HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Disember 2007

Syor badan hal ehwal bukan Islam diwujud
Oleh Nurhayati Abllah


KUALA LUMPUR: Gabungan Badan-Badan Berteraskan Kaum India meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan satu Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam pada peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan setiap negeri bagi menguruskan hal ehwal serta kebajikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Setiausaha gabungan itu, A Rajaretnam, berkata penubuhan jawatankuasa khas itu membolehkan kerajaan melihat permasalahan yang dialami di kalangan kaum beragama lain, selain memikirkan kebajikan mereka.

“Negara sudah 50 tahun merdeka dan ini masa terbaik untuk kerajaan memikirkan perkara itu dan melihat keadaan berkenaan (permasalahan kaum selain Melayu).
“Kini sudah ada Jabatan Hal Ehwal Islam di bawah JPM dan sekarang ini kita mahu jabatan sama diwujudkan bagi orang bukan Islam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama 40 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India bagi membincangkan pelbagai masalah, terutama membabitkan masyarakat India.

Hasil perbincangan itu, ahli gabungan berkenaan turut bersetuju mewujudkan satu komuniti khas bagi membentangkan memorandum kepada Perdana Menteri.

Tiada ulasan: