Anwar ditahan, diperiksa Imigresen di KLIA!
Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR (Hrkh) -Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditahan dan diperiksa kira-kira setengah jam oleh pihak imigresen di KLIA pagi tadi sebaik tiba dari luar negara.
Beliau yang baru tiba dari Istambul kira-kira jam 9.45 pagi terus diperiksa oleh pihak Imigresen setengah jam dan selepas itu beliau dibenarkan keluar.
Anwar dilaporkan berkata di dalam blognya,beliau dimaklumkan Imigresen bahawa namanya 'disenaraihitam sebagai suspek'dan kemudian pasportnya telah dibawa kepada Pegawai Senior Imigresen.
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui di lobi Parlimen pagi tadi turut melahirkan kehairanan kerana Anwar diperiksa dan ditahan terlalu lama oleh pihak Imigresen.
Katanya, selama ini beliau berulang-alik dari luar negara bagaimanapun tidak pernah diperiksa sedemikian rupa.
"Beliau diperiksa dan ditahan selama setangah jam pagi tadi, keadaan ini amat luar biasa," katanya Anwar selamat tiba di rumah selepas kejadian itu. - mks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan