HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Disember 2007

DUMB – Mai Malaysia
Oleh Al-Husseyn


Suatu kumpulan haram yang tidak berdaftar telah muncul secara tiba-tiba dan menamakan dirinya sebagai DAMAI MALAYSIA.

Kumpulan haram ini telah menyerahkan memorandum lima muka surat daripada 395 NGO yang sepakat menolak demonstrasi jalanan dan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap mereka terbabit.

Siapakah Damai Malaysia ini?

Kumpulan haram ini ini mendakwa diwakili oleh 395 NGO yang mempunyai keahlian berjumlah kira-kira 1.5 juta orang, tidak pernah menyertakan senarai penuh ahli yang mendukungnya.

Pengerusi ‘kumpulan haram’ ini, Mohd Saiful Adil Daud , mendakwa ianya melibatkan 75 NGO dari kaum Cina dan 20 persatuan kaum India dan yang selainya adalah Melayu.

Antara yang terlibat dalam kumpulan haram ini ialah :
• 1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) :
• 2. Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) :
• 3. Majlis Belia Felda Malaysia:
• 4. Gabungan Persatuan-persatuan Cina Malaysia :
• 5. Pertubuhan Kebajikan India Bersatu
• 6. Persatuan Penganut-Penganut Tokong Kim Ying Ampang
• 7. Persatuan Penganut Dewa Cheng Guan Kuan
• 8. Persatuan Penjaja Cina Wilayah Persekutuan
• 8. Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia
• 9. Persatuan Perubatan Cina Malaysia
• 10. Kelab Bell Belia Tamil
• 11. Persatuan Kelab-Kelab Belia India
• 12. Malaysia Hindu Sangam
• 12. Kuil Sri Sakhti Vinayagar Brickfields
• 13 Errr…Adakah persatuan ko-kurikulum kanak-kanak sekolah juga tersenarai sama


Siapakah dalang dibelakang kumpulan haram ini?

Reezal Merican telah menggunakan GPMS dengan meganjurkan perhimpunan Damai Malaysia di Kampung Baru pada 6Disember 2007 yang lalu. Untuk memenuhkan dewan, kanak-kanak dan orang-orang tua yang diupah dibawa bersama.

Tiada ulasan: