HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Disember 2007

Darah dalam air kencing Megat Junid


KUALA LUMPUR: Keadaan bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, 65, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini masih kritikal dan lemah.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi PMC Justin Ooi berkata para doktor mengesan darah dalam air kencing Megat Junid.

"Walaupun dalam keadaannya tenat, Tan Sri masih sedar dan mempunyai semangat yang kuat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Megat Junid kini tidak boleh menerima makanan dalam bentuk pepejal dan terpaksa menggunakan tiub untuk menyalurkan makanan.

Megat Junid menjalani pembedahan di PMC pada 19 Nov lepas untuk mengeluarkan darah beku dari dalam perutnya dan keadaannya kritikal selepas itu. Bernama

Tiada ulasan: