HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Disember 2007

Siri Kegagalan Pak Lah: Biofuel
Oleh: drmuzi


Abdullah Hj Ahmad , sebagai Perdana Menteri Malaysia, gemar kelihatan mempunyai idea idea tersendiri, walaupun kekadang idea tersebut telah berabad lamanya.

Tanpa segan lagi silu beliau boleh lakukan penjenamaan semula demi "Idea Saya"

Antara mantra kepimpinan Abdullah Hj Ahmad adalah projek biodiesel ataupun biofuel, dimana suatu ketika dahulu ke hulu dan ke hilir beliau berkokok mengenai biodiesel.

Biodiesel bukan perkara yang baru, malahan semasa zaman kepimpinan YABerbahagia Tun lagi kajian telah dilakukan untuk mengkomersialkan kelapa sawit sebagai asas tenaga.

Apa yang sedang berlaku terhadap projek impian Abdullah tersebut, kini hampir 5 tahun kepimpinan beliau?

Tatkala heboh Malaysia mengenai Biofuel , kerajaan melalui Kementerian Industri Asas Tani dan Perladangan telah mengeluarkan sebanyak 91 lesen bagi projek Biofuel.

Maka tersergam besar di akhbar akhbar perdana bagaimana ide Pak Lah telah mampu menjana pelaburan sebanyak RM 8.07 billion dari pelaburan Biofuel.

Tetapi, akhbar perdana gagal melapurkan bahawa pelaburan sebanyak RM 8.07 billion itu hanya merupakan Janji Pelaburan, bukannya pelaburan yang telah dilaksanakan.....hanya Janji.

Dan sekadar janji dari 91 lesen Biofuel yang dikeluarkan, hanya 4 sahaja sahaja yang disahihkan pelaburannya. Yang lain menyepikan diri, senyap seribu bahasa.

Lebih memeningkan 4 pelaburan yang diusahakan itu, dalam bentuk kilang Biofuel, kesemuanya beroperasi dibawah kapasiti yang dicanangkan.

Maka pahamlah kita kenapa akhir-akhir ini Biofuel bukan lagi menjadi Mantra kepimpinan Abdullah Hj Ahmad.

Maka pahamlah kita kenapa Abdullah Hj Ahmad tidak lagi berkokok ke sana dan kesini bercakap mengenai Biofuel!!!!!!!

Apa yang menyebabkan projek Biofuel ini bermasalah?

Sebab utama adalah harga kelapa sawit yang amat tinggi dipasaran sekarang akan menyebabkan kos operasi yang amat tinggi kepada para pengilang, menjadikan produk Biofuel amat mahal, malahan lebih mahal dari produk petroleum.

Maka projek Biofuel tidak Viable untuk diusahakan.

There it goes ide Biofuel , Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia yang amat tidak bijak lagi besttari.

Tiada ulasan: