HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Disember 2007

Wang khas RM50 sempena kemerdekaan dijual Rabu


PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia hari ini memperkenalkan wang kertas kenang-kenangan bernilai RM50 sempena 50 tahun kemerdekaan negara dalam satu upacara ringkas di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan, menerima wang kertas tersebut daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada upacara yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini.

Wang kertas itu akan dijual di semua cawangan Bank Negara mulai 26 Dis pada harga RM60.

Abdullah berkata wang kertas itu adalah lambang kejayaan Malaysia yang dicapai sepanjang 50 tahun kemerdekaan.

"Saya bersyukur kerana wang kertas RM50 ini dapat dikeluarkan sebagai satu tanda kejayaan kita 50 tahun merdeka. Ini menjadi lambang kejayaan Malaysia, kestabilan ringgit, kestabilan ekonomi negara, lambang kekuatan dan kemakmuran negara.

"Banyak ertinya di sebalik wang RM50 ini," katanya kepada pemberita selepas upacara itu, sejurus sebelum beliau dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah berlepas untuk lawatan sehari ke Kelantan.

Semasa di Kelantan, Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Thailand Jen. Surayud Chulanont dijadual merasmikan Jambatan Bukit BungaBan Buketa di Jeli, di sempadan Malaysia-Thailand, pagi ini. BERNAMA

Tiada ulasan: