HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Disember 2007

Anwar: Pimpinan Abdullah sudah sampai penghujungnya
KeADILan


Kuala Lumpur - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan, telah ditahan sementara sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi.

Begitulah yang dimaklumkan kepada SuaraKeadilan.com dalam kenyataan medianya pagi tadi.

Menurut beliau, beliau telah ditahan oleh pegawai Imigresen yang memaklumkan bahawa namanya telah timbul dalam “senarai yang disyaki.” Tiada penjelasan tambahan yang diberikan.

Setelah itu, paspot beliau telah dikembalikan dan beliau dapat meninggalkan lapangan terbang.

Kata beliau, dengan menggunakan alasan keselamatan awam, dalam tiga hari kebelakangan ini pihak berkuasa telah meningkatkan tekanan terhadap rakyat Malaysia dan menahan pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Pada hemat beliau, tindakan melampau ini petanda jelas kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sudah sampai ke penghujungnya.

“Di Malaysia, rasuah terus menular di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman telah punah. Jenayah telah meningkat. Ekonomi semakin lesu dan media perdana kawalan UMNO-BN masih dikuasai kerajaan,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata bahawa rakyat Malaysia telah turun ke jalan untuk turut serta dalam perhimpunan aman untuk mendesak perubahan sistem pilihan raya.

Beliau turut menyentuh tentang insiden terbaru di mana pejuang hak asasi telah ditangkap kerana ingin membiarkan kain rentang Hak Asasi Manusia terus berkibar di Dataran Merdeka.

“Kerajaan telah bertindak balas dengan menggunakan ancaman ISA untuk menakut-nakutkan pimpinan masyarakat.”

Tiada ulasan: