Abdullah Dijangka Melantik TPM Kedua Bukan Melayu?.
Oleh Ruhanie Ahmad
Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM2) dijangka diwujudkan jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 akan datang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula kembali dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sumber-sumber berautoriti memberitahu blog ini bahawa jawatan berkenaan dijangka diberikan kepada MCA. Hasrat ini suah pun disampaikan oleh Abdullah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Teng, baru-baru ini.
Adalah dipercayai bahawa Abdullah membuat keputusan untuk mewujudkan TPM2 ini bagi memenangi hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu, teruatama sekali kaum Cina, supaya menyokong BN dalam PRU Ke-12.
Ini kerana beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pihak research professional menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Cina kepada Abdullah dan BN ketika ini adalah terlalu tipis.
Pihak bukan Melayu memang telah lama memperjuangkan kewujudan jawatan TPM2. Perjuangan ini bukan sahaja dibuat oleh segolongan parti komponen BN, malahan juga oleh pihak DAP selaku pembangkang. Baru-baru ini tuntutan yang sama juga telah dibangkitkan oleh Hindraf.
Jawatan TPM2 tidak termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna ia mungkin terserah kepada budibicara Perdana Menteri untuk menentukannya.
Apa pun, bagaimanakah agaknya respons parti-parti komponen BN lainnya dan juga pembangkan Malay-based mengenai ura-ura cadangan ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan