HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Disember 2007

Projek RMK9 dikaji semula, elak bencana banjir


PEKAN: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menubuhkan jawatankuasa bertindak tidak lama lagi bagi mengkaji semula projek kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) supaya lebih mesra alam dan tidak menyumbang kepada bencana banjir.

Beliau berkata kajian semula itu dalam aspek perubahan iklim supaya projek berkenaan boleh diubahsuai, cara pembinaan projek perumahan dan peruntukan tambahan bagi pengubahsuaian sesuatu projek.

Ini semua bagi mengelak bencana banjir yang sering berlaku di negara, katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir oleh Ketua Polis Pahang Datuk Ayob Mohamed di pejabat Daerah dan Tanah Pekan di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Azmi berkata penubuhan jawatankuasa itu yang diputus kabinet semalam juga akan memastikan paras sungai yang boleh mengakibatkan banjir akan didalamkan serta pengaliran air di sungai ke laut tidak tersekat.

Menurutnya projek perumahan akan dikaji semula agar ia tidak dibina di kawasan rendah dan tempat yang berpotensi untuk banjir supaya kerosakan harta benda juga tidak menjadi masalah kepada penghuni.

Katanya pihak berkuasa tempatan telah diarah bagi menentukan dan mengenal pasti kawasan sedemikian, kata beliau.

Azmi berkata bangunan yang telah siap dibina di kawasan rendah akan diubahsuai bagi memastikan laluan air tidak tersekat.

Beliau berkata peruntukan yang terlibat bagi pengubahsuaian projek berkenaan juga akan dinilai di mana kosnya dijangka lebih tinggi daripada projek tersebut.

Mengenai jumlah projek yang akan dikaji semula, beliau tidak menafikan bahawa banyak projek akan terlibat dan menyifatkan projek yang sudah siap agak susah untuk diubahsuai.

Katanya penilaian itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini sehingga Mac tahun depan manakala segala cadangan dan keputusan berhubung penilaian itu harus disediakan tiga bulan selepas itu.

"Kita akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi dan golongan profesional seperti jurutera, arkitek, pemaju perumahan bagi memastikan penilaian ini dapat dijalankan dengan segera dan berkesan," kata beliau. BERNAMA

Tiada ulasan: