Jabatan Peguam Negara, BPR kaji senarai saksi Suruhanjaya
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video akan bersidang selama dua minggu mulai 14 Januari ini untuk menyiasat sama ada wujud salah laku oleh seseorang yang dikenal pasti dalam klip video yang menunjukkan imej seorang peguam sedang berbual menerusi telefon mengenai pelantikan hakim.
Pendengaran itu akan diadakan di sebuah bilik mahkamah di tingkat tiga, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, berkata laporan siasatan itu akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac depan.
Dua Timbalan Pendakwa Raya Kanan - Datuk Nordin Hassan, Ketua Bahagian Pendakwaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Datuk Azmi Ariffin, Ketua Bahagian Jenayah Komersial di Jabatan Peguam Negara, akan membantu suruhanjaya berkenaan untuk merangka senarai saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan pada siasatan berkenaan.
"Datuk Azmi dan Datuk Nordin akan menyediakan senarai saksi yang akan dipanggil.
Suruhanjaya itu akan mengkaji senarai berkenaan dan akan menggunakan budi bicaranya sama ada saksi berkenaan akan dipanggil atau tidak," katanya pada persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama suruhanjaya enam anggota itu untuk menetapkan prosedur yang akan diambil pada siasatan berkenaan.
Anggota lain ialah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Pesuruhjaya Suhakam, Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Bertindak sebagai Setiausaha ialah Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Terma rujukan suruhanjaya itu ialah:
* Untuk menyiasat dan menentukan ketulenan klip video itu;
* Untuk menyiasat dan menentukan ketulenan klip video itu; * Untuk menyiasat dan menentukan pengenalan orang dalam klip video itu, kepada siapa beliau bercakap dan orang yang dinyatakan dalam perbualan itu;
* Untuk menyiasat dan menentukan pengenalan orang dalam klip video itu, kepada siapa beliau bercakap dan orang yang dinyatakan dalam perbualan itu; * Untuk menyiasat dan menentukan kebenaran kandungan perbualan dalam klip video itu;
* Untuk menyiasat dan menentukan kebenaran kandungan perbualan dalam klip video itu; * Untuk menentukan sama ada wujud sebarang salah laku oleh seseorang dikenal pasti atau disebut dalam klip video, dan
* Untuk menentukan sama ada wujud sebarang salah laku oleh seseorang dikenal pasti atau disebut dalam klip video, dan * Untuk mencadangkan tindakan sewajarnya diambil terhadap seseorang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video jika seseorang itu didapati melakukan sebarang salah laku.
* Untuk mencadangkan tindakan sewajarnya diambil terhadap seseorang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video jika seseorang itu didapati melakukan sebarang salah laku. Haidar berkata siasatan itu akan diadakan di mahkamah terbuka supaya media boleh membuat liputan mengenai prosiding dan orang ramai boleh hadir untuk mendengar siasatan berkenaan.
"Tetapi mungkin dalam keadaan tertentu, keterangan itu diadakan secara tertutup bergantung pada keterangan berkenaan, tetapi pada dasarnya kita bersetuju akan buat dalam mahkamah terbuka.
"Apabila ia adalah siasatan terbuka, tentulah media akan hadir. Tetapi kita boleh menggunakan budi bicara kita untuk memutuskan, kadang-kadang mungkin ada saksi yang tidak mahu didedahkan. Kita lihat bagaimana ia berjalan tetapi kita bersetuju secara prinsipnya ia terbuka kepada orang ramai," kata beliau.
Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam senarai nama saksi yang dicadangkan, Haidar berkata ia bergantung pada cadangan pihak pendakwaan.
"Pendakwaan boleh memberikan 20 nama saksi tetapi mungkin hanya 10 yang berkaitan. Mereka (pendakwaan) akan membuat kerja persediaan. Mereka akan mengemukakan senarai itu kepada kita," kata beliau.
Ditanya sama ada Thirunama Karasu atau lebih dikenali sebagai Balan, adik peguam V K Lingam yang dipaparkan dalam klip video itu akan juga dipanggil untuk memberikan keterangan, Haidar berkata ia bergantung kepada beliau (Balan).
"Jika beliau boleh beri keterangan yang relevan mengikut terma rujukan, terpulanglah kepada beliau, tetapi Datuk Azmi akan mengkaji senarai saksi itu, apa jenis saksi yang akan dipanggil untuk membantu kita dalam siasatan," kata beliau.
Haidar juga menggesa orang ramai yang mahu memberikan keterangan tampil memberikan butir mengenai diri dan senarai intipati keterangan kepada sekretariat suruhanjaya itu.
"Pihak pendakwaan akan mengkajinya sama ada intipati keterangan itu relevan atau tidak. Kini suruhanjaya itu yang ditubuhkan di bawah undang-undang dan kuasa undang-undang, saksi janganlah bimbang untuk tampil ke hadapan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan