegan cerita yang menghairahkan samada benar atau diada-adakan cerita, baca Harian Metro. Jikalau berminat akhbar yang semakin hari semakin baik olahan dan nukilan beritanya serta sedaya upaya untuk seimbangkan penyampaian berita antara kedua-dua belah pihak, bacalah Sinar Harian.

Manakala jikalau anda teringin benar ingin mengetahui “rahsia” bagaimana sebuah akhbar yang terkenal dengan rekod dan sejarah boleh “tumbang” dalam kes saman fitnah, bacalah Utusan Malaysia. Adakah akan tahu apa sebabnya, kerana yang terbaru……

Sebelum itu, kadang-kadang kami tercari-cari sumber kewangan yang sebegitu banyak dikumpulkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sehingga mampu & sanggup membayar saman fitnah yang bernilai puluhan dan ratusan ribu ringgit selama ini asalkan aspirasi & modus operandi mereka tercapai.

Dan sekali lagi, Utusan Malaysia dilihat tidak pernah serik dan belajar daripada kesilapan sebelum ini. Biarlah paparan gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya…..

Harga Kereta Volkswagen Golf Turun : Fakta @ Auta?

Harga Kereta Volkswagen Golf
Harga Volkswagen Golf Turun
Volkswagen Malaysia Facebook

Harga Peugeot 308 Turun : Fakta @ Auta?

Harga Peugeot 308 Turun

Dan bagi Berita Semasa, tidak perlulah Utusan Malaysia menjawabnya. Ramai sudah faham benar modus operandinya. Bagi kami adalah penting menteri yang bertanggungjawab menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat melihatkan isu ini….

Bola tanggung sudah dilambung kepada pihak-pihak sibuk benar mencanang sebahagian harga kereta Volkswagen, Honda, Peugeot, Proton & Perodua Malaysia telah mulai turun. Sama-sama kita nantikan bagaimana cara bola tersebut disambut oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab?

Harga Kereta Proton Turun : Fakta @ Auta?

Harga Proton Turun

Jikalau beginilah caranya permainan turun harga kereta, Berita Semasa hanya mampu geleng kepala melihatnya…

P/S : Berita Semasa sentiasa menyokong usaha-usaha positif yang cuba dilakukan bagi mengurangkan beban kos pemilikan kereta oleh kalangan rakyat Malaysia walaupun kecil impak pada masa sekarang sekurang-kurangnya berusaha untuk melakukan permulaan ke arah yang lebih baik. Nah itu, sebablah Berita Semasa berkongsi berita harga kereta turun yang dilaporkan Utusan Malaysia (DI SINI).
Jikalau mahu turun sedikit demi sedikit pun tiada masalah, asalkan jangan munafik.
PP/S : Itu sebablah Utusan Malaysia jangan mahu melatah, jikalau anda tidak dibenarkan lagi masuk buat liputan berita.

PPP/S : Harga tidak turun berdasarkan dasar kerajaan, jangan kata turun. Apa respon balas anda melihat isu harga kereta turun ketika ini?

Pemimpin DAP alu-alukan tindakan undang-undang Richard Riot

Oleh Amin Iskandar dan Trinna Leong

Ugutan saman Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot terhadap ahli-ahli Parlimen DAP berhubung dengan dakwaan mengenai ijazah palsu disambut dengan sinis.

Riot, yang juga anggota Parlimen Serian, dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu, terhadap tiga anggota Parlimen daripada DAP iaitu Dr. Ong Kian Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) kerana membuat dakwaan itu yang mencemarkan imejnya, di luar parlimen.

“Saya alu-alukannya. Dan saya percaya semuanya akan didedahkan kepada umum,” kata Ong ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Sebelum ini ketiga-tiga ahli Parlimen DAP itu mendedahkan, Riot mendapatkan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadibiran Perniagaan dari Preston University (Amerika Syarikat).

Menurut pemimpin-pemimpin DAP itu, universiti-universiti tersebut merupakan institut pengajian palsu.

Bagaimanapun, Riot berkata beliau berada di Kementerian Sumber Manusia kerana ijazah pertamanya yang diperoleh dalam Sumber Manusia adalah dari University of Hertfordshire, United Kingdom manakala ijazah Sarjananya juga dalam bidang yang sama.

Sementara Zairil pula mempersoalkan mengapa Riot berdiam diri selama ini kerana pendedahan ini telah dilakukan semenjak sebelum pilihan raya umum ke 13 lagi.

“Kita tunggu ajalah. Dia masih belum jawab persoalan mengenai ijazah yang dipaparkan oleh laman web kementerian sendiri,” kata Zairil kepada The Malaysian Insider.

"Kenapa semenjak beberapa tahun dahulu semasa beliau (Riot) masih lagi timbalan menteri luar, laman web kementerian menyiarkan maklumat itu?" soal Zairil sambil mengatakan  laman sesawang Wisma Putra menyiarkan maklumat palsu.

Riot turut berkata, berkata beliau layak dilantik sebagai menteri persekutuan, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ekoran gesaan pembangkang beliau seharusnya diminta meletak jawatan kerana didakwa memiliki ijazah universiti palsu.

Riot, yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata tuduhan pembangkang itu tidak sepatutnya dibuat tambahan pula mereka mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan perdana menteri dalam melantik beliau sebagai menteri dalam Kabinet baharu beliau.

"Sebagai perdana menteri, beliau (Najib) menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada saya layak menjadi menteri, dan ini termasuk kelayakan akademik saya, dengan memberi tanggungjawab kepada saya portfolio sumber manusia, sebuah kementerian yang sangat mencabar dengan 13 agensi di bawahnya," katanya dipetik dari Bernama

TPPA : Harga Ubat Bakal Naik, Syarikat Asing Cengkam Malaysia


TPPA Poster Portrait


KUALA LUMPUR  : Walaupun ia belum lagi mendapat perhatian umum, isu TPPA atau Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia seperti isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

Menurut pakar undang-undang perubatan di dalam sebuah forum baru-baru ini, apabila TPPA dikuatkuasa, ia boleh menyebabkan harga ubat-ubatan naik, kerana ubat yang tidak berjenama akan lambat dihasilkan.

Manakala seorang lagi pakar ekonomi mendakwa TPPA boleh memberi hak kepada syarikat asing untuk mendakwa Kerajaan Malaysia untuk menuntut kerugian, walaupun kerajaan bertindak untuk kepentingan rakyat Malaysia.

Paka-pakar tersebut berkata demikian dalam Forum bertajuk ‘Adakah TPPA Bentuk Penjajahan Moden Amerika’, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini baru-baru ini.
Perkara tersebut dilaporkan penyelaras Blindspot Anas Alam Faizli, seorang penganjur forum tersebut di dalam satu kenyataan media di sini.

Panelis Fifa Rahman, Pakar Undang Undang Kesihatan, berkata kenaikan harga ubat-ubatan di bawah TPPA adalah kerana pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama.

Sebagai contoh ubat berjenama untuk kanser dijual pada harga yang mahal RM 9,600 ke RM 10,000.
Akan tetapi TPPA akan menyebabkan ubatan generic (tidak punyai jenama) yang lebih murah sukar untuk dihasilkan.

Pakar Ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakob pula berkata sistem penyelesaikan pertikaian antara pelabur dan kerajaan (ISDS) di dalam TPPA dikhuatiri menyebelahi pelabur semata-mata di dalam kes mahkamah.
Sebagai contoh Dr Rosli berkata Amerika Syarikat dan Peru telah menandatangani sebuah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mengandungi ISDS.

Di dalam satu pertikaian antara syarikat US dan kerajaan Peru, syarikat itu telah menyaman kerajaan Peru sebanyak USD 4.2 billion walaupun syarikat itu yang jelas telah mencemar sungai dengan racun kimia yang membunuh rakyat Peru terutama kanak-kanak.

“Malah syarikat saperti LYNAS juga boleh menyaman kerajaan Malaysia jika agensi alam sekitar menyekat operasi mereka dengan penguatkuasaan peraturan alam sekitar.

“Ini bermakna undang-undang bagi keselamatan dan kesihatan awam akan jatuh sekunder pada perjanjian tersebut,” kata Dr Rosli.

Menurut Anas, rundingan TPPA akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 – 22 Julai dan perjanjian itu dijangka ditandatangani pada Oktober 2013.

Forum itu dianjurkan Blindspot bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Ikram dan beberapa NGO lain turut membariskan Pakar Perdagangan, Universiti Malaya, Prof Dr. Nazari Ismail.

Pendaftaran pelajar ke IPGM mendukacitakan

Bapa Guru, Pulau Pinang.,


Minggu ini bermula daripada 24hb Jun 2013 adalah minggu pendaftaran pelajar-pelajar baru lepasan SPM 2012 ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Apa yang menyedihkan ialah bilangan pelajar yang mendaftar turun dengan mendadak di kebanyakan IPG Kampus. Sebagai bukti hanya 25 orang pelajar daripada 60 orang yang dipanggil mendaftar di salah sebuah IPG. Ini bermakna hanya 7-8 orang pelajar sahaja dalam satu kelas.

Kenapa ini berlaku?

Umum sudah mengetahui bahawa pelajar-pelajar IPG dikatakan tiada lagi jaminan kerja pada masa hadapan. Maklumat-maklumat ini disalurkan oleh pegawai dari IPGM sendiri kepada umum. Mereka kononnya perlu bersaing dengan pelajar-pelajar dari IPTA dan IPTS lain dalam pasaran terbuka. Untuk mendapatkan pekerjaan mereka perlu mendaftarkan diri dalam Job Malaysia dan berbagai lagi ancaman terdedah ke atas mereka. Fenomena ini sudah pasti menjadi kerisauan kepada ibubapa dan pelajar itu sendiri. Kenapa mereka perlu melabur dalam satu urusniaga yang tidak menjanjikan pulangan yang diharapkan? Kenapa mereka perlu bersusah payah memenuhkan IPGM yang tidak memberikan keyakinan terhadap peluang kerjaya? Sebagai ibubapa saya akan pastikan anak saya yang cemerlang tidak memohon IPGM jika benar apa yang sedang berlaku.

Lebih melucukan lagi apabila syarat kemasukan ke IPGM sangatlah ketat. Hanya pelajar yang mendapat 7A ke atas sahaja layak memohon. Manakala pelajar yang tidak sampai ke tahap itu hanya gigit jari dan meleleh air liur. Siapa yang merangka syarat-syarat sebegini rupa? Mereka adalah pegawai-pegawai di IPGM yang merasakan diri mereka orang-orang yang cerdik dan berpengalaman dalam pendidikan kononnya. Sebenarnya pegawai-pegawai ini adalah mereka yang tamak, gelojoh dan pendek akal atau kurang cerdik. Mereka lupa siapa diri mereka yang sebenarnya.

Kenapa dikatakan begitu kepada mereka?

Bagaimana mereka boleh meletakkan syarat “straight A” atau sekurang-kurangnya 7A hanya layak memohon. Sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal menjanjikan kerjaya kepada produk mereka? Inilah yang sangat melucukan dan melambangkan kelembapan tahap pemikiran pegawai-pegawai pembuat dasar ini. Bagaimana mereka menilai kemampuan pelajar-pelajar ini? Apakah statusnya sama dengan kelulusan pangkat 3 SPM pada zaman mereka dahulu?

Pelajar-pelajar yang cerdik dan cemerlang sudah pasti tidak akan terpanggil untuk ke IPGM. Banyak lagi kerjaya lain yang lebih menarik dan glamor berbanding dengan perguruan. Kenapa mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan peluang untuk mencapai sesuatu yang tidak berdaya saing dan tidak menjanjikan masa depan yang lebih yakin? Inilah sebab utama kenapa pendaftaran pelajar ke IPGM merudum. Ia juga satu jawapan istimewa bagi para pembuat dasar di Kementerian Pelajaran dan IPGM khususnya. Akhirnya IPGM hanya akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar kelas ketiga iaitu mereka yang tidak ada peluang ke mana-mana sama seperti yang berlaku sebelum ini. Wal asal balik asal….

Kuala Besut: Salah SPR jika kedudukan 16-16

Khairil Abdul Rahim,


TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap. Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan,” katanya dalam sidang media sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Kerusi Kuala Besut kosong berikutan kematian Adunnya, Dr A Rahman Mokhtar baru-baru ini. Pada PRU lalu Allahyarham memperolehi  8,809 undi, manakala calon PAS mendapat 6,375 undi.

Kedudukan dalam Dun Terengganu selepas PRU13 lalu hanya berbeza dua kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat di mana BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan 15 kerusi.

Jika calon Pakatan menang dalam PRK Kuala Besut ini bermakna bilangannya akan menjadi sama banyak iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 kerusi itu.

Tuan Ibrahim berkata, PRK ini bukan sahaja sangat penting dan kritikal kepada kepada PR dan BN, malah tumpuan yang lebih utama ialah kepada SPR sendiri.

“Penting juga bagi rakyat untuk melihat SPR yang mengendalikan PRK tersebut nanti sama ada berkeras untuk menggunakan dakwat kekal yang dianggap kontroversi dan penipuan itu atau bagaimana.

“Bagi kita jika SPR kehilangan idea, kita cadang gunakan inai saja nanti,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, berkata PAS negeri ini akan menghantar 1,000 petugas melalui tiga fasa dengan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) dilantik sebagai ketua kotingen PAS Pahang.

“PAS Terengganu meletakkan PAS Pahang bertugas di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka. Peti undi tersebut pernah dimenangi PAS dengan majoriti lebih 700 undi pada PRU 1999. Kerajaan PAS dulu banyak memberikan kelulusan hak milik tanah kepada penduduk.

“Bagaimanapun dari segi peluang PAS Pusat meletakkannya 50:50 berikutan kawasan yang kalah pada PRU lepas ialah di Pulau Perhentian, pesisir pantai dan kem tentera di Gong Kedak sementara kawasan bandar dan pinggir bandar semuanya dimenangi PAS,” ujarnya.

Mengenai isu, Tuan Ibrahim berkata pada masa ini penduduk di Kuala Besut sendiri sudah membangkitkan janji-janji yang dibuat BN semasa PRU dulu.

KPN Khalid bersalah kerana cuba menutup "PEMBUNUHAN" Kugan, penyelewengan jawatan awam

Oleh  Malaysia Chronicle


Ibu kepada Kugan Ananthan, seorang suspek berumur 22 tahun yang dijumpai mati di dalam tahanan, berjaya memenangi kes samannya terhadap Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Semasa menyampaikan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, VT Singham telah menyelar KPN Khalid kerana lalai untuk memastikan keselamatan suspek di bawah jagaannya. Khalid juga didapati bersalah kerana cubaannya untuk menyembunyikan punca kematian Kugan dan penyelewengan kuasa sebagai seorang penjawat awam.

Pada masa yang sama, Singham juga telah memuji N Surendran, seorang peguam hak asasi manusia yang telah bertungkus lumus untuk memastikan Kugan mendapat bedah siasat yang kedua.

Ibu Kugan N. Indra dianugerahkan pampasan ganti-rugi sebanyak RM 801,000 dengan tambahan bunga faedah sebanyak 5% dari masa kes itu difailkan.

S. Jayatha, seorang aktivis hak asasi manusia berkata, "Jumlah yang bakal diterima mungkin menjejak RM 1 juta jikalau ditambah dengan bunga faedah. Ini tentu akan membantu keluarga yang ditinggalkan Kugan namun malangnya ia tidak akan kembalikan Kugan."

Ibu Kugan ketika berjumpa dengan Malaysia Chronicle cuma sempat mengucap sambil diiringi air mata, "Ya, itu anak saya."

"Kami berasa lega yang mahkamah akhirnya memperakui bahawa Kugan sememangnya dianiayai. Namun kami masih tidak selesa kerana berlakunya banyak kes yang sedemikian rupa. Kenapakah pihak polis sanggup berbuat begitu?" tanya seorang lagi ahli keluarga Kugan kepada Malaysia Chronicle.- Malaysia Chronicle

100 tahun sejak UK lihat kesalahan p'raya berlaku

 


 
Undang-undang pilihan raya berhubung rasuah dan pemberian hadiah di United Kingdom (UK) sangat ketat sehingga tiada kes terbaru berlaku, kata peguam Azhar Azizan Harun.

Lawyer Azhar Azizan HarunJusteru, untuk menjelaskan apa itu rasuah dan kesalahan pilihan raya di UK, kita terpaksa melihat kembali kes pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20, kata Azha (kiri).

Bercakap dalam seminar Majlis Peguam berhubung kesalahan pilihan raya di Kuala Lumpur hari ini, Azhar berkata, Kes rasuah paling baru berlaku di UK melibatkan seorang calon pilihan raya pada tahun 1911.

"Kamu akan tahu kerana ia kes lama. Pada zaman moden ini, rakyat UK tidak melakukannya lagi," kata Azhar.

Dalam satu kes, dikenali sebagai kes Youghal Borough pada 1869, menyaksikan seorang individu mengisytiharkan diri sebagai calon sebulan lebih awal sebelum Parlimen UM dibubarkan.

'Siasat Taib lama kerana banyak dokumen, saksi'

 


 
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti penyiasatnya.

"Terdapat banyak dokumen dan banyak pihak terlibat, begitu juga saksi di pelbagai tempat (di seluruh negara)," kata penolong pesuruhjaya bahagian siasatan SPRM Lim Bee Kean di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Kata Lim, sehingga kini, SPRM meneliti 400 fail dan kenyataan dirakamkan daripada lebih 20 individu yang dipercayai berkaitan kes itu.

Berhubung video terkini Global Witness yang menunjukkan saudara Taib mendakwa dapat memperoleh tanah dengan mudah daripada ketua menteri dan cuba menjualnya kepada pelabur, Lim berkata, pasukan khas dibentuk selari dengan siasatan sedia ada.

Selepas video itu bocor di Internet, pasukan 10 penyiasat SPRM dibentuk bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, mereka tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkenaan kes Taib, tanpa secara bebas, telus,profesional serta tanpa rasa takut dan memihak.

Menurut suruhanjaya itu, soal Taib tidak bekerjasama tidak timbul kerana beliau menafikan pernah menyifatkan SPRM sebagai "naugty and dishonest" (nakal dan tidak jujur) dan tidak akan bekerjasama.

'KM mahu jadi wira segera dengan Jonker Walk?'


MALAYSIA KINI


 
DAP mempersoalkan sama ada Ketua Menteri Melaka Idris Haron cuba mendapatkan kemenangan dalam pemilihan Umno akan datang dengan penutupan pasar malam popular Jonker Walk di negeri itu.

NONE"(Penutupan itu) boleh mencapai tiga objektif. (Antaranya) menjadikan Idris Haron wira segera dan mendapat undian terbanyak dalam pemilihan Umno pada hujung tahun ini.

"Idris barangkali cuba mengikut jejak (bekas pendahulunya) Abdul Rahim Thamby Chik, yang lebih kurang 30 tahun lalu menjadi wira segera dengan mendapat undi tertinggi dalam pemilihan majlis tertinggi Umno, ekoran cadangannya untuk merobohkan perkuburan lama Bukit Cina," kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang (lihat gambar).

Objektif lain, kata Lim, untuk menghukum pengundi Melaka yang tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu dan meneruskan retorik menghentam Cina selari dengan laporan "Apa Lagi Cina Mahu?" di Utusan Malaysia.

Sementara itu, Lim juga berkata, kenyataan Menteri Pelancongan Nazri Abdul Aziz bahawa Jonker Walk antara penyebab kesesakan lalu lintas sehingga ke plaza tol Ayer Keroh juga tidak berasas sama sekali.

Karpal: Jumlah kerusi genap boleh elak DUN tergantung

 
MALAYSIA KINI


 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) patut memastikan tiada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) genap bagi mengelakkan DUN tergantung, kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh.

Katanya, persempadanan semula yang akan dijalankan pada hujung tahun ini patut mengambil kira kelemahan mempunyai jumlah DUN yang genap.

karpal singh pc in penang"SPR patut menambah sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap," kata Karpal (kiri) dalam sidang media di George Town hari ini.

Beliau mengulas berhubung kemungkinan di Terengganu selepas pilihan raya kecil Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokthar, 55, pada Selasa.

Dengan kematiannya, BN dalam keadaan bahaya apabila hanya mempunyai 16 kerusi berbanding Pakatan Rakyat sebanyak 15.

Jika Pakatan berjaya merampas kerusi itu, situasi DUN tergantung akan berlaku dengan jumlah kerusi kedua-dua pihak sama banyak.

"Pilihan raya ini sangat penting kerana jika PAS menang di Kuala Besut, akan ada keputusan seri (16-16)," katanya.

Negeri lain yang mempunyai jumlah DUN genap seperti berikut: Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).