HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Disember 2007

Mahkamah putuskan tanah milik penduduk Berembang
Anis Nazri


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Setelah berhadapan dengan pelbagai keperitan dan kesakitan, penduduk Kampung Berembang, Ampang akhirnya menang dalam kes yang menentukan pemilikan tanah di kampung berkenaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan pemaju, Perspektif Masa Sdn Bhd untuk mendapatkan pemilikan kekal kawasan kampung itu, bagaimanapun menyatakan satu perbicaraan penuh perlu diadakan, jika pemaju berkenaan masih mahu menuntut pemilikan kawasan tersebut.

PMSB yang memperoleh perintah mahkamah sebelah pihak pada 27 Februari lalu untuk mengosongkan tanah tersebut, diisytiharkan tidak sah dan dibatalkan dengan kos.

Pada masa sama, Pesuruhjaya Kehakiman, Mariana Yahya juga mengarahkan PMSB membayar gantirugi dan kos-kos lain yang terbabit akibat kerja-kerja merobohkan rumah penduduk yang dilakukan bermula 20 November tahun lalu.

Sebelum ini, PNSB bertindak memohon untuk mendapatkan pemilikan tanah tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh.

Di samping hak milik tanah tersebut, PMSB juga memohon perintah mahkamah untuk menghalang para defenden daripada mengganggu kerja-kerja pembangunan yang dijalankan di Kampung Berembang.

Berikutan keputusan itu, keadaan status tanah tersebut kembali kepada status awal sebelum kerja-kerja perobohan itu dilakukan.

Pada 20 November 2006, rumah penduduk dirobohkan pihak berkuasa tempatan, MPAJ yang kemudiannya dibantu pasukan Rela dan FRU apabila penduduk bertindak menghalang mereka (pihak berkuasa) merobohkan kediaman penduduk. - mns

Tiada ulasan: