HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Disember 2007

Tolak tuntutan penubuhan Jabatan Hal Ehwal bukan Islam


SELEPAS negara dikejutkan dengan dengan siri demonstarasi jalanan yang ganas oleh Hindraf, timbul pula isu baru cadangan penubuhan jabatan hal ehwal bukan Islam yang mempunyai persamaan taraf dengan JAKIM dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri oleh 40 gabungan badan NGO kaum India.

Pertama perlu kita faham bahawa negara ini negara Malaysia yang mempunyai perlembagaan sendiri dan telah diterima oleh semua kaum (kontrak sosial) ketika merdeka 50 tahun yg lepas. Salah satunya islam adalah agama rasmi persekutuan Malaysia. Tetapi agama-agama lain dijamin dalam perlembagaan dan bebas mengamalkannya.

Jadi apakah rasionalnya permintaan sedemikian. Apakah kesan jangka masa panjang jika penubuhan jabatan ini diterima oleh kerajaan. Adakah tiada tuntutan yang lain lagi di masa akan datang. Jadi kerajaan perlu bijak dan tegas dalam menghadapi situasi seperti ini. Tidak salah kerajaan bertindak tegas tetapi jangan keras. Inilah kebijaksanaan dalam pemerintahan. Bagi pendapat saya, keadaan yang ada sekarang wajar dipertahankan.

Kalau kerajaan meminggirkan agama-agama lain sudah tentu tiada sambutan perayaan oleh penganut agama lain. Kita lihat rakyat bebas mengamalkan anutan agama masing-masing. Dalam masa yg sama penganut agama lain harus menerima hakikat agama islam adalah agama rasmi negara.

Negara ini adalah Malaysia bukan negara India atau China. Jadi perlu berpijak di bumi yang nyata. Jadi jika 40 NGO kaum India ini menyokong kerajaan, mereka perlulah ikhlas. Kita menghargai sokongannya pada kerajaan dan menolak cara Hindraf, tetapi janganlah niat dan tujuannya sama dengan tuntutan Hindraf.

Janganlah disentuh isu-isu sensitif kaum bumiputera khususnya kaum melayu. Kerana kita tidak mahu lagi tragedi 13 Mei berulang. Cukuplah sekali dalam lipatan sejarah. Jadi kerajaan wajar bertindak tegas termasuk penggunaan ISA bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Kita tidak mahu keamanan dan kemakmuran negara yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu hancur berkecai. Sebab itu kerajaan bertindak secara betul apabila menahan 5 pemimpin Hindraf dibawak ISA. Begitu juga pendakwaan terhadap 31 penyonong Hindraf baru-baru ini.

Walaupun pengguran dakwaan telah digugurkan oleh Peguam Negara, tetapi wajar diteruskan pendakwaan terhadap kesalahan merusuh atau berhimpun secara haram tanpa permit dan satu lagi menyebabkan kerosakan harta awam seperti kenderaan polis.

Dakwaan mengatakan mereka tertipu oleh perjuangan Hindraf juga perlu diteliti. Jika tertipu kenapakah mereka sanggup bertindak ganas sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk pada seorang pegawai polis. Adakah kesalahan ini boleh dimaafkan dan dibiarkan tanpa pengadailan yang seadilnya.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka setiap kali demonstrasi diadakan dan tangkapan serta pendakwaan dilakukan terhadap mereka. Maka isu pengguguran dakwaan terhadap penyokong Hindraf akan dimainkan. Jadi kerajaan akan menjadi serba salah dan mungkin isu perkauman pula dimainkan.

Contohnya jika demonstarsi jalanan dilakukan oleh parti politik pembangkang majoriti kaum Melayu diambil tindakan, maka kerajaan dituduh hanya berkeras dengan orang-orang Melayu sahaja tetapi takut dengan kaum-kaum lain.

Jadi sebelum perkara tidak terkawal terus berlaku dalam negara kita, jadi wajar semua pihak memainkan peranan masing-masing dan memelihara kemanan dan kemakmuran yang telah kita kecapi sebelum ini.

ALNORULHADI AB HAMID
Kota Bharu, Kelantan

Tiada ulasan: