HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Disember 2007

Bekas Mufti Terengganu terajui Persatuan Ulama Malaysia
Roy Rasul


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Bekas Mufti Terengganu Dato' As-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir dipilih menjadi Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) bagi sesi 2007/2009.
Pemilihan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunan Kali Ke-28, yang diadakan di sebuah hotel dekat sini, pada Ogos lepas.

Selain beliau, turut terpilih ialah Dato' Md Saleh Ahmad, pensyarah UIA selaku Timbalan Yang Dipertua; Prof. Madya Dr Abdul Karim Ali, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) selaku Naib Yang Dipertua I dan Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, APIUM selaku Naib Yang Dipertua II.

Sementera itu Abu Bakar Mohd Daud, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dilantik menjadi Setiausaha Agung PUM.

Maklumat laman web PUM, Abdul Halim adalah Yang Dipertua ke lima sejak PUM ditubuhkan pada tahun 1974.

Sebelum ini PUM diterajui Dato' Md Saleh Ahmad bagi sesi 2003-2007.

Manakala bagi sesi (1974-1981) oleh Nik Mohd Muhyiddin Musa, Ustaz Ahmad Awang (1981-1999) dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin (1999-2003).

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama' Malaysia Sesi 2007/2009.

Yang Dipertua : Dato' As-Syeikh Abdul Halim Abd Kadir
Timbalan Yang Dipertua : Dato' Hj. Md. Saleh Hj. Md @ Ahmad Naib Yang Dipertua I : Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali Naib Yang Dipertua II : Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Setiausaha Agung : Abu Bakar Hj. Mohd Daud
Bendahari Kehormat : Baharom bin Kassim

Ahli-Ahli Jawatankuasa:
1. Ustaz Hj. Ghazali Abd. Hamid 2. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Ibrahim 3. Ustaz Khairuddin Aman Razali 4. Dr. Nik Yusri bin Musa 5. Dr. Mohd Fauzi Hamat (Pengerusi W/Persekutuan) 6. Ustaz Mohd Zamri Shapik (Pengerusi Selangor) 7. Dato'Sheikh Mohd Noor Mansor (Pengerusi Perak) 8. Ustaz Hj.Yassin bin Salleh (Pengerusi Terengganu) 9. Sdra. Awwaluddin Juferry (Pengerusi Johor) 10. Ustaz Azhar bin Ab Shukor (Pengerusi Pahang) 11. Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor (Pengerusi Pulau Pinang) 12. Prof. Madya Shukeri Mohamad (Pengerusi Kelantan) 13. Ustaz Hj. Muchlis Ali Kassim (Pengerusi Sabah)./wann.

Tiada ulasan: